Bila tarbiyah itu segalanya


Bila tarbiyah itu segalanya..

Mereka gemar mencungkil tangisku dan esakan-esakan hati yang kadang sukar untuk didiamkan.

Tika itu, mata ditutup, mulut dibisukan, kaki dan tangan terpaku.. lantas belakang menyentuh tanah di pembaringan.Yang terdengar hanya derap dan bau tanah yang merimaskan. Sekatan-sekatan yang ternyata benar-benar menjadi masalah kepada aku yang gemar ke sana-sini, tangan yang tak reti diam, kaki yang laju melangkah, mata yang sering menghitung tiap satu ciptaan Tuhan yang entah bila ada pengakhiran perkiraannya. Ah! yang penting, aku benar-benar tidak mahu kaku begini.

Kalau dulu, aku gemar menjadi tumpuan ramai. Siapa yang tidak suka bila kita sering menjadi perhatian semua orang? Buktinya? Social skill perlu dipelajari, senyum itu sedekah, penampilan perlu mantap dan hebat. Siapa yang tak terkecuali? Di dunia, taburan-taburan dunia itulah yang sering menggarap tumpuan ramai.

Dan hari itu, aku juga bakal menjadi tumpuan ramai. Ramai yang datang dengan mengalirkan air mata perpisahan. Walau tumpuan itu bukanlah yang aku pinta. Tapi yang pastinya, di pengakhiran hayat, kita akan tetap mencuri tumpuan rakan-rakan di dunia, sahabat-sahabat di sekolah, teman-teman di pejabat, kaum keluarga yang dikasihi.

Tak cukup direbahkan, badan diselimuti kain. Jantung berdegup kencang menanti pengakhirannya sang masa.

Tamat. lega. Aku hidup. lantas merungkai ikatan-ikatan yang menyekat kebebasanku. Hah. Syukur.

Apa yang kulalui, tak melebihi 10 minit yang pantas berlalu. Kerana roh dan jasadku masih ditakdirkan bersatu. Belum lagi tiba hari kematianku yang sebenar.

Hanya kerana lohmahfuz bukan mencatat saat itu sebagai detik hela nafas terhenti dek “kun fayakun” ar-Rahman.

Jasad ini, darah ini.. perlu bergerak dengan tuntutan, selagi mana ruang ar-Rahim yang tak ternilai menghampar ruang-ruang amal untuk dikerjakan. Untuk digilap menambah saham-saham ekstrem Syurga. Sebelum mata ditutup, mulut dibisukan, tangan dikakukan, kaki diikat, belakang dibaringkan oleh Sang Penciptanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s