Nikmat


..Kenapa manusia sering menghitung dan menangisi ujian berbanding nikmat-nikmat yang seharusnya digembirakan dan disyukuri?…

Malulah kita pada Allah!

Mungkin memang fitrah manusia. Pernahkah terasa untuk menangisi markah assignment yang kurang, atau fail satu subjek.. sedangkan sepanjang hidupnya, bermula dari peperiksaan akhir tadika, UPSR, SPM.. semuanya Allah kurniakan kecemerlangan. Setitis fail mampu mencemar setempayan kejayaan?

Permahkah juga terasa untuk menangisi riak masam seorang sahabat, atau dingin hubungan rakan.. sedangkan sepanjang hidupnya, bermula dari perkenalan di tadika, di sekolah rendah, di sekolah menengah, jiran-jiran sekeliling rumah, rakan-rakan sekerja mak ayah semuanya ceria bila berjumpa, yang sering menambah meriah hubungan dengan pelbagai cara. Secalit riak masam mampu memburukkan lautan senyuman dan kemesraan?

Pernahkah terasa untuk menangisi personaliti sendiri apabila seseorang menegurnya bagai satu kelemahan.. sedangkan sepanjang perjalanan kehidupan manusia menggunakannya sebagai satu kelebihan? hah.. setitik kelemahan mampu mencemar bentangan kelebihan?

Jika ya, malulah kita pada Allah.. yang tak putus mengatur hela nafas, kerdip mata dan jutaan sebagainya..

Satu titis, calit, titik ujian.. seharusnya dilihat dengan kanta muhasabah, bagi mencantikkan lagi tempayan, lautan dan bentangan indah yang dimiliki.. bukan perlu berhenti dan menangisi..

manusia.. manusia… dan aku juga manusia

One thought on “Nikmat

  1. betul! dan saya juga manusia itu.

    yg mana selalu alpa dengan segunung nikmat
    tetapi memperbesarkan setitis dugaan.

    astaghfirullah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s