Maruah wanita dipijak-pijak?


Masih belum reda kisah pembuangan anak, kini seakan bermula pula musim keluaran laporan-laporan berita tentang kehilangan gadis lari dari rumah. Yang kahirnya, ditemui di rumah yang jauh dari ibu bapa, bersama teman lelaki mereka, dengan pernyataan bahawa, mereka telah beberapa kali melakukan penzinaan.

Seakan Allah menunjukkan satu demi satu bukti, betapa parahnya suasana kehidupan masa kini. Bayi-bayi yang dibunuh tanpa belas kasihan, bukti penzinaan berleluasa di negara kita. Cuba bayangkan, yang ditemui sahaja sudah berapa? Berapa pula bayi yang tak dibuang, dijaga elok oleh ibu yang berzina. berapa pula yang berzina tetapi tak mengandung? Berapa pula yang menghampiri zina dengan aktiviti-aktiviti ringan?

Dari satu aspek, wanita perlu sedar tentang hakikat ketinggian dan kemuliaan dirinya. Tak terasa malu? Tak terasakah maruah kita dipijak-pijak? Wanita harus menanggalkan topeng plastik takrifan kecantikan yang dicipta oleh media dan barat. Sedarkah kita bahawa, takrifan kecantikan yang dicipta oleh barat itu hakikatnya telah berjaya menelanjangkan wanita sedikit demi sedikit, bagi memenuhi tuntutan nafsu manusia? Secara langsungnya, turut memenuhi ajakan dan hasutan syaitan.

Kalau diselusuri sirah-sirah nabi, yang terkandung dalam catatan hadis dan al-Quran, tiada tulisan yang berlebih-lebihan menghurai diskripsi kecantikan rupa paras sebagai neraca untuk diikuti. Cantiknya para muslimah apabila menjadi penyejuk perut ibu yang mengandung, dengan adabnya, dengan akhlaknya, dengan budi bahasanya. Cantiknya seorang rakan dengan nilai ukhuwahnya, kesetiaannya, pengorbanannya. Cantiknya seorang kakak dengan kasihnya, penyayangnya dan lemah lembutnya. cantiknya seorang pekerja dengan karismanya, ketegasannya, profesionalitinya. Cuma, diskripsi cantik sang bidadari di syurga sana yang banyak dibayangkan, buat motivasi manusia mengejar akhirat sana.

Sedar atau tidak, kecantikan seorang wanita di luar rumah yang sering difahami kini hakikatnya adalah takrifan cantik seorang isteri yang seharusnya dilihat oleh suaminya yang sah. Cantiknya dia kerana manjanya, betapa menggodanya dia, berapa ramai lelaki yang tertarik padanya, penenang jiwa teman-teman lelaki.. Astaghfirullahalazim.. Apa lagi yang tinggal untuk suami? Kalau mengharap teguhnya janji-janji cinta, usah kita semua tertipu dengan janji yang tak berlandaskan cinta Ilahi. Janji cinta manusia itu rapuh. Sangat rapuh!

Memang indah bila kita menabur janji-janji manis. Tambah-tambah lagi daripada orang yang menyayangi kita. Media turut menopengkan seks sebagai aktiviti terindah manusia, nilaian taraf cinta manusia masa kini. Bagi yang tak berkahwin lagi, tapi terdedah dengan cerita-cerita sebegini, atau terdedah dengan suasana yang membiasakan perhubungan sebelum berkahwin, pastinya syaitan beria menggoda, menambah-nambah keindahan rasa sepanjang menuju penzinaan. Bila habis berzina, selagi tak ditangkap, atau tak berbadan dua, terselamatlah. Lagi dan lagi, sehinggalah Allah menghukum dengan hukuman dunia. Nauzubillah…

Ubatnya perlu dari akar umbi. Betul, disetiap peringkat masalah kita perlu selesaikan, tapi, perlu dipergiat dari akar umbinya. PERGAULAN LELAKI DAN WANITA. Kerana kita manusia. Ada nafsu, hati dan perasaan. Dengan iman yang tak sekuat mana, pandangan mata pun mampu memanah sampai ke hati. Senyum manis pun mampu terbayang-bayang sampai ke tidur. Relevenlah artikel ‘Tiada couple dalam Islam‘ yang dah banyak diedar dilaman-laman web untuk penjelasan ‘mencantas dari akar umbi’ yang dimaksudkan. Memanglah susah.. namanya pun dari akar umbi. Kalau pucuknya, mungkin tak sesusah ini.

Justeru, kita perlu menguatkan tarikan kearah kebaikan, memandangkan tarikan jahiliyah terlalu kuat. segala macam media telah dipegangnya tanpa kita sedari. racunnya meresap dalam pelbagai aspek dan sektor. Kalau disebut-sebut kepincangan dalam negara, pasti ada saja yang menyatakan kita hanya tahu menyalahkan atau dilabel sebagai golongan-golongan yang membenci negara sendiri. Tapi hakikatnya, sebut bukan sekadar sebut. Sebut perlu diiringi dengan perancangan masa depan dan tindakan susulan ke arah pembaikan. Kerana cintakan tanah airlah kejijikan suasana ini perlu diperjelas dan diperbetul. Jangan sampai terhantuk ke kepala sendiri, baru terngadah. Nauzubillah…

Menguatkan tarikan ke arah kebaikan? Kenali Islam. Aplikasi Islam. Hidup dalam Islam. Register di pejabat pendaftaran negara mencatat islam, tak semestinya register akhirat mencatat islam. Perlu menderu usahanya dengan apa cara sekalipun. Dari sekecil-kecil lingkungan, ke sebesar-besarnya. Diri sendiri, ahli keluarga, kawan-kawan, masyarakat, negara, malah dunia. Usah sibuk menyalahkan cara ini salah cara itu salah cara begini salah cara begitu salah. Sibuk dengan itu, si penzina masih dengan zinanya. Tarbiyah entah ke mana. Usrah. Ceramah. Sekolah Agama. Pondok. Pesantren. Masing-masing dengan peranannya. Jagalah panji-panji yang dipegang dengan sebaiknya. Bukan hasilnya yang dilihat. Usahanya yang Allah nilai. Sebesar mana jiwa yang bergerak yang dinilai oleh Allah. manusia mampu bercakap macam-macam. Tapi hakikatnya, nilaian Allah-lah yang sebenar-benarnya. Biarlah kita merasa sendiri atau merasa ramai, impak Islam itu perlu ada di mana saja kita berada. Ayuh bangkit dengan panji Islam!

Sekadar mengingatkan diri sendiri, supaya tak lemas dalam lautan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s