Perlu lebih dekat


Semakin banyak ujian..
Semakin banyak taklifan..
Semakin banyak cabaran..

Semakin PERLU LEBIH DEKAT dengan TUHAN

Rugilah manusia, kalau hari ini lebih buruk dari semalam. Bila ditakdirkan dengan pelbagai ujian, taklifan dan cabaran.. kadangkala kita memang harus ‘meredah’ perasaan dan kudrat sendiri walaupun merasa ‘ramai’ bersama kita, menyokong dan membantu.

Ramai tak semestinya menjanjikan kuat melangkah, tetapi apabila yang ramai itu kuat berpaut pada yang SATU, insyaAllah.. jaminan kekuatan ada pada Dia, yang menjadikan dan membentuk segala keputusan dan perancangan.

Untuk memulakan ‘ramai’ berpaut pada Allah, harus bermula dari satu individu, kuat berpaut pada Allah, lantas menyeru semua, mengingatkan bahawa seutuh pautan adalah pada ALLAH.

Solat harus lebih khusyuk. Qiam harus lebih kerap. Hafalan harus lebih dahsyat. Al-quran harus lebih banyak ditutur, difahami, diteladani.

Semuanya berguna untuk menggembur hati.. yes..Iman.. supaya setiap inci langkah yang makin melaju, makin dekat dengan requirement syariat Allah, bukan makin banyak yang dipandang ringan dan diambil enteng!

p/s: Sounds challenging, but it is the reality..

One thought on “Perlu lebih dekat

  1. Salam..Jzkk esbee.
    Sangat membantu dalam pencarian kekuatan.
    Terlupa antara fadhilat qiam dan antara reason Baginda s.a.w DIWAJIBKAN qiam setiap malam kerana tugas yang dibawa baginda terlalu berat.Qiam mendekatkan kita kepada Allah. Qiam sepatutnya memperkuatkan tautan hanya kepada Allah. Ibadah adalah bekalan untuk berdakwah.

    Jzkk.Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s