Resolusi: Wang, Anda dan Islam-Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan


Buku yang dicoretkan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman ini ternyata mampu membantu menghurai belenggu kekeliruan masyarakat yang mula sensitif dan peka terhadap isu halal haram di Malaysia. Berdasarkan pengalaman Ustaz yang berkecimpung dalam bidang kewangan (khususnya perbankan) di Malaysia, Ustaz ternyata menghurai berdasarkan syadid letaknya hukum mengikut rentak permasalahan masyarakat.

Tak cukup dengan penulisan ustaz di dalam buku ini, beliau turut menulis huraian-huraian penyelesaian masalah kekeliruan masyarakat di dalam website beliau, zaharuddin.net.

Penulis menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan amalan perbankan dan kewangan Islam yang bersumberkan kepada khazanah warisan para Ulama silam dan sarjana Islam semasa serta penyelesaiannya menurut Muamalat Islam. Buku ini adalah sumber rujukan yang bernilai kepada para sarjana berkenaan, pengamal perbankan dan kewangan Islam, penyelidik dan pelajar. (Prof Dr Joni Tamkin, UM)

“Al-Fadhil Ust Zaharuddin Abd Rahman ialah ahli dalam bidang Fiqh Al-Muamalat khususnya berkaitan perbankan dan kewangan. Pandangannya telah banyak membantu banyak pihak agar lebih memahami bidang yang penting ini. Saya percaya kehadiran buku ini boleh memberikan sumbangan yang sangat positif untuk orang ramai memahami hukum Syarak dalam bidang tersebut”( Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis)

3 tahun setengah di Australia, tenggelam dengan rentak konvensional sepenuh masa, sistem kewangan islam sememangnya tidak didedahkan sama sekali dalam sistem pembelajaran di sana. Kalau tak kerana sensitiviti dan kepekaan pelajar sendiri, takkan pelajar muslim sedar bahawa di sana terdapat satu sistem asing yang tidak sama sekali selari dengan syariat Islam, dek kerana perbandingan secara zahirnya tidak langsung dipertontonkan dalam sistem pembelajaran.

Cuma sekali sekala pensyarah ada menyatakan tentang “Islamic Banking” yang sedang tumbuh bagikan cendawan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia. Masih jelas bayangan sorot mata pensyarah beragama Kristian tersebut tatkala menyebut diskripsi “islamic Banking” yang sedang diaplikasikan dalam beberapa sistem perbankan negara. sorot mata yang seakan meminta penjelasan daripada kami, yang jelas berjilbab sebagai duta-duta Islam di negara kafir itu. Dan tatkala itu, aku beristighfar sendiri atas kebisuanku.. tenggelam dalam kejahilan sendiri. Tahu, katanya ada yang perlu ditambah dan diperbetulkan. Tapi, aku sendiri hilang punca. entah apa yang perlu diperkatakan.

Selalu lemas dalam keindahan menggembur iman.. terlupa pula cabang fardhu kifayah yang dipegang, yang hakikatnya, perlu juga diperhebat. teringat satu penulisan yang menyatakan bahawa, kita semua adalah ulama’ dalam bidang sendiri. ya! aku perlu menjadi ulama’ dalam bidang perakaunan, cabang material masa kini yang menjadi kejaran hebat manusia.

Pulang ke tanah air yang rata-rata penduduknya Muslim, aku tercangak-cangak sendiri menonton sistem yang berlari rancak di depan mata, kritikan dan kata-kata di sana-sini. Kiranya aku kekal begini, tak berprinsip dalam bidangkuu sendiri, entah sampai bila pendirian terhuyung-hayang bagai lalang yang ditiup angin. Menanggung ijazah perakaunan dengan bertaklifkan risalah seorang muslimah, sudah cukup membuat aku perlu menjadi ‘ahli’ dalam bidang syariah muamalat islam.

Sebetulnya, krisis terbaru yang melonjakkan kesedaran bahawa pincangnya pengetahuan agama dalam bidangku sendiri adalah tatkala menerima tawaran pekerjaan dari bank terkemuka, dengan gaji yang agak lumayan. bank konvensional. taklifan yang apabila dikaji, akan berurusan secara langsung dengan riba.

Dan akhirnya, setelah dikaji-kaji, prinsip yang dipegang kini adalah, riba umpama arak. hatta sekecil mana cabangnya, haram untuk kita mengaut rezeki darinya. memanglah aku nekad memboikot urusan riba secara terang-terangan, tetapi, kalau aku menerima tawaran tersebut,personally akan rasa tak tenang sepanjang masa, walaupun ada yang mengatakan perlu ada umat islam yang bekerja dalam perbankan konvensional supaya tak 100% didominasi oleh golongan bukan muslim. dengan syarat, bukanlah bekerja di situ dengan niat untuk mengaut kemewahan dari gaji yang diberi semata-mata, tetapi berusaha gigih untuk menukar sistem tersebut.

perlu terus menyokong sistem perbankan islam walaupun diketahui umum sistem ini sememangnya mahal berbanding sistem pinjaman konvensional. Perlu faham bahawa, sistem perbankan islam sedang bertatih untuk berkembang. Pinacang di sana-sini sudah menjadi lumrah dalam tempoh masyarakat islam sedang berusaha untuk memamahami dan mengaplikasi sistem yang dituntut Allah ini. Dengan syarat, perlu terus bertatih kehadapan, bukan mengundur ke belakang, biar lambat macamana sekali pun.

Apapun, ramai yang kata, riba dah ada di sana-sini, kalau tak berkecimpung di dalamnya, memang tak hiduplah kita. Banyak pendapat ulama’ mengenai perkara ini, yang mana kita kini sedang menjadi mangsa keadaan sistem yang telah sekian lama terbentuk, sistem yang telah menjadi urat daging negara. Hujah membenarkannya, ada di mana-mana. Yang penting sekali, sejauh mana hati kita benar-benar tahu, benar-benar sensitif. Tepuk dada tanya iman.. Wallahualam.

Bahan buku ini agak berat memandangkan ia banyak mengaitkan pendetailan muamalat yang tak terasa lagi nak buat (pinjaman rumah etc). Oh.Tentang boikot pun ada dalam buku ni.. Worth reading! Especially tuk student2 accounting, finance and ecomnomics yang akan deal dengan issue ni secara direct bila pulang ke Malaysia nanti. Buat yang lain, sangat bagus juga baca sebab nanti nak buat loan macam-macam bila dah dewasa😉 . Start jaga halal haram harta dari awal.. insyaAllah keberkatannya didoakan berpanjangan.

Aim for company cari gali minyak ngan gas yang dekat ngan rumah ni.. audit pun cam best tapi..

One thought on “Resolusi: Wang, Anda dan Islam-Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan

  1. panjangnyaaa post @.@
    tapi, still bermanfaat. jzzk!

    semoga dipermudahkan segalanya iA😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s