Kepanasan Mampu Membunuh?


Artikel yang bukan bidang.. Bismillah..

Kalau dulu, bila mendengar nama Australia, pastinya terbayangkan kesejukan dan bunga-bungaan. Jarang sekali membayangkan kepanasan melampau seperti yang dialami kini. Memang ada terbayangkan bentangan kawasan gurun yang melata di kebanyakan permukaan Australia yang luas ini, tetapi kepanasan tidak dijangka dapat juga dirasai di bandar-bandar seperti Adelaide, Melbourne dan bandar-bandar utama lain di Australia.

Kepanasan mendadak yang sukar dijangka waktunya memberikan cabaran kepada rata-rata penghuni Australia.

Ramai yang masih cuba membiasakan diri dengan suasana baru ini. Badan yang biasa dengan kelembapan dan kesejukan musim sejuk yang lalu, serta musim luruh yang dipenuhi dengan hari-hari hujan kadang-kala terlepas pandang dengan kebiasaan yang patut diubah dalam menghadapi kepanasan musim-musim seterusnya. Ditambah pula dengan suhu yang meningkat mendadak.

Kelembapan Tubuh Badan

Allah telah menciptakan tubuh badan manusia dengan sistem lengkap yang mempunyai kawalan hebat dalam mengekalkan kelembapan dan suhu tubuh: tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk tetapi dengan suhu yang betul, yang diperlukan oleh manusia.

Tubuh badan manusia mengekalkan suhu dalaman tubuh bagi membenarkan sistem dalaman terus mengekalkan haba dan bekerja tanpa ‘membakar’ atau ‘menyejuk’ secara mendadak dan berlebihan – kebiasaannya sekitar 98.6 darjah Fahrenheit (37 degrees Celsius). Kita malah mempunyai satu bahagian otak yang dipanggil “hypothalamus” yang bertindak dalam mengekalkan kepanasan dalaman supaya sistem dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya badan manusia terlalu panas atau terlalu sejuk, sistem badan akan bercelaru dan mampu membawa kematian.

Sistem yang diciptakan Allah inilah yang diaplikasikan kosepnya dalam pelbagai rentak kehidupan, seperti penyejukan enjin kenderaan, pengawalan sistem suhu bangunan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pastinya tiada kudrat yang dapat menandingi kehebatan penciptaan Allah Yang Maha Berkuasa! Sepertimana kompleks dan lengkapnya sistem tubuh badan manusia. Subhanallah…

Badan manusia sememangnya bergantung kepada ‘haba’. Penghasilan haba merupakan hasil daripada tindakbalas biokimia yang berlaku di sekitar tubuh kita. Makanan dan minuman yang diambil dapat diandaikan seperti kayu dan arang yang digunakan dalam proses pembakaran. Tubuh badan mendapatkan tenaga daripada makanan untuk digunakan dalam sistem tubuh badan, seperti proses mengepam darah oleh hati, proses pertumbuhan rambut dan proses pencerakinan makanan yang terdapat dalam sistem perkumuhan bagi memproses makanan kepada unit-unit yang dapat digunakan oleh sistem tubuh. Fenomena ini dipanggil “metabolisme”

Tindakbalas tubuh ini perlu difahami dalam kita menghadapi suhu sekeliling yang drastik berubah, dari sejuk ke panas yang mendadak, seperti yang sedang dialami di Australia.

Mampukah kepanasan membunuh?

Salah satu cara kepanasan matahari mampu membunuh manusia adalah dengan ‘heat stroke’. Heat stroke berlaku apabila tubuh badan manusia tidak mampu menyingkirkan haba badan yang berlebihan, di mana suhu badan meningkat melepasi 104 degrees Fahrenheit (40 degrees Celsius).

Sepertimana ia mempunyai sistem penghasilan haba tersendiri, tubuh badan manusia juga mempunyai ‘sistem penyejuk dalaman’. Apabila tubuh manusia mengalami kepanasan yang berlebihan (iaitu daripada faktor proses metabolisma dan suhu persekitaran yang tinggi) tubuh bertindak balas untuk menyingkirkan haba dengan proses ‘perpeluhan’ yang berlaku pada kulit manusia (rujuk video di bawah untuk penjelasan saintifik). Dalam keadaan biasa atau dalam keadaan panas yang melampau, mekanisme pengawalan suhu ini akan bertindak secara efektif. Walaubagaimanapun, kadangkala, proses penyingkiran peluh tidak mampu membantu menyingkirkan haba dalam mengekalkan suhu pada takat sepatutnya apabila badan mula mengalami kepanasan berganda (overheat). Disinilah di mana bermulanya ‘heat cramps’,’heat exhaustion’ dan akhirnya ‘heat stroke’.

Kesemua yang disebutkan adalah merupakan penyakit yang dikatakan dengan kepanasan yang mana dapat diubati dan dicegah dengan cara yang sama. Cara terbaik untuk mengawal sistem tubuh badan adalah dengan membantu sistem tubuh dalam menjalankan proses penyingkiran haba. Manusia perlu menyejukkan badan dengan cara yang mudah diamalkan. Apa-apa sahaja cara yang dapat menyejukkan tubuh seperti menggunakan pelindung matahari ketika di luar (topi, payung, sunglasses), penyaman udara dan meminum air sejuk (tidak terlalu sejuk) mampu membantu menghentikan/mengurangkan ‘overheating process’ bermula dari fasa ‘cramping’ dan ‘exhaustion’ lagi (fasa sebelum berlakunya heat stroke). Sekiranya kita tidak mampu membantu proses penyejukan ini, heat stroke merupakan akibat akhir dari fenomena ‘overheating’ ini.

Tanda-tanda Heat Stroke

Anda mengalami heat stroke jika anda mengalami simptom berikut:

* Kulit menjadi merah, panas dan kering
* Denyutan nadi kuat dan kerap
* Sakit kepala
* Pening-pening
* Confusion
* Nausea
* Seizures
* Berhalusinasi
* Tidak sedarkan diri

Heat strok yang tidak ditangani dengan segera mampu membawa kematian. Heat strok mampu merosakkan organ-organ utama badan. Kepanasan dalaman akan menyebabkan organ dalaman membengkak yang akhirnya mengakibatkan kematian.

Mangsa-mangsa kematian heat stroke pada kebiasaannya adalah kanak-kanak dan warga tua. Golongan ini merupakan golongan yang patut dibantu kerana mereka tidak mampu atau terleka tanpa menyedari apa yang diperlukan oleh tubuh mereka. Heat stroke mampu datang dengan sangat cepat, tanpa sempat ditangani.

Pengambilan Air

Air minuman merupakan bantuan utama yang dapat membantu pengawalan suhu dalaman tubuh. Apabila kita terasa dahaga, sebenarnya pada ketika itu, badan sedang mengeluarkan tanda di mana sistem tubuh badan memerlukan air untuk pemprosesan. Tanda-tanda ini tidak wajar diabaikan kerana sistem dalaman tubuh mempunyai air yang terhad berbanding keperluannya terutamanya ketika suhu sekeliling amat tinggi.

Apabila badan kekurangan air, kadar denyutan nadi/jantung akan meningkat kerana lebih banyak darah diperlukan oleh organ-oragan tubuh. Darah juga akan cuba dipam supaya dapat membantu kulit dalam proses perpeluhan. Semakin sedikit cecair dalam tubuh badan manusia, organ-organ dalaman semakin dikerah bekerja keras. Sekiranya keadaan ini berlarutan, organ semakin lama akan semakin lemah sekiranya tidak dibantu,dan mampu membawa kepada ‘heat stroke’.

Justeru, pengambilan air yang banyak adalah sangat penting terutamanya ketika keadaan persekitaran sangat panas. Cara terbaik adalah, dengan meminum air sebelum merasa dahaga. Buah-buahan sitrus yang mengandungi banyak air seperti tembikai dan oren juga digalakkan pengambilannya.

Penyaman udara

Kitaran udara di rumah sangat penting bagi menyingkirkan kepanasan. Walaubagaimanapun, kebanyakan pelajar tidak mampu menggunakan penyaman udara untuk mengekalkan kesejukan rumah. Video dibawah menayangkan beberapa cara mudah (seperti yang disenaraikan)yang dapat diambil dalam mengekalkan kesejukan tubuh di rumah.

1) Pasang kipas, dan letakkan ais dihadapannya. udara akan menjadi lebih sejuk.
2) Menggunakan alas ‘linen’ berbanding ‘cotton’ untuk sebagai alas tidur
3) Tinggalkan katil kosong. (Tidak ditutupi kain-kain perhiasan lebih-lebih lagi ‘quilt’ tebal yang digunakan semasa winter)
3) Makanan pedas dapat membantu pertambahan peluh.
4) Minum banyak air

Betapa Maha Hebatnya Allah dalam penciptaanNya. Seharusnya hikmah pada setiap kejadianNya perlu diteladani oleh seluruh umat manusia. Pengawalan haba tubuh ini merupakan contoh terdekat dengan kita, bilamana benarlah pada setiap manusia itu, dituntut padanya usaha ikhlas supaya dinilai sebagai ibadah. Hatta dalam penjagaan kesihatan, dengan niat kerana Allah.. dijanjikan ia dinilai sebagai ibadah.

Kesihatan tubuh sangat perlu diambil kira dan dijaga memandangkan segala yang dikurniakan ini adalah amanah Allah yang seharusnya dijaga sebaiknya sebelum dipulangkan kembali kepada Dia. Allah juga melarang hamba-hambaNya menzalimi diri sendiri, supaya manusia terus mampu meneruskan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, iaitu untuk beribadah keranaNya. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini, dapat mengembalikan setiap perbuatan kita dengan perkaitan keindahan pada penciptaanNya. InsyaAllah…

2 thoughts on “Kepanasan Mampu Membunuh?

  1. Assalamualaikum..W.B.T.Betapa mulianya usaha seorang yg mengingatkan orang lain tentang kejadian ciptan yg MAHA ESA..syabas say ucpakan atas blog yg awk tlh buat tuk memberitahu ilmu yg awak ada …trm ksh krn di dalamnya sy dapat tahu bbrapa tips..

  2. alhamdulillah ada juga akhirnya kisah ni .dapt juga saya kongsikan pada rakan fb yg tidak pernah mengambil tahu tentang kepanasan tubuh badan terima kasih bloger

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s