Mencari kunci matlamat (I)


Fasa-fasa berikut secara langsung atau tidak memang dialami oleh setiap individu mahupun organisasi dalam mencapai kepelbagaian matlamat mereka.

Fasa perancangan

1)      Jelas dengan matlamat yang ingin dicapai
2)      Jelas dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu kita langsaikan sepanjang kita berusaha untuk mencapai matlamat
3)      Jelas tentang tanggungjawab-tanggungjawab yang bakal dipikul setelah matlamat tercapai
4)      Jelas dengan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi

Fasa Membuat Keputusan

5)      Setuju untuk mencapai matlamat? Jika tidak, berhenti di sini. Jika ya..beralih ke level seterusnya

Fasa Usaha

6)      Nekad untuk mencapai matlamat
7)      Menyelesaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang dituntut dalam usaha mencapai matlamat
8)      Tabah menghadapi cabaran yang mungkin lebih mudah atau lebih hebat daripada jangkaan awal tadi
9)      Matlamat tercapai

Fasa Kelangsungan

10)   Menjalankan tanggungjawab sebagai pemegang matlamat

Mencapai matlamat bukan mudah. Dalam Islam, setiap langkah diatas, perlu berlandaskan redha Allah, kerana Allah, hasilnya juga untuk Allah semata-mata. Apa yang lain dari tuntutan Syariah perlu dicantas.

Semalam Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr berulang-ulang kali menyebut tentang “relationship with GOD”. Memang, menanggung risalah bukan kerja mudah. Selalu saya jumpa orang yang hebat dunia dan hebat matlamat akhiratnya memang selalu menekankan hubungan dengan Allah. Sebab nak masuk Syurga, bukan mudah. Allah-lah kuncinya.

Carta kunci

Jelas dengan tuntutan pada Allah adalah kunci kepada benar dalam niat,
benar dalam niat adalah kunci kepada istiqamah,
istiqamah adalah kunci kepada ikhlas,
ikhlas adalah kunci kepada redha Allah,
redha Allah adalah kunci kepada Syurga.

Cuba lalukan pelbagai matlamat dunia dalam ‘carta kunci’ di atas. Matlamat kerjaya, pengajian, perkahwinan, didikan anak-anak, percintaan, persahabatan dll.

Perlu sentiasa berfikir dan melihat dengan neraca Allah, kerana dunia ni Allah ciptakan untuk berada pada tangan-tangan manusia yang bakal pulangs emula ke tempat asal mereka, akhirat. Kalau bukan neraca Allah yang digunakan, pasti neraca taghut yang sedang memainkan peranan (an either-or situation). Kerjaya untuk redha Allah, perkahwinan untuk redha Allah dll. Kalau jelas dengan matlamat, insyaAllah yang susah pun terasa mudah.

Sebab kita tahu hati nanti akan merasai ‘kemanisan yang penuh dengan keberkatan’ yang sedang sabar menanti di hadapan sana. Tetapi hati terlebih dahulu perlu dibaja dengan kemanisan kesabaran, supaya betul-betul bersedia untuk menyambut girang kejayaan yang dijanjikan. Kalau betul caranya, saya betul-betul yakin bahawa Allah yang Maha Penyayang selalu merangkul erat hambaNya dengan kasih-sayangNya.. hanya kita yang perlu berusaha untuk merasainya..

Manusia memang selalu hebat dalam merancang dan berkata-kata. Tetapi, perancangan dan kata-kata takkan sampai kepada matlamat ,kalau tak disusuli dengan tindakan yang penuh motivasi dan semangat. Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr semalam tatkala tamatnya perkongsian: What I’ve said is more than enough, IF WE CAN DO IT.

Betul, satu ayat dah cukup bermakna kalau kita berjaya aplikasikan dalam kehidupan, dan beristiqamah dengannya, berbanding beribu-ribu ceramah yang kita dengar, dengan hanya sekadar menjadi penghibur buat bahan tawa dan penyedap halwa telinga. Semog blog saya ni tak menjadi halwa mata, tetapi pengetuk hati untuk melonjakkan amal.

BERGERAK!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s