Jangan lupa merenung langit


Saya pernah bermimpi, merenung langit biru dengan seseorang yang belum ditakdirkan untuk bertemu di alam nyata. Orang kata, mimpi tu black and white, tak berwarna. Entah. selalu tak ingat pun nak perhati betul-betul, berwarna ke tak? Mungkin boleh cek semula bila mimpi lagi nanti. Tapi, saya pasti langit yang kami renung sambil tersenyum itu, berwarna biru.. tanpa awan. Kosong dan tenang. Yang selalunya dapat dilihat di Adelaide dulu.

Hakikatnya, di alam realiti, saya jarang melihat/merenung  langit. Lebih-lebih lagi dengan kehidupan yang makin hari makin mencabar. Yang dilihat, hanyalah manusia dengan perwatakan dan perangai yang bermacam-macam rupa. Kadang-kala bila kita terlalu memandang ke depan.. terlupa pula mendongak. Celaru fikiran, ubatnya dalam beberapa minit solat.

Manusia, yang dijadikan dari tanah bumi, ditiupkan roh suci. Ditaklifkan pula menjadi khalifah di muka bumi. dibekalkan kekuatan, untuk sentiasa membenarkan hati terbang menuju akhirat, merungkai ikatan yang mengikat manusia dengan keindahan dunia, ikatan nafsu. Oh, alhamdulillah Allah kurniakan ruang wajib solat. 5 kali sehari. Mewajibkan manusia lari dari ikatan nafsu yang memaku kaki  di dunia. Hati kadang payah terbang ke ruang langit akhirat. Memerlukan pertempuran hebat..Pertempuran itulah MuJAHadaH!

Ruang tempur berbeza. Tapi masih merenung langit yang sama. Mengagumi Pencipta yang sama.Terlalu larut dengan dunia.. kadang terlupa merenung akhirat. terlupa bahawa dunia ini untuk dibawa ke akhirat…

p/s: 1.2.3. dongak!

 

 

2 thoughts on “Jangan lupa merenung langit

  1. Masya-Allah article yang best~~ mesti nak dongak tengok langit awal pagi esok~~

  2. Salam ziarah..
    mohon copy artikel indah ini yer.. ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s