Persis hari ini


Bulan April hampir melabuhkan tirainya.

Sedar tak sedar, inilah bulan yang dahulunya paling aku takuti. Tahap ‘fragile’ paling tinggi dalam nak menghadapi bulan ini. Kesian semua orang yang tahu. Ummi, abah, naqibah, ahli-ahli usrah.. Jenuh meyakinkan semuanya akan ok.

Kenapa? Biarlah hanya orang yang tahu sahaja tahu.

Bulan ini jugalah Allah takdirkan macam-macam perkara berlaku. Perkara-perkara yang menuntut kematangan dalam beramal, keyakinan dalam langkah tarbiyah, keazaman dalam penerusan dakwah. semuanya. Ya. Berlaku dalam ketika yang sepatutnya diri melayan hati yang kurang berfungsi pada paras maksima.

Assignment dan test pun bertimbun-timbun. Tak sempat nak melayan hati, jurnal-jurnal, online test.. semua menanti untuk dilumat-lumat. Habis satu assignment, assignment lain pulak yang datang.

Alhamdulillah semuanya telahpun dilalui dengan jayanya walaupun macam-macam tawaran menarik yang tiba: Terima kasih, ummi abah🙂

Jalan yang satu itu terbentang. Dengan aku sebagai pemacu kudanya. Bergegas memacu sendirian sambil mengelak ranjau dan onak yang menghalang. Mata tetap terpaku pada matlamat: Buat! hingga april habis!. Kekuatan dilonjak ke arah maksima. Nekad dan azam dipasak dalam-dalam.

Sehingga hari itu……

“For surviving April” .. katanya. ringkas. sambil tersenyum. menghulur sehelai bulu burung yang putih dan halus.

…….

Hope is the thing with feathers
That perches in the soul,
And sings the tune without the words,
And never stops at all,

And sweetest in the gale is heard;
And sore must be the storm
That could abash the little bird
That kept so many warm.

I’ve heard it in the chilliest land
And on the strangest sea;
Yet, never, in extremity,
It asked a crumb of me.

(Emily Dickinson)

Aku terkedu. Bagai terpadam fokus perjuangan sendirianku menghabiskan sisa april. Senyuman berbalas, berganti pelukan kasih yang erat.

Tanpa sedar bukan aku sahaja yang memaku mata ke arah matlamat itu. Bukan aku sahaja yang sedar kerutan di dahi yang tak pernah muncul kini muncul di April. Bukan aku sahaja yang sedar air mata yang dulu mencurah, kini putus-putus dalam sendu menahan buat menguat langkah. Bukan aku sahaja yang tahu hati ini berkobar untuk memasak kekuatan, supaya senyuman ini terus terukir walau hati ini goyah. Bukan aku sahaja.

Gambaran memacu kuda sendiri mengejar matlamat beralih pada pengemudian bahtera. Kelihatan aku dan mereka di dalamnya.

Walaupun luka ini, hanya aku yang merasa. Walau tangis ini, hanya aku yang merasa sebaknya. Walau sedu ini, hanya aku yang menyeka.. rupa-rupanya, aku masih punya mereka yang tega membalut dan merawat. Dan aku ada Allah yang mampu menyembuhkan.

Hari-hari adalah hari dengan harapan baru. Seperti hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s