Emas dari perspektif berbeza


Artikel yang tak siap-siap, sebab tak jumpa or tak tau cari bahan or bahan tak dapat difahami..

Geologi

Ada tengok di Ballarat. Tapi masih tak jumpa bahan untuk describe pembentukan emas di dalam bumi. Hold this one for tambahan bila-bila nanti

Contoh-contoh mineral dari satu unsur tunggal adalah Emas (Au), Intan (C), Grafit (C), Perak (Ag), tembaga (Cu).

Ekonomi

Syiling emas adalah syiling yang diperbuat dari emas. Nilai emas yang stabil dan tinggi telah menjadikannya sebagai material pilihan dalam pembuatan syiling.

Penggunaan syiling emas bermula pada 2700 S.M oleh Firaun di Egypt, yang menggunakan syiling emas sebagai tukaran hadiah, bukan sebagai transaksi komersial. Walaubagaimanapun, lama kelamaan, syiling emas telah dilihat sebagai aset komersial yang akhirnya digunakan dalam proses jual beli bermula pada 560 S.M – 546 S.M oleh Raja Croesus, pemimpin Lydia.

Islam juga menggunakan sistem syiling emas dalam ekonominya. Sistem syiling emas dikenali sebagai sistem ‘dinar emas’. Dinar adalah syiling emas yang diperbuat daripada emas 22 karat serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Selain emas, perak juga digunakan. Syiling perak dikenali dengan ‘dirham’ dengan berat sebanyak 3 gram.

Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut:”7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)”.

Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD – 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan. Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, Khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang pertama di dunia.

Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati.

Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam.

Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya – praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15.

Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut:
‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’

Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sehinggalah sekarang. Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal.

Wanita dan Perhiasan

Emas sememangnya indah dan cantik, menjadi ikon perhiasan buat wanita. Tak kurang juga golongan lelaki yang berminat. Namun, larangan keras oleh Allah menidakkan kaum Adam dari memakainya.

Bagi wanita, perhiasan hanya sekadarnya. Perhiasan berlebih-lebihan hanya untuk suami yang diikat dengan ikatan nikah yang sah. Bukti ketinggian darjat wanita, kesucian dan keterpeliharaan yang dianugerahkan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s