Ramadhan bakal pulang


Ramadhan mula menyatakan hasratnya untuk pergi. Niatnya untuk meninggalkan aku kosong tanpanya dalam kira-kira 11 bulan, terpaksa aku sambut dengan tabah. Walau dengan deru air mata, dia tetap akan pergi. Sedikit sebanyak kesedihanku terubat dalam imarah 10 malam terakhir bersamanya. Tapi, didatangkan pula dengan ziarah fitrah bulananku saat aku benar-benar mendambakan waktu ini untuk aku sujud dan melantunkan bacaan ayat suci al-Quran. Biarlah, Allah lebih tahu bagaimana yang terbaik. Itukan yang terbaik juga dalam menyiapkan rahimku untuk keberlangsungan generasi akan datang? Ya. segalanya dengan hikmah.

Aku ingin menjadi rama-rama yang indah, hasil susah payahku berteleku dalam kepompong takwa sebulan Ramadhan ini. Benar-benar, ada beberapa perkara dalam diri yang ingin aku buang jauh-jauh, untuk aku terbang bebas.. melihat kehidupan dengan kaca mata lebih baik. Benar-benar, aku tidak mahu bertangis-tangis lagi kalau bukan kerana tangis insaf yang dapat dikira sebagai tangisan ke Syurga.

Aku ingin memandang masa depan.. yang mana indahnya atau tidak masa depanku dengan Islam, terletak dalam pilihanku sendiri. Garis pemisah sudah jelas. Pilih saja, jahiliyah atau Islamiyah.

Benar-benar.. aku ingin menjadi yang cantik dan tercantik di akhirat.. kalau tak layak pun bergandingan dengan Khadijah, Asiah, Maryam dan Fatimah.. cicipkanlah aku walau sedikit pun kecantikan mereka di sana buatku jadi begemerlapan di Syurga. Kalau tak mampu aku begemerlapan pun.. cukuplah kalau sudah aku diizinkan untuk menjejak kaki ke Syurga.

Ya Allah.. tunjukkan aku ruang mana di dunia ini yang mampu membuatkan aku tenang untuk pulang ke Syurga..

Ya Allah.. jadikan aku siap sedia kalau ajalku menjemput. Aku ingin husnul khatimah, Ya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s