10.10.10


Semalam saya bertanya office-mate saya.. “kalau orang lain dah catat sejarah hidupnya dengan ijab qabul pada tarikh 10.10.10.. apa yang saya perlu buat tuk catat sejarah pada hari tersebut?”

Dia menjawab kembali dengan gurauannya… “aah la.. kalau nak kawen, macam tak sempat plak. tinggal brape jam je lagi ni..”

Malam tadi saya bermimpi.. seseorang yang saya kenal memberi sehelai nota pada saya yang berbunyi “Anda mencipta sejarah jika hari anda lebih baik dari semalam. Setiap hari adalah hari yang bersejarah”

setelah sekian lama saya tak bermimpi dengan mimpi yang penuh pengajaran direct seperti ini, akhirnya ia datang lagi..

Memilih tarikh dan hari. Sememangnya di dalam Islam, kita mempunyai hari-hari tertentu yang Allah muliakan dengan mengurniakan ganjaran berlipat ganda buat yang beribadah kerana-Nya. Ada juga hari yang diperingati untuk diambil iktibar sejarah tarikh tersebut. Tapi, dengan 10.10.10.. kalau hanya sekadar nombor.. rugilah.

Pepatah Arab ada mengatakan:

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.”

Tak kisahlah tarikhnya berapa, asalkan hari tersebut lebih baik dari semalam. Rugilah kalau terlalu taksub mengejar tarikh, sehingga memberi kemudaratan.

Tak cukup dengan berkejar-kejar memilih tarikh cantik untuk hari berbahagia diijabkabulkan, lebih pelik lagi apabila sebuah akhbar melaporkan kisah di HKL, di mana para ibu yang bakal melahirkan anak ada yang membuat permohonan untuk melahirkan anak pada tarikh tersebut. Sama ada dengan mempercepatkan kelahiran, ataupun melambatkannya. Seaakan-akan memaksa anak keluar dengan risiko pramatang juga memaksa bayi bersabar duduk di dalam rahim dengan risiko lemas. Untungnya para doktor tidak akan meluluskan semua permohonan, bergantung pada keadaan kesihatan ibu dan bayi.

Jangan ditangguh lama-lama ijab dan qabul kalau alasannya hanya kerana nak tarikh cantik – mengundang fitnah. Jangan ditahan bayi yang nak keluar atau dicepatkan.. – lemas atau pramatang risikonya. Bercinta tanpa aqad.. haram hukumnya. Anak-anak kalau lahir tarikh cantik, tapi tak dididik dengan baik.. panas nanti perut ibu yang mengandung.

Substance over form. Lihat kualiti harinya, bukan sekadar tarikh.

p/s: ayat direct sebuah akhbar english hari ni dengan terjemahannya, ” tarikh cantik, atau dengan nilai hantaran dengan jumlah nombor cantik. Siapa yang boleh menjamin perkahwinan tersebut menjanjikan kebahagiaan buat pasangan? Kalau sekadar melepas puas dengan nombor, kualitinya terlupa pula nak difikirkan”

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajamaa bainakuma fi khair..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s