Tanah Barakah yang dirindui


Bibir tak putus mengucap..

“Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu. sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu”

“Teringin benar melihat Kaabah. Akan Allah sampaikan aku pada kaabah?”

Bas laju meluncur ke Mekah. Perjalanan jauh dari Madinah membuatkan para jemaah tertidur kepenatan. Barangkali kesemuanya bermimpikan kaabah. Makin hampir, makin membuak-buak rasa rindu. Hanya mata ini tak mampu untuk lena.

“Besar mana agaknya kaabah? Bagaimana nanti perasaanku tatkala melihat kaabah? Akan terubatkah rindu dan rasa cinta ini?”

sejurus usai taklimat tawaf, saie dan tahallul di luar masjidil haram.. kami dibenarkan bebas..

terasa ingin berlari. Langkah dipercepatkan. hati mula berdebar, berdegup kencang… mengejar satu-satunya binaan yang pernah kurindu, tanpa perlu bertemu.. sudah terdahulu mencinta sebelum sempat bertemu.

“Subhanallah…. engkau takdirkan mataku menatap RumahMu. Engkau takdirkan dahi ini mencecah tanah haram. Engkau takdirkan aku di sini… di tanah yang penuh barakah”

Kaabah seakan tersenyum.. membalas senyumanku yang  mula disulam titis air mata gembira.

“Ya Allah.. kekalkan rasa rindu ini, supaya aku sentiasa rindu padaMu..”

4 thoughts on “Tanah Barakah yang dirindui

  1. salam rindu dan sayang buat akak..
    akak buat haji ke umrah?
    ingin menjejak bumi barakah itu…=)

  2. salam qis.
    bakal ke sana ke nnt…nak minta kirim salam dan doa.

  3. telah dan akan. belum hajjah🙂 iA.. bila sampai seruanNya…..

  4. “subhanallah”…slam knl ja,sungguh menyentuh hati q dri makna kta’d atas membuat kerinduan q begitu besar padanya…apa lgi klu melangkahkan kaki d tanah suci..subhanallah q sangat merindukanya…^^..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s