Kesempurnaan Milik Dia


Hari ini.. Aku belajar bahawa..
Kelebihan dan kesempurnaan orang lain..
Bukanlah untuk digeruni..
Bukan untuk ditakuti..
Bukan untuk membuatkan aku merasa
Sangat kerdil..
Bukan untuk membuatkan aku..
Lari menjauhi kelebihan dan kesempurnannya..
Bukan untuk membuatkan aku
Membenci kelemahan-kelemahanku..
Yang dirasakan membatas berbanding
kelebihan dan kesempurnaan orang lain..
Tetapi katanya..
Kesempurnaannya dijadikan Tuhan
Untuk melengkapi aku..
Untuk membuatkan aku..
Mampu berbuat apa yang tak mampu kuperbuat..
Mampu merasai hasil yang tak mampu aku gapai..
Mampu berkongsi kegembiraan yang tak mampu aku kecapi
Mampu ketawa pada bahagia yang bukan ditakdirkan untukku
Mampu melihat dari kaca mata yang tak pernah aku terlihat..
Mampu mengagumi rahmat, rezeki, barakah dan anugerah Tuhan..
Yang tak pernah kesampaian akal aku memikirkan..
Dan kerana..
Tiada siapa yang pernah kerdil dihadapan manusia..
Melainkan kerdilnya jiwa kerana kerdil takwanya..
Dan yang pasti…
Kerana kita hanya kerdil di hadapan Dia yang Maha Besar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s