Ujian itu satu potensi diri


Ramai meminta suruh cerita macamana perjalanan dakwah dan tarbiyah di Malaysia. Kisahnya mudah. Semuanya berlegar tentang bagaimana kuatnya kita untuk menggunakan ujian dan kelemahan sebagai potensi dan kelebihan.

Sangat suka ayat ni:

“Wanita yang bijaksana adalah wanita yang mampu merubah sahara yang gersang menjadi tanah yang subur dan indah” Al-Qarni.

Maher Zain pun tiru my favourite jugak dalam lagu dia. Ishk : We change the desert into oasis. tapi bagus, last2 dia tanya.. “Is Allah satisfy?”

Betul.. semua yang kita buat ni, bukan sekadar untuk kepuasan diri kita, tapi kerana Allah Taala.. (wow, syarah lagu Maher Zain?)

Macamana survive dgn dakwah n tarbiyah di Malaysia?
Persoalan ni, memang menjadi mainan dalam fikiran bagi majoriti yang mula mengenali tarbiyah dan dakwah ketika di negara orang. Seperti saya, walaupun dilahirkan dalam keluarga Islamik, rancak tari dakwah dan tarbiyah jelas saya dapat ketika saya belajar di Adelaide, South Australia. Pandangan neraca kehidupan dah lain.. jadi, macamana kita nak survive di Malaysia..

Pulang ke Malaysia, memang bagai merubah keseluruhan rentak hidup. Bagaimana rasanya? semuanya pasti punya pengalaman yang berbeza. Bergantung pada personality diri, sokongan keluarga, status perkahwinan, jurusan pengajian, jenis pekerjaan, tempat tinggal dan lain-lain lagi.

Kalau nak diceritakan satu persatu, memang panjang..dan masih belum layak kisah-kisah ini untuk diteladani para pembaca.

Cuma beberapa perkara ini yang benar-benar membantu dan membentuk diri kita dalam medan dakwah:
1) Apa niat sebenar kita berada dalam jalan ini? Semata-mata kerana Allah?
2) Sejauh mana aku ingin melangkah dalam jalan ini?
3) Sekuat mana pertautan kita dengan Allah?
4) Seyakin mana kita dengan jalan ini?

Dan akhirnya, da’ie yang bagus adalah daie yang pandai menggunakan ujian atau kelemahan sebagai potensi berharga atau kelebihan. Perlu ingat juga, kita tidak melakukannya bersendirian. Sehinggakan kalau kita terlupa untuk bertasbih kepada Allah, percayalah.. hanya kita yang tak melakukannya. sedangkan seluruh alam dalam tiap masanya memuji Tuhan. We are never alone.

p/s: sedang menggembur sahara.. untuk menjadikannya tanah yang subur. nak join?? jom

One thought on “Ujian itu satu potensi diri

  1. inshaAllah tak lama lagi akan ada yang join nti gembur2 tanah gersang… tanah seberang laut lagi, mungkin?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s