Fenomena muzikal: Sirah Muzikal Anjuran Pembina ISMA


Memang menarik. Movie musical pertama yang ditonton masa kecik dulu, High School Musical. Masa tu, memang teruja tengok actor menari-nari, menyanyi-nyanyi. Walaupun ada kawan-kawan masa tu yang anggap, siapa yang minat High School Musical macam tak macho.. ye lah, sebab rancangan kanak-kanak kan.

Theater musical, dah bermula lama dah di Eropah. Memang menjadi bahan hiburan yang dapat menarik jutaan penonton memandangkan plot penceritaan dibentangkan dengan lakonan, dialog, tarian dan nyanyian. Dikait rapat juga dengan opera. Tetapi bezanya, opera ni, hanya orang yang berseni yang mudah faham apa yang nak disampaikan. Bahasanya bukan bahasa biasa (bukan plain-english), tapi bahasa yang mempunyai makna tersirat disebaliknya. Theater musical banyak menggunakan plain-english, menggunakan bahasa yang difahami penonton, kerana objektif utama adalah menyampaikan mesej sambil berhibur.

Fenomena musical yang juga dah bermula lama sejak dulu adalah filem hindustan (Bollywood Musical).Siapa yang tak tahu style filem hindustan macam mana? Ada penceritaan, lakonan.. menyanyi dan menari. Tapi yang ni, lain sikit. Props pakaian berubah-ubah. dalam satu slot nyanyian pun dah bertukar pelbagai jenis baju. Dan lagu-lagunya kebanyakannya attach dengan sentimental value. Lagu yang nak mengetengahkan luahan perasaan sang pelakon: rindu, sedih, marah, benci.. dan selalunya, CINTA.

Kalau dulu, filem musical ni hanya mampu didapatkan di dewan-dewan pementasan teater ataupun wayang-wayang, kini fenomena ini telah dibawa masuk ke rumah-rumah melalui youtube dan television. Pelbagai drama bersiri yang dah mengadaptasi stail muzikal dalam siri penceritaan mereka. Ternyata, didikan eropah sejak dulu berjaya membawa fenomena muzikal ke jiwa masyarakat. Permintaan masih ada.. justeru, pementasan muzikal juga berkembang sejajar dengan sambutan dan permintaan. Sehingga kini, stail muzikal juga sudah banyak dimasukkan dalam cerita-cerita kartun dan animasi 3D.

Seakan memegang minda dan jiwa penonton, apa sahaja penceritaan yang diketengahkan dengan menggunakan stail muzikal, seakan terus menyerap masuk dalam minda dan jiwa penonton. Kalau tak terkesan dalam aplikasi kehidupan, sedikit banyak, terbayang-bayang juga gerak tari pelakon, terngiang-ngiang juga lagu-lagu catchy penyanyi. Ternyata, bidang ini didominasi pengarah dan penulis skrip yang tak berfikrah Islamiyah (Rata-ratanya non-muslim). Walaupun ada yang kehadapan mengetengahkan ‘moral-value’, tetapi masih membelakangkan fikrah islam. Terpulang pada iman dan kekuatan tapisan penonton pula untuk melihat mana yang keruh, mana yang jernih.

Sirah Muzikal

Sirah muzikal yang bakal diadakan pada 9 Oktober 2010, di Putrajaya (seperti yang tertera dalam poster), saya lihat seperti pemecah kepada fenomena-fenomena yang disebutkan di atas. ‘Twister’ kepada landasan sedia ada yang dah disediakan oleh Eropah dan Hindustan dengan menggunakan tarikan yang telah tersedia sebati dalam jiwa masyarakat, tetapi menukar rentak bahan supaya bermanfaat kepada ummah dan negara. Satu usaha murni yang patut dipuji.

Sirah Rasululullah merupakan satu elemen penting yang seharusnya dilihat sebagai model contoh ikutan umat Rasulullah. Sedangkan kisahnya tak diketahui, masakan mudah diikuti dan diteladani? Ouh. Pertamanya, stigma pandangan terhadap sirah itu terlebih dahulu perlu diperbetulkan. Bukan hanya sekadar tontonan suka-suka buat penyedap lipur-lara, tetapi buat muhasabah sejauh mana kita telah mengaplikasi sirah dalam kehidupan kita. sejauh mana rohnya telah diserap dalam rasa dan cinta? Sekuat mana semangat assabiqunal awwalun telah ditonjolkan?

Tahun lepas, barisan pelakon negara juga telah cuba mengetengahkan teater muzikal ‘sirah junjungan’ di istana budaya. Nak tahu kelainan sirah muzikal anjuran Isma.. hmm.. kena tengok dulu.Tak mampu mengulas panjang tentang teknikaliti pementasan kerana saya bukanlah pihak penganjur yang turut sama merancang dan membantu perjalanan program, tetapi hanya sekadar pemerhati yang menyokong kuat aktiviti-aktiviti sebegini. Kalau nak tahu, kena tonton lah, kan?

Kalau ini pementasan muzikal pertama yang mengetengahkan sirah Islam, kelemahan di sana-sini pastinya ada untuk diperbaiki pada masa akan datang. Dengan keupayaan dan kudrat yang ada di tangan, pastinya ada pincang yang tak tersengaja di sana-sini. Tetapi, kalau bukan pada langkah pertama yang sering tak lari dari kesilapan, di mana pula harus bermulanya, kan? Walaubagaimanapun, saya percaya, pihak penganjur sedang berhempas pulas untuk mengetengahkan yang terbaik buat hadirin.

Bukan setakat menyokong penganjur supaya meneruskan aktiviti bermanfaat sebegini, tetapi terlebih dahulu meilhat sebagai satu haluan untuk membantu diri sendiri dalam menghayati sirah kekasih yang tercinta, sirah Rasulullah S.A.W.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke website utama Sirah Muzikal, atau rujuk website ISMA cawangan anda.

Dengarnya, tiket dah separuh dijual. Ada rezeki, jumpa di sana, iA.Memang suka nyanyi-nyanyi ni..

3 thoughts on “Fenomena muzikal: Sirah Muzikal Anjuran Pembina ISMA

  1. LIKES this!

  2. jzkk ukhti, minta izin jadi one of my link boleh?

  3. waiyyaka.. boleh je akk🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s