Cerpen: Membumi dambaan akhirat


“Doktor, semalam saya sering lewat menunaikan solat. Istighfar harian pun tak dapat saya langsaikan. Puas saya mencari di mana silapnya”

“Makananmu terjaga? Mungkin termakan yang haram ataupun yang shubhah”

“Alhamdulillah makananku terjaga. Setiap sumbernya aku yakini kehalalannya. Yang shubhah juga dihindari. Alhamdulillah, terlalu banyak yang halal diluar sana sebagai ganti”

“Bagaimana dengan lidahmu?”

“Mengapa dengan lidahku?”

“Mungkin ada kamu bercakap yang sia-sia atau menyakiti orang lain?”

Lama dia diam.. “Astaghfirullahal’azim.. betul. aib lidahku. Aku ada berkata buruk tentang peminta sedekah yang telah berkali-kali berkunjung ke rumahku meminta wang”

“Pohon ampunlah pada Allah serta mohonlah taubat padanya. Berjanjilah pada Allah bahawa kamu tidak akan mengulanginya lagi” doctor menulis priskripsi lalu menyerahkan pada pesakitnya. “Didiklah diri untuk mendamba cinta dari Allah. Manusia boleh memilih samada sekadar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba, atau menjalankan ibadah kerana menagih Cinta Allah. Semuanya terletak pada hati dan iman kita. Semoga sama-sama kita dinaungi rahmat Allah..”

“InsyaAllah.. Terima kasih, doktor. Semoga hari doktor diberkati Allah. Semoga Allah membalas dengan ganjaran berlipat ganda” Ali bersalaman dengan doktor Fauzan. “sama-sama, saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang daie di muka bumi Allah ini” Mereka berpelukan. Teman seaqidah, cintanya indah, anugerah ukhuwah dari Allah.

Doktor Fauzan menghantar Ali keluar.

Ali melangkah keluar dari klinik Fauzan. Fauzan merupakan seorang doktor yang juga bergelar daie. Tugas merawat pesakit sudah menjadi tuntutan kerjayanya. Walaubagaimanapun, doktor fauzan juga tidak melepaskan peluang kerjayanya dengan menawarkan rawatan untuk penyakit hati yang tidak dikenakan sebarang caj, sepertimana yang ditawarkan oleh para doktor muslim lain.

Ali juga merupakan seorang pelajar di Universiti Tarbiyah Islamiyah. Tugasnya sama seperti doktor Fauzan. Membangkitkan jiwa-jiwa yang lesu, merawat jiwa-jiwa yang tercedera sememangnya menjadi matlamat utama mereka.

Peranannya sebagai seorang daie tidak mengecualikan dirinya juga untuk dirawat. Kadang kala imannya turun, kadang-kala naik.

Jurutera merupakan bidang professional yang Ali ceburi sebagai lapangan rezeki untuk kehidupan dunianya. Masjid, rumah-rumah dan jambatan perlu dibina untuk memudahkan para khalifah Allah menguruskan kehidupan dunia yang menjadi ladang tanaman untuk dituai hasilnya di akhirat.

Keretapi sampai, Ali lekas-lekas berlari berdiri di akhir barisan gerabak lelaki. Satu persatu masuk dengan tenang dan senyap. Gerabak perempuan di sebelah sana. Kelihatan golongan wanita juga beratur memasuki gerabak mereka.

Menjejak sahaja kaki ke dalam tren, terdengar suara para muslimin membaca al-Quran. Majoritinya membaca al-Quran. Yang tidak membaca al-Quran terkumat-kamit bibirnya.. berzikir memuji Allah. Yang tidak berbuat apa akhirnya berasa segan sendiri. Mereka lantas mengambil naskhah al-Quran terjemahan al-Quran yang disediakan oleh pihak pengurusan keretapi di dalam gerabak. Suasana sebegini telah menjadi lumrah memandangkan majoriti rakyat negara itu beragama Islam. Jadi, tidak hairanlah kalau al-Quran menjadi pendamping utama kehidupan mereka. Warga bukan Islam duduk diam menghormati suasana.

Ali bersalaman dengan penumpang-penumpang berhampiran apabila hampir tiba di stesen. “Assalamualaikum, ana minta diri dulu ya” ujar Ali kepada teman-teman seaqidah, juga teman senegara.. “Semoga harimu diberkati Tuhanmu” ujar penumpang berbangsa Cina di sebelahnya. “InsyaAllah..semoga hidayah Allah menjadi milikmu” balas Ali dengan harapan ikhlasnya. Senyuman mereka berbalas.

Ali melangkah keluar menuju ke tempat kerjanya. Seperti biasa, rohnya mendambakan basah zikirnya pada Allah. Dengan hati yang tunduk, lafaz “Lailahaillallah” bagai membawa rohnya terbang mencari-cari Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tujuan segenap langkah dan cita-cita.

6 thoughts on “Cerpen: Membumi dambaan akhirat

  1. bestnya dapat hidup dalam bi’ah macam ni.

    macam nak nangis aje, huk.

  2. impian semalam, realiti hari ini.

    impian yang mantap, perlukan langkah dan perancangan yang bukan calang-calang!

  3. Saya suka sangat cerita ni ! cerita ni bawa saya berimaginasi. imaginasi yg lebih tinggi sampai bersambung2 cerita akak dalam kepala saya.🙂

  4. wah,sangat menarik kisah ini..boleh kah saya publish di blog saya =)

  5. Ina:🙂 tulis, ina. akk nak baca gk. apa agaknya imaginasi ina tu?

    Faisal: sangat boleh. silakan

  6. Harapan dan impian kunci kekuatan.. walau harapan yang ada tu terlalu kecil.. mampu mencipta kejayaan yang besar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s