Mengekalkan ‘keayuan’ di zaman facebooking dan blogging


Kes 1: Suami isteri bergaduh sebab isteri dah tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Anak terbiar tak dijaga. Rumah tak berkemas indah. Dah tak jadi syurga dunia keluarga. Sebab masa isteri banyak di depan laptop, tenggelam dalam alam maya. facebook. blog.

Kes 2: Mak mertua kecik hati bila datang rumah tak berlayan. Macam disuruh buat hal sendiri. Anak dan menantu lebih banyak duduk depan laptop melayan keindahan dunia rekaan sendiri. Hati mak mertua dah tak ditackel

Kes 3: Tak perlu mak mertua. cukup dengan mak sendiri yang kecik hati tengok perangai anak sendiri yang 24 jam duduk depan laptop.

Macam drama kan? Tapi malangnya, kes-kes di atas adalah REALITI. Kisah benar.

Fenomena facebook, blogging ni memang dah jadi keperluan dalam kehidupan. Cuma, sangat merisaukan bila kita tak pandai mengawal diri kita. Terlalu berada di dalamnya sampai terlupa bahawa, kita ada ‘sebuah kehidupan’ di luar sana untuk diuruskan dengan sebaiknya. Amanah-amanah dari Allah yang perlu diuruskan sebaiknya.

Saya cukup risau kalau demam facebook dan blogging ni menjadi tak terkawal. Hakikatnya, kebanyakan portion kerisauan tu saya dah hadiahkan lebih awal buat diri saya sendiri. Risau kalau memang saya terleka sampai terlupa nak menambah nilai-nilai kehidupan yang kebanyakannya hanya boleh didapati dengan amalan berterusan dan pengajian berdasarkan pengalaman.Ouh. saya tak menuding orang lain. Menuding diri sendiri sambil cuba mengetuk-ngetuk sesiapa yang mahu terasa. (frankly speaking… i have nobody in mind. m just a girl, trying to save herself, yeah.. hopefully a great start to save her nation)

Di mana ayunya seorang hamba kalau tak sempat merengek memohon redha TuhanNya? Di mana ayunya seorang wanita kalau tak pandai melayan suami, menjaga rumah, mendidik anak? di mana ayunya seorang menantu kalau tak pandai mengambil hati mak mertua? di mana ayunya seorang anak gadis kalau dengan kewujudannya di rumah ibu bapanya, tak langsung memberi impak pada teratak tersebut? Di mana ayunya seorang kakak/adik kalau tak pandai mengambil peluang menambah tautan dengan adik-beradik?

Saya sebagai wanita moden yang mempunyai pelbagai tanggungjawab profesional dan pelbagai network yang perlu di jaga di alam maya kini sedar akan keperluan membahagikan masa harian dengan sangat berdisiplin dan berkesan. Contohnya. Waktu blog = 1 jam sehari. Waktu facebook = 30 minit sehari. Waktu email, 1 jam sehari. Lebih bagus lagi kalau dapat setkan waktu specific kita menghadap laptop dari pukul berapa hingga ke pukul berapa. ie: 10am-12noon.

Cabaran. Ya. Memang ada cabaran. Jiwa kita akan meronta-ronta nak online bila kita berada di luar waktu online. Katakan kita hanya boleh online pada pukul 10-12. Nafsu akan bergelora, nak juga online pada pukul 2-3.. sebab rasa ada benda yang nak ditulis.

Alhamdulillah saya telah menggunakan kaedah mencatat segala yang diingini di dalam buku nota.Termasuklah semua yang saya rasa nak tulis dalam blog atau di wall fb. Cara ni amat membantu saya reduce perasaan “ala.. kena online jugak sekarang ni, kalau tak nanti tak ingat dah apa yang nak ditulis!” Bila tiba waktu online, saya akan menulis semula apa yang saya idam-idamkan tadi (yes. addiction is not good)

Kebaikannya:
1) Kalau dalam rumah tangga.. suami isteri akan fokus pada rumahtangga bersama-sama. lebih best kalau waktu online set sama-sama. (kalau suami isteri ada laptop sorang satu lah). kalau online, takde lah rasa nak try berchatting dgn orang lain, sbb bleh chat sweet2 dengan yang halal. Buat la doodle2 ke.. (believe me.. doodle is fun! i’m looking for a new doodle-friend anyway..qualification: ..mm)

2) Masa lebih terjaga. Kadang-kadang, kita target nak bukak kejap je untuk update satu post blog. Tapi tiba-tiba, dapat idea baru masa tulis post yang pertama mengakibatkan kita menambah masa, beranjak sambung menulis post yang kedua.Sama dengan facebook. mula-mula nak update cerita kawan sorang je, tapi nanti wall-hop, page-hop.. stalk di sana-sini.. orang tegur pulak ajak chat etc… itu yang menyebabkan kita jadi lama sangat depan laptop.

3) Latihan awal. Untuk manage dalam kehidupan sebenar.. kena barlatih dari awal lagi. Yang tak berkahwin lagi, tak payah tunggu dah kawen baru nak manage. Buat dari sekarang. Banyak lagi nilai hidup yang kita perlu belajar di alam realiti. Yang perempuan dengan mengemas rumahnya, management baju, management dapur, management hubungan dengan housemate, management kejiranan, management image rumah… Kalau yang tengah study.. lagi lah. banyak benda study yang kita boleh focus on. Nak buat nota, mind map. muhasabah exam yang lepas etc…

4) Tambah nilai hidup. Saya cukup sedih bila golongan-golongan kita yang mula biasa dengan kerjaya profesional di kalangan wanita ni, di claim tak pandai nak hidup. Paling menyedihkan kalau semuanya terbukti hakikatnya di depan mata. Pandai belajar je, hidup zero.. please… jom buktikan nilai kehidupan kita lebih daripada itu.

5) Membentuk matlamat hidup dengan memutuskan bagaimana kita nak mencorak kehidupan kita. Betul. Life tu, kita yang mencorakkannya. Tapi nanti jangan jangan jeles tengok family orang lain mesra terlebih berbanding family kita.

Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik, kan? Kalau kata lelaki soleh tu endangered species.. believe me, wanita solehah pun endangered species jugak. Endangered iA akan jumpa endangered species jugak.. Allah said so..๐Ÿ™‚ (teringat adik-adik Adelaide yg reka term ni )

Saya menyeru diri saya sendiri serta para pembaca untuk betul-betul duduk dan berfikir. Lebih bahaya kalau kita tak sedar sebenarnya kita facebook/blog addict.. tapi kita tak mengaku/ takut untuk sedar.

Mari selamatkan keayuan wanita (dan kehenseman lelaki)

3 thoughts on “Mengekalkan ‘keayuan’ di zaman facebooking dan blogging

  1. Seriously doodle bole buat colour2 macam tu? woaa.

    Erm erm erm,
    Can I be your new doodle friend?

    *blushing*

    *then lari sembunyik bawah tilam*

    **After imtihan la tapinye, heh๐Ÿ˜‰

  2. salam ziarah, salam kenal.
    uhukk. Allah ilhamkan untuk bloghop dan ke post ini.
    dush2!!
    mmg sgt kena lah pada diri. uhhu~
    “Lebih bahaya kalau kita tak sedar sebenarnya kita facebook/blog addict.. tapi kita tak mengaku/ takut untuk sedar.”

    nak copy ni, buleh?๐Ÿ˜‰

  3. picka: ouh.. xpnah guna ye? sgtttt best n comel, n boleh merangsng kreativiti kanak-kanak๐Ÿ˜€

    yeay! dpt dah doodle friend. tak sia2 promote. hehe.. ok, sila buat exam sebaiknya. (salah satu requirement)

    amirahsaryati: salam.. boleh je nak copy2..๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s