Bila ditanya:Kamu melayu ka?


Mampukah aku survive? Aku harus terus survive!

Pagi itu, aku menyelak-nyelak halaman akhbar ‘The Star’ yang baru dibeli oleh abah. Kursus soft skill dan management PNB. aku sengaja mendail PNB tentang kursus yang ditawarkan. “Belum menginjak ke medan masyarakat, belum tahu tinggi rendahnya nilai kita di mata masyarakat. Pergi la kerja dulu” Ummi abah sepakat menasihati. Mahu, tapi entah kenapa lambat-lambat, seakan belum cukup menaksir kemampuan diri. sebetulnya, belum lagi dapat menghubungi naqibah tentang pendapatnya. walaupun pendapatnya pasti lebih kurang aku, tapi selalunya bila dah tahu apa kata naqibah.. langkah lebih mantap.

Suara lelaki menjawab. Cukup matang, macam abang-abang. nk kata macam ayah pun boleh jugak. Selalu terjadi bila dah cakap “hello”.. tak sure kena cakap english ke malay..

“ya, siapa ditalian?” soalan diaju. dia berbahasa melayu. merungkai kesangsian.

pertanyaan tentang kursus tersebut dijawab panjang lebar, hingga akhirnya dia bertanya perihal aku. dan aku menjawab, “baru grad akaun, and i’m not really sure which pathway should i choose” campur aduk bahasa melayu dengan inggeris yang masih berbaki dengan slanga aussie.

“ouh. accounting.. should’nt be a problem” dia membalas. “what do you mean by ‘shouldnt be a problem’?” aku meminta kepastian. dengan suara confidentku, seperti biasa….

“kalau buat accounting, senang je dapat kerja, lagi2 kalau grad oversea. tapi ikutlah pathway adik cmne. kalau nak join PNB boleh, nak bukak firma sendiri, pergi lah mintak kerja kat audit firm.. n nanti buat profesional” penerangan kepastian dihurai panjang lebar. aku mengangguk-angguk seakan dia mampu melihat..

dan akhirnya, perbualan ditambah dengan basa-basi di sana-sini beserta doanya untuk kejayaanku “all the best dik, for your future”..

terus bersemangat aku membulat-bulatkan tawaran kerja di surat khabar..

seorang wanita cina menjawab panggilan. aku berbahasa inggeris fasih. dan dia membalasnya dalam bahasa melayu. aku dah cuba bercakap dalam bahasa melayu, tetapi rasa tak masuk dengan nada cina yang digunakan. jadi, akhirnya aku lebih selesa berbahasa inggeris dan sekali-sekala aku merojakkannya dengan bahasa melayu. dapat aku simpulkan, aku berjaya memesrakan keadaan. dan akhirnya dia mengajak aku ke pejabatnya pada hari yang kami dah persetujui.

Beberapa isi perbualan yang kukira agak menarik untuk dikongsi..

Mungkin kerana dia mendengar english aku yang bukan dengan slanga cina, dia bertanya,

“kamu melayu ka?”..

dan aku terpukul sedar, kini aku dibumi yang benar-benar izzah dengan bangsa. cara deal dan expectation untuk cara kerja setiap bangsa mungkin berbeza.. mungkin atas faktor itu dia bertanya.. atas faktor dia hanya mendengar suaraku di corong telefon, tanpa melihat aku.. kerana itu juga dia bertanya…

aku cepat menjawab “yes, i am”.. dan cepat juga bertanya kembali, “i’m sorry, but i just want to know..do you have any special requirement for your employee? i mean.. do you prefer chinese compared to malay?”

“eh.. no.. no.. i accept anyone lah..” lekias-lekas dia mencantas suuzzon ku..

“oh, ok.. but. do you think i have any disadvantage to work there, with chinese.. well, you know, in a chinese environment.. i dont have any chinese language background” aku bertanya tulus. Bukan apa. banyak yang aku dengar tentang rakan-rakan ku yang tak dapat banyak belajar apabila bekerja dengan kaum yang bahasanya tak kita fahami. Yang dapat, hanya dikulikan tanpa tahu apa motifnya.

“eh.. i have one malay staff here..you should’nt be worried to much lor.. the environment is ok ma..”

comel. ms ni adalah salah seorang akauntan di sebuah firma audit milik warga cina di kelana jaya. puas dia mengumpan aku untuk bekerja dengannya dan berjanji untuk mengajar aku tentang banyak perkara.

dan padaku banyak lagi senarai syarikat yang akan aku singgahi untuk melihat dimana lubuk terbaik untuk aku beramal, menyumbang tanpa merencat gemburan imanku. kalau kita ada jodoh, ms kelana jaya.. kalau itu yang terbaik.. berjumpalah kita nanti, iA..

jangan dia terkejut bila yang petah di corong telefon ini adalah seorang muslimah yang benar-benar izzah dengan islamnya.. bukan melayu biasa-biasa

3 thoughts on “Bila ditanya:Kamu melayu ka?

  1. salam achik (betul ke conpius jap :D),

    dah start cari kerja ke..moge dipermudahkan.
    cam cabarang gak la nak cari tempat kerja yg tak akan ganggu kita nye D n T,
    anyway ateh kepingin mahu menelepon sama kamu sih…bile pakai baju yg achik bagi tuh mmg slalu teringat nak call

  2. btul ateh…achik tu…

    gambate ne achik!!!!

    moga dikurniaan lubuk udang galah.
    tajam kepitnya, susah nak tangkap tapi isinya fuhh mashaAllah sgt sedap…(u know what i mean…)

    rindu kamu! tema malam merdeka kaler biru. should i wear that special kurung biru? tak pernah pakai sulam, segan la pulak…

    moga dipermudahkan ukhti habibati fillah,

    angah ZH🙂

  3. salam achik, alang pun dh pki baju special tu..

    achik dh start cari keje eh..moge peroleh yg terbaik iA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s