Wanita: Bila kita ‘cuti’ di bulan Ramadhan..heih…


Kalau sebelum Ramadhan, memang ternanti-nantikan Ramadhan. Doa tak putus memohon Allah supaya sampaikan kita pada Ramadhan.. “Allahumma ballighna Ramadhan..” Tapi bila Ramadhan tiba.. Percaturan rindu dan cinta tadi, agak susah nak dibuktikan dengan amal.

Cinta vs Pencipta

Ye lah, mana taknya.. aktiviti harian masih seperti biasa..cuma perlu berlapar, dan menghalang diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kalau tak dihayati roh Ramadhan, amalan-amalan seperti solat sunat, bacaan al-quran, bersedakah, menghubungkan silaturrahim, menyebarkan manis senyuman… semuanya makin kurang dibuat.. sebab..? PENAT!

Aktiviti masih seperti biasa, tapi ditambah dengan sesak lalu lintas di sana sini nak ke bazar ramadhan, memasak sebelum senja menjelang, malam terawikh.. kalau di Selangor, 21 rakaat, ditambah dengan tazkirah lagi.. kan penat dari biasa? Jasadnya Ramadhan..begitulah..

Tapi, kalau yang menanti-nanti dan merindu-rindu Ramadhan tadi, betul-betul tenggelam dalam roh cinta Ramadhan.. setiap detik lesu dan penat tadi hanyalah perkara enteng kalau nak dibanding dengan hikmah dan barakah Ramadhan. bayangkan tiap saat kita mengabdikan diri pada Allah dengan beribadah.

Inilah masanya yang sesuai untuk kita semak iman kita… mengabdikan diri kepada Allah, kerana Cinta padaNya – ” moga pengabdian ini menambah bukti cintaku pada Allah..”  atau kerana ‘tanggungjawab, amanah..- “dah Allah suruh, buat je lah”.. Dua-dua tak salah. hanya di mana kita mahu letakkan Allah di hati kita?.. Cinta, atau sekadar Pencipta?

Bila ‘bulan’ mengambang

Kalau lelaki, mungkin tak merasa saat-saat ni. Bukan mungkin.Memang. Waktu cuti yang Allah bagi pada golongan perempuan, ketika haidh datang, anugerah Allah buat persediaan rahim sang bakal-bakal ibu… Aktiviti masih seperti biasa, tapi dah tak boleh puasa.. perlu makan juga sorok-sorok, sebab, biasalah.. bila datang bulan ni, penat.. lesu.. kalau yang jenis selalu ‘period pain’, lagi lah tinggi mujahadahnya..

Tapi, masa bulan Ramadhan, rugikah kita bila Allah tak izinkan berpuasa, bersolat dan membaca quran? sekali lagi, kalau dihayati roh Ramadhan sebetulnya, dengan keuzuran ini, kita sebenarnya masih boleh larut dengan keasyikan Ramadhan. Nafsu masih boleh berlatih dijinakkan. Dah boleh makan.. tapi makan tu pun, perlu budget2 lah juga.. isu kawal nafsu di sini. nafsu atau keperluan? Quran, tafsirnya boleh dibaca.. hafalan masih boleh disemak dan diulang-ulang. Ahli keluarga masih perlu dijaga biah solehahnya.. budaya memabaca quran..budaya solat jemaah… semuanya! sebagai wanita, kita sentiasa perlu menjadi penyokong terkuat dalam penjagaan biah ni. Perempuan ni kan Allah anugerahkan dengan kelembutan, kasih sayang dan cinta sesuai dengan tugas dan peranannya sebagai pendidik di rumah, pendidik anak-anak bangsa dll.. tak percaya? contoh mudah, tengok macamana akhawat(wanita) pujuk baby nangis, compared to ikhwah(lelaki) pujuk. hihi.jangan marah..dua-dua cara berhasil je insyaAllah, tp kalau kita tgk cara pun.. mmg tahu Allah sangat bezakan kejadian lelaki dan wanita ni..

Objektif mendidik nafsu, menyubur cinta dengan Allah.. membudayakan biah solehah.. semuanya masih boleh diteruskan, dengan pelbagai lagi cara yang Allah izinkan. Manusia ni.. kan akan bertindak dan beramal mengikut apa yang dimatlamatkan? dan Allah pula akan menilai dnegan apa yang diniatkan… Jom cek semula matlamat.. cek semula niat kita..

So, cuti solat bukanlah alasan untuk kita cuti beramal.. Bila kita betul-betul tahu matlamat dan betul-betul tenggelam dalam roh Ramadhan.. insyaAllah kita semua akan tahu je mana jalannya untuk kita beramal.. Teringat kata-kata indah ni… Tangan yang menghayun buaian..mampu menggoncang dunia. Wanita yang bijaksana,mampu mengubah sahara yang gersang menjadi tanah yang subur.. If you educate a woman, you educate a nation..

Wanita-wanita bijaksana..apa lagi? Selamat mengeksploitasi anugerah Allah ini🙂

4 thoughts on “Wanita: Bila kita ‘cuti’ di bulan Ramadhan..heih…

  1. betul! tak rugi mane pun jadi perempuan😉

  2. jzkk achik!! kena sgt entry ni dgn angah sekarang🙂 yup, setiap yg Allah tentukan tu satu anugerah! zikir dan istighfar masih boleh…. meluap-luap makin rindu nak b’tilawah dan b’teleku di tikar sejadah kala dini hari.. tak ke indah cuti yg Allah bagi tu bila terbit rindu?
    bj kurung sulam sgt cantik. my first ever! tak pernah ada baju sulam. jzkk lagi sekali!

    dua benua, satu hati @>—– (red color)

  3. hehe.. sama la.. sbb dulu, ble xleh solat time ramadhan.. cm rasa lega sbb xyah pose.. skrg dah rasa lain..

    hee.. i’m glad akk ske.. sy sgt ske baju tu… tu my first baju sulam jugak🙂

  4. to picka: kalau ditambah nilai lagi.. bukan setakat tak rugi.. nilainya lebih dari tu,iA🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s