Menangislah di bahuku..Ku di sini untukmu..


The shoulder said

🙂

That one particular shoulder said, “I would give you my heart if that would make you feel better. As far as I can tell, being with you for so long, you never ask for a shoulder to cry on”

Yes. tepat sekali. Betul jugak. Kalau dulu.. bila ada depan mata.. tak pernah nk sibuk menangis kat shoulder orang. Nak menangis depan orang pun susah. Betullah.. apa yang takde tu kita akan nak sangat-sangat, kan?

“I know… keadaan tak seteruk yang digambarkan. You always find the positive version of everything before. Therefore you will always be that way forever. Even NOW”

“You said you miss everything there. The environment, the culture..the people. Yes, but you missed everything about Malaysia when you were there. Remember? See? The shaytan plays their major role here. Dragging akhawat from their big duty task in the dakwah and tarbiyah”

“Kekuatan dah lama berada dalam diri. Sekarang masa untuk menggembur dan mengindahkan. setiap langkah adalah langkah pertama yang penuh dengan pengalaman dan cabaran baru. Jadi, dalam setiap langkah, hati perlu segar baru, fresh, bersedia dan bersemangat untuk menghadapi ujian demi ujian, kejayaan demi kejayaan.. apa saja yang bakal datang.. kita nantikannya sebagai peluang dan potensi dalam hidup”

“Terlalu memberi.. kadang kita mampu kering. Perlu menerima juga ..dan kadangkala kita juga perlu meminta, supaya dibasahkan selalu. supaya kekal segar dalam langkah-langkah baru. Supaya semangat dan himmah kekal lama”

The shoulder tak lepas membawa satu kisah untuk dijadikan peringatan dan iktibar..

Ada seorang akhawat. Cabaran datang bertimpa-timpa. Tetapi dia kekal kuat. Tak mudah melatah. Kekal lama dengan figure strongnya.

Tapi akhirnya, di sebalik tabir.. setelah beberapa lama.. setelah yang lain mula masuki fasa tenang.. dia mula nampak lemah dan sering memerlukan perhatian dek kerana emosinya. setelah dikaji, kekuatannya pada awal cabaran dulu, untuk disalurkan pada akhawat lain.. supaya semua sedar bahawa, kita mampu untuk kuat.

Dan akhirnya, dia turut terduduk menangis.. selalunya dalam solat malamnya, tetapi di sebalik tabir.. dia juga menangis pada bahu-bahu yang dipercayainya. Bukan untuk mengadu nasib, tetapi hanya sekadar tangisan. Peliknya, dia sering menyesali tangis-tangisnya di hadapan manusia.. kerana padanya, “tangisan hanya layak di hadapan Allah, di atas sejadah. Bukan di hadapan manusia”..

Satu pengajaan besar buatnya pada hari itu adalah… “tak salah menangis. menangis adalah fitrah. Bukanlah Islam mengajar manusia untuk memusnahkan kehidupannya dengan menyalahi fitrah. Menangislah”.. ujar bahu yang dipercayai, penuh kasih sayang dan ketenangan.

I think I know who she is… I guess so..

Akhirnya, setelah panas telefon di telinga.. sempat dia berpesan. “What happened to your best friend forever? Dah tak berungsi?”

Satu persatu wajah rakan-rakan terbyang difikiran. (ok.. baru saya tahu ramai betul best friend forever saya. Ikhwah, akhawat, semua masuk..)

“Emm.. yang mana satu?” saya bertanya.. since semua kisah mereka memang saya ceritakan satu persatu.. entah yang mana satu agaknya yang dimaksudkan

“Mr Furqan”

Ouh. Dia…… Terpadam terus wajah-wajah mereka yang dirindui.. yang banyak membantu membentuk saya ke hari ini… Diganti wajah Furqan.. yang tak saya jadikan tools utama penangkis kegusaran tika ini…

Hah.. what a shame..

Lesson in life

Hikmah manusia dijadikan dengan pelbagai potensi dalam hidup, pelbagai peranan dalam kehidupan.. adalah untuk memenuhi segala keperluan fitrahnya. Sebagai seorang kakak, perlu menjadi matang apabila adiknya meminta belaian seorang kakak, perlu menjadi profesional apabila bertugas dalam ceburan profesional, perlu kekal dengan kebijaksanaan tatkala memipin..

tetapi, Allah kurniakan juga posisi kekal sebagai seorang anak, anak usrah, isteri/suami.. posisi yang mampu kita meleraikan segala kelemahan, kegusaran dan kecacatan.. ibu bapa, naqibah dan pasangan hidup yang Allah jadikan fitrah perasaan mereka mampu menerima kita dalam apa jua keadaan.. walaupun masyarakat umum menyatakan betapa lemah mahupun hinanya kita…. ye, meraikan fitrah kekal kita sebagai seorang insan yang juga dijadikan daripada tanah yang hina, disamping roh sebagi khalifah yang tinggi martabatnya..

Juga.. Dia yang paling menerima dan meraikan kita dalam pelbagai cara dan keadaan… Allah S.W.T yang bukan sekadar menjadikan kita, tetapi turut menerima para hambaNya yang kembali padaNya, walaupun setelah bertahun-tahun melupakanNya..

Ya… Allah menerima kita dalam apa jua keadaan…..

p/s: kalau serahkan hati pada manusia.. macam-macam dibuatnya.. bila serahkan hati pada Allah.. akan diperindahkan, diubatkan, dipercantikkan…

Ouh. itulah sebabnya.. kalau kita sayangkan seseorang, perlu kerana Allah. Itu tips untuk kekal bahagia selama-lamanya. Sayang kerana Allah tulah yang membuatkan kita mampu menerima semua orang dalam apa jua keadaannya.. wow. hati… hati.. betapa complicatednya kamu.

p/s/s: saya tak pernah menangis di shoulder sesiapa… tak dididik begitu. Tapi,ada seseorang di Adelaide yang berjaya membuatkan/memaksa saya menangis dalam dakapannya. Specifically, di bahunya… Seorang ibu yang akhirnya menjadi teman seperjuangan saya… rindunya.. well.. eventhough saya menafikan keperluan saya untuk berbuat begitu.. menangis di bahu memang salah satu terapi yang meraikan fitrah. Walaupun dalam tangis saya kata, saya tak suka dia buat macam tu kat saya….Saya secara rahsianya amat menyenangi perbuatannya..

sekarang baru saya faham lagu “Menangislah di bahuku” tu..🙂

ouh. bila hati dah ok.. sy sgt banyak nak dikongsi, ditulis atau dicakapkan.. kalau xok.. semua rasanya tak kena.. thanks Allah..

ok.ok… pen-off. now

NOW!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s