dalam sujud ku padaMu


Aku tak suka menangis tentang diri sendiri. Kan Rasulullah bertindak dengan perasaan pada semua yg berkaitan dengan Allah dan Islam? Marahnya marah kerana mempertahankan Islam. Tangisnya, tangis mengenang nasib umat. Bilakah masanya Rasulullah menangis kerana dibaling najis oleh sang kuffar? Bilakah herdikan Rasulullah terlontar tatkala menerima lontaran batu diTaif? hatta ada yang menawarkan untuk membalikkan bukit, Rasulullah menahan lalu membalas dengan doa.

Sweet kan, Rasulullah..

Tapi, sejak akhir-akhir ni.. Diri sangat banyak berfikir pasal diri sendiri.. jatuh dan jatuh berkali-kali dengan nafsu dan perasaan. Kalau dulu, ummi ajar.. “tiada tangisan di hadapan manusia, menangis hanya layak di atas sejadah, di hadapan Allah”… mmm.. dah berapa kali menangis depan manusia. menangis yang bukan kerana takutkan Allah.. tetapi takut dengan bayang-bayang diri sendiri…

Dan aku tahu… ini yang bakal terus menerus mengikat aku di bumi. kalau bukan aku berusaha untuk merungkainya

Minggu itu.. aku jadi benci pada diri sendiri. perbincangan yang diharapkan professional atas dasar kerja dakwah diganggu dengan sebak yang akhirnya mengundang tangis. Akhirnya, aku dibawa ke gua hira’ adelaide🙂 satu tempat yang jauh dari umat, jauh dari kesibukan kota… tenang.. dan ada yang dicinta bersama..

tinggal aku yang belum bersolat asar, akhirnya aku bersolat di puncak, mengharapkan itulah tempat yang paling tidak dilihat orang. Rupanya, aku jelas dilihat dek kereta yang lalu lalang. Satu-dua buah di awal2 soalt, dan akhirnya rancak dengan kereta yang datang di pertengahan dan akhirnya. Kerana solat itu ikatan aku dengan Tuhanku.. 8 sujud asar harus disempurnakan.. dengan satu salam wajib dan salam yang mengikutnya. Tanpa aku mampu lari dalam antara waktu mula dan akhirnya.

Teringat kisah solat kami pada mukhayyam dulu. Sedang solat berjemaah.. rakat kedua dari empat yang diperintahkan, hujan turun. Lebat selebatnya! dengan mukhayyam kami yang disyaratkan hanya membawa baju yangs edang dipakai.. bersama beberapa item necessity yang lain sahaja… Seharusnya yang berjemaah itu lari lintang pukang msuk ke khemah…

Tetapi.. kerana solat itu rukannya 13… sujud kami malam itu berkocak. dalam takungan air yang ditakung dalam lekuk-lekuk kanvas alas. hidung kadang perlu ditahan nafasnya tatkala mengucap tasbih sujud.

Akhir solat.. kami berpeluk dalam renyai.. tersenyum kami mengingatkan lebatnya hanya pada waktu sujud dan rukuk kami tadi…dan tersenyum juga kerana.. kami bakal sama-sama tidur dalam keadaan yang basah, dan sejuk..

resolusi mudah hari itu… dalam kita beribadah.. apa sahaja ujian yang datang, jiwa mujahid itu perlu meneruskan langkahnya hingga ketitisan darah terakhir.🙂 resolusi yang menjawab pada tindakan sendiri… tindakan memohon pengecualian dari biro, secara mudahnya…

Kaki dan hati ini perlu diajar untuk tidak melarikan diri lagi.. hah.. larikan diri kan satu resolusi mudah untuk memulakan sesuatu yang lain dengan indahnya.. walaupun meninggalkan yang lain terkapai2 melayar bahtera? kata naqibah.. bahtera akan terus belayar tanpa kamu, tetapi aku tidak mengizinkan apa yang kamu inginkan.. kerana kamu. dan kita. kita yang memerlukan bahtera ini. bukan dia yg memerlukan kita.

Akal, perasaan dan tindakan perlu dididik.. bukan kte sahaja yang menanggung risalah ini. Tenangkan hati dalam thiqah kita pada yang lain yang menanggungnya bersama. Jangan complicated2 berfikir

telah diperkatakan dalam Maarij… tidak akan dapat lari mereka dari api neraka, walaupun mereka berjaya lari dari hidayah di dunia…

dan aku tidak mahu menjadi golongan itu😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s