Cemburu Si Bidadari


Syurga itu terlalu indah untuk dicapai dengan mudah.

Onak duri mengelilinginya, berbeza dengan jalan ke neraka jahannam, yang dibentang dengan keindahan permaidani indah dan haruman yang mengiurkan. Hanya hati yang telah dirungkai dengan kebenaran dan hakikat kalamullah Al-Furqan yang tega memilih jalan beronak duri untuk dilangkahi.

Pernah dulu benar-benar cemburu dengan pujian-pujian yang dilontarkan pada kecantikan, keayuan dan kesucian bidadari syurga.

Dan kali ini. cemburu lagi.

Cemburu kerana mereka telah berada di sana. Di kampung halamanku yang pernah didiami oleh moyangku, Adam dan Hawa. Cemburu kerana mereka telah pasti berada di dalam Syurga. Cemburu kerana mereka menjadi idaman setiap yang mahu ke Sana. Cemburu. cemburu. cemburu.

Cemburu kerana mereka disebut-sebut di dalam al-Quran. Sedang aku, bersusah payah cuba menggolongkan diri dalam sebaik-baik golongan yang disebut didalam al-Quran: golongan yang bertaqwa. Hatta nama sendiri ‘Balqis’ tak tercatat lafaznya di dalam al-Quran, hanya tafsiran yang mengiyakan kehadiran Balqis di dalamnya. Dan nyatanya, Balqis itu bukan aku. Balqis yang dicatat adalah permaisuri Sulaiman yang memerintah kerajaan Saba’, bersuamikan Sulaiman, sang raja kerajaan jin, haiwan dan manusia.

Sedang tergolong dalam ahli Syurga pun belum pasti, inikan pula mahu menandingi sang bidadari?

Tak tergugat langsung dengan bidadari-bidadari plastik dunia yang murah, bila bidadari Syurga jadi saingannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s