Ombak laut.. arus sungai


Tanahair macam laut. Betul. Bila dah berada dalam laut, baru terasa masinnya. Kalau duduk di dasar, tak terasa arus yang menderu. Cuma bila sesekali berlayar dipermukaan, ombak yang dipukul angin kadang terasa memukul-mukul. Itupun, bila ditengah-tengah lautan, tak sehebat rasa pukulan ombak di pantai.

Kalau dulu di sungai, memang arus sentiasa menderu. Kadang sampai perlu berpaut pada aur, bersantai di tebing untuk menghela lelah, mengumpul kudrat.

Hakikatnya, kini di laut. Alhamdulillah, dah mula biasa dengan masinnya…

Tapi hati masih biasa dengan deru arus sungai. Memang perlu mujahadah untuk merasa arus ombak dipermukaan, apatah lagi pukulan ombak di pantai…

Pengemudi yang baik, biarlah dicampai ke sungai, mahupun laut..hatta ke kolam ikan atau ke kolam renang sekalipun, akan pandai sahaja untuk memperguna dan menambah elok peranan amanah sang pengemudi… Jangan terlalu lama menganalisa laut, merindu sungai.. sampai tak terkemudi bahteranya!

4 thoughts on “Ombak laut.. arus sungai

  1. selamat mengemudi! insyaAllah kamu akan baik-baik aja😉

  2. Mujahadah itu perlu! Kami doakan yg terbaik… (^_^)

  3. Buat mereka yang ada di laut….

    Perjuangan by Saff One:

    Perjuangan itu gerun dan mengerikan
    Hebat dan dasyat menggerukkan hati
    Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

    Perjuangan itu bagai sampan di laut
    Di atas lapang tiada perlindungan
    Di bawa air melambung dan menggunung
    Menongkah gelombang yang datang melanda

    Kiri kanan depan dan belakang
    Angin yang menderu tidak tahu bila datang
    Hujan badai yang datang menyerang
    Bak singa yang lapar yang garang

    Kadang-kadang terdampar di batu karang
    Penumpang menerima nasib berlainan
    Ada yang jatuh ada yang tenggelam
    Yang pandai berenang berpaut ke sampan

    Ada yang berjaya berenang ke tepian
    Sekali lagi dia melayar sampan
    Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
    Namun harapnya hanya pada yang esa

    ~Memori mukhayyam Goolwa 2008~

  4. padat dan menarik,jazakillah atas ingatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s