Kalau dah jodoh.. semuanya ok je


Setelah istikharah.. moga pilihan ini pilihan yang terbaik. Sambil jelas dengan sunnatullah, apa jua ujian yang dibentangkan selepas ini, perlu sentiasa berbaik sangka dengan Allah, perlu redha dan yakin dengan segala hikmah ALLAH. Hikmah yang nyata di depan mata, mahupun tersembunyi untuk diperhitung di akhirat nanti.

Memilih kerjaya memang susah, bila kita menghitung kesannya dalam pelbagai sudut. Itu lah.. betapa uniknya Allah, mengatur hidup manusia, tanpa ada dua hati yang sama citarasa. Mengakhiri susunan peranan dan tanggungjawab taklifan dunia setiap insan berbeza. Saling memerlukan dan saling melengkapi.

Cita-cita, memang menggunung. Kalau dulu, memang tak kisah nak kerja apa, asalkan boleh dapat banyak duit. Ye lah, bila banyak duit, kan senang ke sana-sini, nak bayar tol, minyak lagi. Allah beri peluang dengan tawaran kerja yang gajinya menggila. Tapi, kerjanya menggila juga. Perlu korbankan malam dan hujung minggu. Paling kurang kena 3 tahun kerja macam tu. Kebanyakan yang bekerja, takkan ke jinjang pelamin dalam masa 3 tahun, akan terabai sedikit sebanyak hak tarbiyah diri selama 3 tahun.

Mempunyai ibu bapa yang punya asas tarbiyah.. membuatkan neraca keputusan lebih kurang macam discussion dgn naqibah n naqib (belum pernah ada naqib). Dua-dua macam tak tenang bila sedar nature kerjaya sebenar seorang akauntan. Memang macam tu kalau nak title chartered etc.Perlu agresif, perlu all out untuk menilaikan tandatangan beribu-ribu ringgit. Ikutkan hati ini yang nak mengejar cita-cita dan kerjaya.. memang sanggup all out.

Tapi,dari satu sudut lain, ummi abah remind tentang peranan seorang wanita. Selagi ada pilihan untuk membentuk keluarga yang masih boleh menggunakan ciri-ciri wanita ini sepenuhnya sebagai seorang anak perempuan, kakak, isteri (iA) dan ibu (iA), mereka mencadangkan untuk memilih pilihan yang ada. Kalau orang lain, mungkin tak perlu bercatur seperti diri ini. Kehebatan, kelebihan dan kelemahan, memang Allah susun berbeza untuk setiap manusia, kan? Cuma aku.. beginilah percaturan pilihannya.. sesuai dengan kelebihan dan kelemahan yang ada.

Akhirnya, dipertemukan dengan jalan ini. Bertemu juga dengan Profesor yang ideanya sama dengan abah ummi bila saya minta dinasihati. Doa masih dipanjatkan dengan rasa cemas dan harap pada ALLAH. Istikharah masih diperpanjang dalam tapak gerun kaki ini melangkah. Walau tak pernah terbayang jalan ini pada awal dulu, kini jiwa ini tenang dan terasa mudah.

Terima kasih atas doa yang dipanjatkan dan sokongan yang tak putus-putus.

“so.. have u decided?”
“well, yeah..i’ve decided” jawab aku dengan nada yang tak berlagu.
“oh? u’ve decided? so.. are you staying, or leaving?” dia melihat aku, benar-benar ingin tahu.
“i’m staying”
we looked at each other, smiling.

Terima kasih Allah, memepertemukan aku dengan orang-orang yang aku senangi. Moga mereka juga menyenangiku..

Apapun yang dipilih.. pilihlah jalan yang sesuai dengan kemampuan kita untuk menjadi hamba yang lebih baik dari semalam. Untuk aku, moga-moga inilah pilihan yang terbaik.

teringat kata-kata ummi lepas mengadu tak berapa bersetuju dengan satu sesi interview:

“kalau memang dah bukan jodoh kita, buat lah macam mana pun.. dia menyampah kat kte, kte pun menyampah kat dia.. iA Allah akan bagi mana yang paling sesuai dengan kita. macam tu la jodoh”

p/s: bertambah takjub dengan keajaiban susunan ALLAH. Jodoh dan pertemuan yang tak disangka-sangka. Betullah.. Allah yang memegang hati. Pelik betul rasa hati. tapi benar. hati.. hati..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s