Stress memilih! Bila nak buat keputusan?


Selalunya, kita memang dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Kita selalunya akan mengambil masa untuk membuat pilihan yang terbaik untuk kita. Meminta pendapat.. beristikharah..Mohon petunjuk daripada Allah.

Nak tak nak, kita perlu membuat pilihan yang terbaik pada waktu itu. Kalau tunggu lama-lama.. masa yang berlalu takkan kembali, kan? Membazir! Jadi, perlu buat perancangan sebaiknya..

Yes. Keputusan telah dibuat.

Walaupun semuanya telah dirancang… Betul. Allah yang menentukan jalannya. cubaan tetap ada..setelah kita membuat keputusan, tak mustahil akan datang pilihan dan peluang kedua yang mungkin kita rasakan “kalau aku memilihnya, pasti ini lebih baik dari pilihan pertamaku”.. tak mustahil juga pilihan dan peluang itulah yang kita tunggu-tunggu dari dulu. Meninggalkan dan menyesali pilihan pertama, lantas memilih peluang kedua?

.. tidak.

Setelah membuat keputusan, belailah yang ada di tangan dengan sebaiknya. Buat sebaik mungkin! Usah menoleh lagi.

Pilihan sepanjang hayat..


Kita perlu memilih berkali-kali dalam hidup kita. Nak sekolah di mana. Nak ambil jurusan apa. Nak sambung honours ke tak. Nak kerja di mana. sebagai apa?. Nak kawen bila. Nak kawen dengan siapa. Nak anak bila. Nak anak berapa. Nak kerja sampai bila.Percayalah.. sampai bila-bila pun, kita akan memilih.

Semua keputusan yang dibuat.. sebenarnya hanya menjurus kepada satu pilihan muktamad – NAK MASUK SYURGA KE NERAKA..?

Ya.. semua pilihan, perlu keranaNya, dalam redhaNya.. yang membawa mendekatiNya..

semoga Allah permudahkan jalannya.. Masa untuk membuat keputusan dan berkomitmen padanya. semua cabaran yang dihadapi.. husnuzzon dengan Allah. Kan dah buat istikharah?🙂 Allahu Yusahhil….

Keputusannya ialah……

p/s: adelaide.. ruang usaha masih ada, nak pilih usaha mantap yang akan dibanggakan, atau usaha lekeh yang akan disesali.. all the best exam.. n selamat siapkan thesis

2 thoughts on “Stress memilih! Bila nak buat keputusan?

  1. Keputusannya ialah?

    p/s/s: malaysia..terima kasih atas ingatan! orang tu tengah ultimate siapkan thesis hari ni, sebelum pukul 430pm. nak bagitahu juga, paper akak 22/10, 15/11, 16/11, 18/11, 19/11

    p/s/s/s: adelaide dah mula menyambut kedatangan orang-orang baru. malaysia pon dengar cerita berderet-deret mujahid/ah baru. selamat mendidik!

  2. nak bagitau jugak (tiru study-mate hehe)
    sy pulak 6/11, 9/11, 11/11, 18/11.
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s