Cinta datang lagi


Bila datang cinta, sebenarnya Allah menguji bagaimana kita jelmakan dalam tindakan kita untuk membuktikan bahawa, cinta Allah itu adalah yang TERUTAMA

Susah juga bila berjiwa penuh cinta. Semua yang dihadapi dalam kehidupan memang seakan dilihat dengan kanta cinta. Segala taklifan mudah dicari titik cinta untuk membakar gelora semangat, all-out untuk buat yang terbaik.

Buat masa sekarang, kerjaya mula mendominasi bayangan minda, selain urusan dakwah. Selalu terfikir-fikir. Ada je idea, lekas-lekas catat untuk dipertimbangkan buat tindakan susulan. Sampaikan cita-cita untuk bersama lama dengannya telah pun saya catatkan pengakhirannya dalam diari matlamat saya: nak jadi profesor by the age of 32. Betul, saya kalau dah suka.. habislah. Beriya-iya

Sehingga sampai satu masa, saya rasa buntu. Bila masanya saya harus membayang-bayangkan Cinta hati saya yang TERUTAMA itu? (Allah). Hinggalah Allah memberi penyelesaian.

Selain dalam pujian solat, saat-saat manis berdua dalam pertemuan lewat malam qiam, saat-saat terdetik hati tikamana ujian dilepasi dengan syukur, Allah seharusnya diingat setiap masa dalam tiap detik nafas. Justeru, caranya adalah.. Mengingatkan bahawa, tiap idea, tiap pekerjaan itu adalah hasil Penciptaan Allah, Dia yang menciptakan akal, tangan, mata dan telinga. Lantas dengan selalu mengulang ucap, Alhamdulillah, terima kasih, Ya Allah dalam apa jua hal, takkan mudah membuat kita terlupa untuk tersenyum pada dunia dan makhluk yang turut Allah ciptakan.

Selain itu, cita-cita yang saya catatkan tak seharusnya hanya menjadi cita-cita saya. Ia menjadi lebih bermakna bila menjadikan seluruh perancangan adalah perancangan umat. Bukan perancangan individu. Setiap pekerjaan itu harus ditelitikan perancangannya supaya dapat memberi impak berguna pada umat. Bila memandang hasil kerjaya ini adalah milik umat Islam, apa lagi yang mampu membakar semangat juang selain daripadanya?

Cinta ini adalah cinta umat, untuk keredhaan Allah. Nah! kemana lagi harus dikemudi semangat juang milik pemuda, kalau bukan buat yang bersamanya, juga buat umat di sekelilingnya?

p/s: Debar menanti 13/7. Kalaupun nikmat itu kita rasakan hanya datang sekali-sekala, syukur harus selalu. kerana kita sering terlepas pandang dengan nikmat yang telah terbiasa Dia kurniakan pada tiap masa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s