Bangun.Bangun….


Sekarang jam menunjukkan 12.06am Malaysia. Hening pagi dicemar dengan bunyi dentuman bunga api. Betul ke bunga api? Bunyinya iras bunyi ledakan bom dan tembakan bertalu-talu di bumi Palestin, yang dapat dilihat dalam rakaman video tanah Palestin di youtube.

Ouh. Bunyinya belum habis lagi. Lama betul! Ataupun mungkin itu sebenarnya memang bunyi.. hmm… Na’uzubillah.

Kalau bumi ini diserang, kita mungkin masih mampu meneruskan lena tidur, ataupun terus menulis blog (macam sekarang ni), sebab kita pasti meyakini bahawa, dentuman tersebut adalah dentuman bunga api, sekadar meraikan perayaan.

10 minit berlalu.Believe me.. ledakannya belum tamat!

Ok.. dan saya masih di sini, betul-betul meyakini itu satu kemeriahan perayaan. Kalau terdengar jeritan atau seruan yang menyatakan kita diserang, mungkin saya akan berfikir berkali-kali. Betul ke? Tadi baru tengok berita para pemimpin menjanjikan keamanan dan kebahagiaan rakyat. Tiba-tiba kena serang pulak? Tak logik. Tak logik.

Kecualilah ketika kita sendiri nampak jelas di depan mata. Senapang diacu di kepala? Masih sempat untuk membuat keputusan?

Kita ada masa untuk memilih. Samada ketika diseru, kita bertindak awal sebagai seorang wira untuk menyelamatkan diri dan keluarga, atau.. ketika detik peluru hanya menunggu masa untuk meratah mangsanya.. hadir di depan mata kita. Tanpa mampu untuk kita berusaha menyelamatkan diri, melainkan dengan harapan seluas-luasnya pada ALLAH.

20 minit berlalu. tembakan masih bertalu-talu

Orang selalu kata… kalau saya bercakap, atau bercerita, pasti ada sebabnya. Ada agenda tersembunyi. Ada isi yang nak disampaikan. Bukan sekadar kosong-kosong. Jarang kosong-kosong. Setiap tindakan ada matlamatnya, dan.. hanya sesetengah orang mampu menghurai/menahan berat pemikiran saya ni.

Ya. Agenda disebaliknya..

Saya risau… tinggal dalam arus deras ini, mampu membuatkan kita tenggelam.. mengikut arus. Selesa mengikut arus. Terbiasa dengan pemandangan sang helang menyambar mangsanya di permukaan air. Selesa dengan apa yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Selesa dengan takuk lama yang digembar-gemburkan membawa ‘jaya’ kita pada hari ini. ‘Jaya’ yang terlalu digembar-gemburkan sehingga membuatkan semua merasa ‘cukup dengan apa yang sedia ada’. Tidak sedar bahawa, ada satu alam yang menjanjikan dan menceritakan pelbagai perkara lebih dari apa yang telah diperturunkan oleh nenek moyang terdahulu.

Risau kerana, bila diseru.. jiwa ini menolak untuk bangkit menyedari bentangan jalan benar yang hakikatnya payah. Ingin terus tidur lena dengan empuk dunia yang kita reka dan cipta sendiri..

Sehingga ada sesuatu yang tak kena, sesuatu yang terjadi untuk merosakkan kita dan orang-orang yang kita sayangi.. Kita langsung tak merasa terancam atau gundah gulana..

Berenang bersama arus, perlu kuat berpaut pada Al-Quran dan As-Sunnah. Supaya hati sentiasa dikejutkan.. sensitif dengan keadaan sekeliling.

p/s: 30 minit berlalu. Dentuman tinggal sayup-sayup. Deepavali mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s