Merdeka..!


Merdeka sebagai seorang muslim, yang mengaku menjunjung risalahnya, bukan hanya layak dijanjikan dengan kata-kata. Perasaan dan niat dalam hati perlu terjelma menjadi amal yang membuktikan di mana letaknya prioriti risalah dalam kehidupan manusia.

Alhamdulillah, kita dikurniakan negara yang kita masih bebas ke sana ke mari untuk menuntut ilmu agama. Sekolah-sekolah agama, universiti-universiti Islam, memang tumbuh bagai cendawan! Rancangan-rancangan televisyen, youtube dan rakaman-rakaman cd dan video, hanya kita yang perlu memilih rancangan agama mana yang kita nak tengok.

Tapi kita perlu selidik hati dan perasaan kita. Merdekakah dalam meyakini apa yang digariskan oleh agama Islam? Sejauh mana kita berani melangkah dengan keyakinan kita dalam era globalisasi masa kini? Adakah kita masih takut-takut membuka al-Quran di mana-mana kita inginkan? atau kita masih takut-takut, takutkan apa kata orang sekeliling? Beranikah kita melangkah ditengah-tengah masyarakat dengan pakaian bertutup, bertudung labuh tika arus pemodenan fesyen sedang giat meratah mangsanya? Masih takutkah kita untuk berkawan dan menegur saudara seaqidah kita yang tak dikenali untuk diajak solat berjemaah? Masih takut-takutkah kita untuk menghadiahkan senyuman pada mahram seaqidah tatkala mata bertembung mata? InsyaAllah, kalau kita betul-betul faham dan yakin di mana dasarnya Islam.. tiap perbuatan itu ikhlas.. tak takut-takut lagi..

Merdekakan keyakinan dan perasaan kita.. jomm!

Hati tak berapa nak keruan lately. Memang ada sesuatu yang sedang bermain-main di fikiran. Tapi, kena yakin.. Allah tahu yang terbaik untuk kita, kan?

One thought on “Merdeka..!

  1. hmm, byk lagi perlu belajar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s