from malaysia with love: 1


Mendengar khabar dari Malaysia, hati bagai ingin pulang segera.. tapi tiket di tangan bertarikh 28 Ogos. Memikirkan lebih sebulan lagi tarikhnya, tangan ligat menghantar mesej meminta pendapat naqibah. Jawabnya mudah, terpulang pada aku untuk menentukan tarikhnya.

Kalau nak dikirakan tanggungjawab sebagai daie, sememangnya takkan pernah putus. Biarlah dicampak ke mana sekali pun, selagi nafas ini masih bergelar muslim, selagi nyawa ini sedar hakikat kehidupannya.. tanggungjawab takkan pernah terhenti. Tetapi, aku masih punya tanggungjawab pada ummi dan abah, selagi belum hak ini bertukar prioritinya pada Sulaimanku..

Berfikir-fikir dan memohon panduan dalam sujud istikharahku.. 8 Ogos dipilih sebagai hari bersejarah itu. 2 minggu lagi masih berbaki. Untuk aku menghirup udara Adelaide sungguh-sungguh.

Masalah pertama timbul. Apakah cara terbaik untuk aku sampaikan pada mereka yang aku sayangi?…. Widad, ahli usrah, adik-adik yang lain, akak-akak… kerana aku telah terbiasa hidup bergelumang mereka selama 3 tahun setengah. Dan kini, fizikalku bakal ditarik keluar dari pentas kehidupan Adelaide. Aku kurang pasti, samaada aku risaukan mereka, atau aku risaukan hati ini yang tak mampu meninggalkan kehidupan ini…

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan ALLAAH, yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.(At-taubah: 41)

Setelah dibincangkan, aku perlu pulang.

Berkali-kali ‘to-do-list’ ditukar untuk membuatkan hati ini lega meninggalkan Adelaide dan seisinya yang tercinta. bercadang untuk ziarah semua dari rumah kerumah, akhirnya ditakdirkan Allah, tak sempat.. dan akhirnya Widad menjadi medan kenduri-kendari dalam beberapa malam… terima kasih semua… Allah beri kesempatan untuk kita bertemu sebelum pulang.

Banyak barang yang dibeli buat mengekspresi cinta pada yang ditinggalkan. Hmm.. aku memang susah untuk memilih barangan untuk dihadiahkan, lebih gemar berbuat sesuatu untuk menyampaikan cinta.. tetapi, dengan kekangan masa yang ada… banyak juga yg tak terbuat… agak terkilan, tp pasti Allah lebih tahu hikmahnya..

pagi qiam itu, merupakan hari terakhir aku menjadi wasilah peringatan pada akhawat.. tazkirah persediaan ramadhan.. menyusuri fiqh sirah, bagaimana Rasulullah menyediakan hatinya ntuk ditarbiyah. lebihnya buat diriku sendiri. risau juga sedahsyat mana angin dan bahang malaysia mampu melenturkan semangat ini?

dan akhirnya, rupanya majlis wida’ disusun. ucapan demi ucapan.. dan video! terlalu banyak kalian memberi. qudrat ini kadang takut tak mampu untuk memberi dan membalas….. semoga ALLAH menghitung kasih dan sayang kalian dalam untaian rahmat dengan ganjaranNya…

Betapa diri ini menyayangi kalian…

Airport: 8/8/2010

Terlambat sampai. bag lebih 10kg! akhirnya pakaian semuanya dikeluarkan. yang tinggal, hanya hadiah2 dan barang2 yang dihadiahkan pada family. Agak kalut. Sebab dah lewat. Sangat ramai… Ada yang nak ambil gambar tapi tak sempat.. (huhu. maaf sangat) last2 masuk. line rupanya panjang je kt dalam! isk2… dan akhirnya, Allah takdirkan lama untuk aku melihat Adelaide di sebalik tabir kaca airport. Bagus juga. aku tulusnya tak sanggup mendengar ucapan2 dan tangis sayu.. disaat kaki sememangnya harus melangkah pergi… Tapi, hati memang ingin merangkul erat setiap satu wajah disebalik tabir kaca itu.. Entah. Allah lebih tahu kemampuan diri ini.

Bag bertambah2 untuk dibawa masuk ke cabin.. dngan buku, hadiah dan kad2 ucapan… subhanallah.. tak terungkap penghargaan atas kasih-kasih yang diberikan…..

dalam kapal terbang, berkali-kali terngiang-ngiang kata…”ini penerbangan terakhirku. bukan penerbangan biasa. kaki takkan lagi dijejak seperti pulang cuti dahulu” .. dan tiap kali rasa itu datang. hati sebak. mata bergenang. Ya Allah, sejauh mana hati ini akan tabah menahan rinduku pada Adelaide nanti?

InsyaAllah, dengan teknologi yang ada… kita akan mudah rasa bersamašŸ™‚ facebook, telefon, email.. jumpa lagi di Malaysia.. banyak! cuma keadaan sedikit berbeza, kerana tidak lagi berpeluang bersusah payah dan bergembira bersama di sana…

Sampai di KLIA.. kot terpaksa dibuka. bahang betul2 membakar pipi. seperti biasa, pipi ini memainkan peranannya.. merah semerah-merahnya…… badan mula rasa melekit. mata agak melilau, pelik melihat rakan2 sebangsa di sana-sini. Rasa berdebar melihat orang bertudung, sbb kalau kt Adelaide, nampak orang bertudung, mesti nak tegur berkenalan dan bertanya khabar.. tapi, di KLIA… org bertudung, everywhere! org ckp melayu pun.. everywhere….

“dik2.. troli kt tepi tu” terus mencari suara, macam kenal. hehe. taklah. tu pakcik airport yang jaga tepi tu…. ok.. fine.. tak sume kte kenal!

Selamat datang ke LAUT! inilah laut yang ustaz halim cakap hari tu… dan inilah tanahairku yang tercinta… selamat berkkhidmatšŸ™‚

2 thoughts on “from malaysia with love: 1

  1. *tsk tsk*

    selamat pulang berkhidmat di tanah air, jgn lupe lapor diri.

    *tsk tsk*

    kumpul la duit raye tu, dtg bercuti kat adelaide. takpun honeymoon. kami tak kisah. huhuā¤

  2. haha.. baiklah… iA dlm proses.

    xsure la dapat duit raya ke tak taun ni… sbb rasanya dah rupa cm org dewasa dah this time.. uhuk uhuk..

    honeymoon kt adelaide.. hmm.. menarik tu.

    tp..

    meh bagi suami kt akak. baru bleh plan g honeymoon

    grrrr…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s