Rindu sangat…


Pernah para sahabat demam merindui Makkah yang dicintai. Mungkin saya pun begitu. Sangat rindukan orang-orangnya yang menjadi penggerak tarbiyah dan dakwah, orang-orang yang menjadi rentetan kisah 3 tahun setengah yang bermakna dalam hidupku. Bukan mudah untuk ‘berhijrah’, rupanya…

Dengan pelbagai kisah getir, lucu, hiba… bermula dari awal perkenalan, hinggalah sekarang (insyaAllah belum akhirnya)

Kalau mereka kata saya bijak mencantas perasaan.. saya hanya mengaminkan kata-kata itu, kerana dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang ada, perasaan tetap ada, cuma andai dengan luahan rindu tiap masa dapat meredakan rasa ini.. maka saya akan mengulang-ulang kata rindu. tapi tidak, rindu hanya makin bertambah, kerana mereka yang dirindui tetap tidak dapat ditatap depan mata.. tetap tidak dapat dirasai kewujudannya (walau dapat tengok status update di facebook tiap masa, walau dapat tengok blog updated tiap masa, walau dapat dengar suara dalam telefon)

Walaupun pelbagai perkara cuba disamakan dengan suasana hidup yang dulu. solat berjemaah, ma’thurat, laptop dell yang sama (walaupun dah tak jadi orang PMM), baju-baju, bean bag, selimut.. kebanyakan yang lain pun.. tapi..

Ada sahaja yang akan membuatkan kita terbayang-bayang suasana di tempat dahulu, bila terjumpa orang dengan perwatakan yang sama, kata-kata yang sama, peranan yang sama… sesungguhnya, aku rindu.

Tapi (lagi)..

Perjalanan ini masih dalam derap yang sama dengan mereka. Kesibukan yang sama, peperangan jiwa dan nafsu yang sama. Sudah cukup mantap untuk tidak terus-menerus melayan emosi rindu. Hanya doa.. kepada Allah yang mampu mengawal jiwa-jiwa.. Semoga rasa rindu ini menjadi rindu ibadah.. yang mendapat ganjaran pahala berlipat ganda

p/s: Kalau masa para sahabat dulu berhijrah ke madinah… habsyah.. mana ada facebook yang boleh menghubungkan dengan mekah.. dah ada facebook pun boleh demam rindu lagi? a day off. demam

4 thoughts on “Rindu sangat…

  1. achik demam adelaide…..hurmmmmmm…
    angah baru baik demam, along tgh demam..
    alang “demam” baby kluar
    ateh “demam” rumah..(kot)
    ucu “demam” thesis…

    sweeett….

    rindu kamu juga.

    yer, derap langkah perjuangan tetap sama🙂

    next week jumaat angah dgn ateh first final paper..doakan kami tau!

  2. oopps baby alang blum kluar lagi…demam baby nak kluar patutnya ^_^

  3. alang tak demam rumah…demam rindu kat k nadia…
    takpe achik…rindu tuh tak bleh dinafikan dan digambarkan…at least rindu nk jumpe achik terubat skit harituh

    cume tak leh byg bile sume org nnt blk msia next ye, alang will miss everyone.

  4. angah: sweeet sgt!🙂 jom plan reunion ZH😉

    ummu.. u are not alang lah. u are ateh! eee

    all the best exam!🙂 i know u can do it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s