Angan-angan yang kini kenang-kenangan


Hampir 10 hari berada di Malaysia, macam-macam perkara dah jadi. Tapi, betullah. lensa mata ni dah ditukar kepada yang baru. Lain dari yang digunakan sebelum fly hari tu. Pandangan tentang kehidupan berbeza. Pandangan tentang peranan dan tanggungjawab dah berbeza. Pandangan tentang cinta berbeza. Semuanya angkara krisis ‘jatuh dan ketemu CINTA’  di Adelaide. Cinta pada hakikat dan nilai iman berbanding dengan nilai keseluruh kehidupan dan bumi ini..

Cintakan iman dan islam, membuatkan kita lebih mencintai kehidupan dunia, dengan cara untuk membawa keseluruhan kehidupan ini sebagai saham kehidupan kekal di akhirat. Siapa kata kita tak cintakan dunia? Kita cintakan dunia ini kerana ditakdirkan untuk kita bercucuk tanam untuk pulang ke kampung yang lebih dicintai selamanya. Kampung akhirat.. Mohon rahmat dan barakah Allah dalam usahanya…amin..

Orang yang mencintai akhiratlah yang lebih hebat perancangan dunianya. Amanah sebagai suami dan ayah, mencari nafkah yang halal untuk keluarga, bermula dari perancangan study dan binaan diri yang bersungguh-sungguh sejak awal lagi. Bermula dengan pemilihan kerja di syarikat yang tak mencampur aduk syubhah dan halal-haram urusan. Bermula dari pemilihan isteri yang baik sebagai ibu anak-anaknya. terhasillah seorang ayah yang penyayang dan suami yang memahami isterinya. dialah suami terbest, ayah terbest, pekerja syarikat terhebat, anak terhebat, abang/adik terhebat, kawan dan sahabat terhebat. Takkan ada nilai kalau tanpa usaha hebat menjadi hebat di mata Allah. Jaga Allah, Allah menjaga kamu.. kan?

Terlepas dari biah solehah di Adelaide, Alhamdulillah disambut dengan biah solehah Ramadhan di Malaysia. 1 Ramadhan, di kala semua sedang bersemangat, dahsyat memasak semangat untuk menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik.Aku melihat semua ini sebagai hikmah dan rahmat Allah yang tak pernah putus mencintai hamba-hambaNya.. Melihat sebagai peluang untuk aku terus memacu langkah dengan semangat yang tak pudar. Hanya tinggal aku yang entah cukup membuktikan cinta padaNya.

Bercakap tentang lensa..

Beberapa hari lalu, ke Intec Shah Alam.Perasaan kini berbeza. Terbayang dengan kenangan-kenangan ketika di intec. joging tiap2 hari kt playground, beli food kt makcik nasik lemak, berebut bas, mkn KFC, g Giant, g Taylors, g Sunway pyramid……Bagaimanakah aku melihat kehidupan pada masa itu?

Di kala itu, masih terbayang-bayang dengan angan-angan hidup di bumi mat saleh di Australia..di kala tak tahu apa yang bakal berlaku di sana. dan kini, aku dihadapan bangunan Cemara, sebagai aku yang telah melalui semua angan-angan itu.

Angan-angan dulu yang kini dah pun menjadi kenangan terindah🙂

Berapa banyak dosa yang telah aku pikul sepanjang perjalanan itu? berapa banyak yang telah diampunkan dengan taubat? berapa banyak amal yang telah dihitung dengan ganjaran pahala ikhlas oleh Allah? haih….

Andai aku masih kekal dengan lensa yang aku punyai dulu.. entah bagaimana aku sekarang? Mungkin dah mengedar lagu-lagu rakaman sendiri di youtube? haha..

Apa pun, aku bersyukur menemui jalan ini. Perlu pohon sungguh-sungguh dari Tuhan untuk melimpahkan rahmatNya untuk aku mencapai syurga.. ya, syurga.. ingin syurga.. yang ada anggur, sungai susu dan madu.. bidadara🙂🙂🙂 berangan lagi..memang sah! ske berangan? ishk3

Kalau dah ke akhirat, angan-angan seperti ini akan ditentukan, menjadi realiti terindah atau tidak. Kehidupan seperti kini akan ditentukan, menjadi kenangan terindah atau bukan. Bila dah ditutup buku amalan. Bila dah diaudit catatan… Sekarang masih lagi masih boleh meilih jalan. Alhamdulillah.. Moga memilih yang terbaik..

4 thoughts on “Angan-angan yang kini kenang-kenangan

  1. usah dikenang zaman jahiliyyah itu. huhu. sesaknya jiwa akibat lensa yang dikaburi debu yang tebal. moga dosa diampunkan.

  2. amin… work smart for a better today and tomorrow🙂 iA….

    masa lalu banyak mengajar.. pengalaman is the best teacher, kan…balik nnt bleh la reunion bilik2😀

  3. edar recording sendiri dalam youtube? Oh wow.😉

  4. alhamdulillah kita telah ditukar lensa mata kpd melihat hakikat iman yg lebih luas dr hakikat pencipataan kita dan dunia tuh sendiri… satu nikmat yg tak terucap.

    kalau kita gi tmpt tuh n cerita kat org2 yg ada kat situ betapa indahnya ape yg kita lihat skarang, terkebil2 mata mareka…

    anyway achik, best jgk jd composr…tp bkn utk compose suara sendiri la…nnt leh je edar kat youtube suara anak2…hahah

    slamat menempuh arena perlumbaan di bulan ramadhan.

    luv
    ateh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s