Sedang hangat bercinta. Harap maklum


Dulu, dia hanyalah seseorang yang hanya aku kenal namanya. Makin lama, makin tahu perwatakannya. Dah makin kenal, mulalah berkawan. Tak lama lepas berkawan, baru perasan, ramai rupanya yang memujinya dan menyebut-nyebut kebaikannya.Baru tau, hot-stuff jugak dia rupanya. Ramai admire. Semenjak berkawan, memang aku tak nafikan kebaikannya ada yang pernah aku rasa, tapi ada juga yang aku terlepas pandang. Dia memang dah sah baik. Aku je yang selama ni buat tak kisah dan buat tak peduli.

Rupa-rupanya.. dari dulu lagi dia dah ada hati pada aku. OMG! Padanlah orang sekeliling asyik suruh aku sambut huluran hatinya. Awalnya, aku paksa-paksa diri juga. Layan je lah.Tapi, lama-lama, aku rasa aku dah betul-betul jatuh cinta. Baru aku tahu, indah sungguh rasa cinta. Penangan cinta pertama, biasalah..

Kalau dulu, bila dia pergi, takdelah rasa sangat.. tapi sejak terjatuh cinta hari tu, bila dia pergi.. lain macam je rasa. Bila orang sebut namanya, dah pandai nak tersenyum-senyum sendiri. Terbayang-bayang waktu dia ada dulu.

Lagi beberapa hari ni, dia nak datang. Memang dah lama dah prepare nak jumpa. Sejak 2 bulan lepas lagi. Biarlah masa kami berjumpa, aku dapat memberi yang terbaik. Biar dia tahu aku dah betul-betul bersedia nak menyambut kehadirannya. Rumah nak kena hias lagi bagi cantik dan bersih, muka biar biasakan manis, hati biar selalu tenang je ingat Allah, perangai-perangai buruk dan tak senonoh yang masih melekat ni nak buang jauh-jauh, nak biasakan solat malam, biasakan puasa, bersenam bagi sihat dan slim, belajar masak sedap-sedap…. Ye lah.. dia bukannya calang-calang orang. Hebat orangnya. Kita pun kena la jadi yang bukan calang-calang jugak, kan? Ok. settle. Hah.. senyum memang dah tak putus ni!🙂

Tunggu dia nak datang je ni. Aku selalu doa pada Allah supaya dipanjangkan jodoh kami. Biarlah kami dipertemukan lagi. Rindu sangat-sangat. Aku janji.. kali ni, bila dia datang, aku akan buat yang terbaik. Satu saat pun aku takkan bazirkan.. 30 hari dia ada di sisi, 30 hari jugaklah aku akan setia menemani, insyaAllah. Rindunya…

“Allahumma ballighna Ramadhan – Ya Allah, sampaikanlah aku pada Ramadhan”

3 thoughts on “Sedang hangat bercinta. Harap maklum

  1. hehhe, best la plak jumpe encik ramadhan. harap cinta kpd encik ramadhan tidak akan berterusan dan lebih hebat saban tahun

  2. opps..berterusan

  3. MOHON COPY & PASTE…..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s