Aku, dia dan segalanya..


Larian pagi itu hening. Suka dengan kesejukan dan kepanasan yang sukar nak digambarkan.

Bermula dengan pakcik dan anjingnya yang biasa menyapa senyum manis.. makcik 60-an yang gigih menghayun langkah lemah, menghirup udara milik Allah, leka dengan alam, tanpa menyedari aku melepasinya.

Menghenyak rumput-rumput segar yang dari dahulu kukagumi keagungan penciptanya. Jutaan yang tumbuh persisi spesis sama yang pasti dijadikan variasinya oleh Yang Maha Mencipta, tanpa aku tahu dan kenal spesifikasi tiap satu. Pasti tiap rumput juga punya rupa berbeza seperti manusia, kan?

Nafas ini, yang makin memendek dan mengencang dalam tiap derapan laju langkah kakiku.Yang pastinya dalam sesaat mampu hela kencang itu terhenti dek “kun fayakun” ar-Rahman.

Langit yang masih ditongkatkan pada paksinya pagi itu, biru dengan burung-burung tenang di dasarnya. Masih biru dan di situ.. tanpa dahsyat haru biru yang tercatat dalam Maarij. Al-Haqqah. Entah di mana aku tika itu?

Leka dengan angan dan amatanku, ucapan salam “assalamualaikum” melepasiku.

Ringkas. Tenang… Cukup garau untuk kutahu jantina yang empunya suara.

“Waalaikumussalam” sambil aku memperlahankan langkah dan menoleh.

Lelaki arab yang lantas tersenyum dan menundukkan pandangannya. Lalu memilih untuk tidak berada di belakang langkahku. Saat itu, benar-benar teringatkan kisah Fahri yang menjaga pandangannya dengan memilih untuk berjalan di hadapan Aisyah yg ketika itu belum isterinya.

Teringat juga kisah-kisah lelaki arab dalam hidupku yang hingga kini membuatkan aku punya persepsi buruk pada kerabatku sendiri. Kejadian di kedai Madinah, juga lelaki Arab di Adelaide.

Dan yang ini, entah kenapa seakan mampu menyeka persepsi-persepsi hitam itu.

Dan setiap mukmin itu bersaudara… Tanpa sebarang jurang pemisah, kerana aqidah itu ikatannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s