Eid Mubarak! I


Raya kali ni sungguh berbeza. Kalau nak diikutkan, inilah raya pertama yang betul-betul raya semenjak saya pulang ke Malaysia Ramadhan tahun lepas. Tahun lepas, kami tak buat kampung-round macam biasa memandangkan kesihatan abah agak tak meraikan keadaan waktu tu. End-up, lepas solat raya, kami terus berkemas pulang ke Kuala Lumpur. Raya pertama kami diisi dengan gelak tawa dalam kereta menuju semula ke Kuala Lumpur. Itu cerita raya tahun lepas.

Alhamdulillah, raya tahun ni, semuanya sihat-sihat belaka. 2 hari sebelum raya kami dah bertolak pulang ke kampung. Maklumlah, bak kata ummi abah, anak-anak bandar ni kena bagi exposure lebih sikit dengan kerja-kerja di kampung supaya jadi budak bandar berjiwa kampung yang tak lupa asal-usulnya. yess.. berjiwa kampung (lah sangat~)

Seperti biasanya, kami akan ke rumah Ayah Chop (abang abah) untuk belajar memasak lemang. Target abah sampai ktorg berjaya masak lemang depan rumah sniri di cheras. Tapi, dah bertahun-tahun raya dah belajar masak lemang, still tak grad.

Ayah chop bertawakal dengan kebolehan helpers (kami sekeluarga) yang bersungguh-sungguh belajar masukkan pulut dalam buluh yang dah di alas dengan daun pisang. Alhamdulillah, menjadi jugaklah lemang ayah Chop. takde complaint2 dari orang-orang yang menempah.

Esoknya pulak, kami ke Kampung Ulu Piul untuk belajar masak rendang dengan enda Cho, kakak abah. Opah (belah ummi) dah surrendur awal-awal tak nak memasak during raya, tak larat katanya. Tu yang kami round mencari port2 memasak di rumah orang lain tu. Cukuplah hidangan raya kami, rendang ayam, hati masak hitam dengan lemang jagung, lemang biasa n lemang tepung.

Kalau balik kampung, dah control macho habis pun still tak boleh nak lekang dari reaction2 jakun kami.Jumpa pokok limau, habis sume kami sapu, excited tengok ayam bertelur, orang masak lemang ktorng dok main api, bahang dalam rumah, adik2 duk teringat air-cond kt rumah (adik2 ye.. bukan saya.hehe). paling ketara ialah.. orang sebut ‘ayor’, kami sebut ‘air’. ummi ngan abah pulak dah duk sebut banyak terms2 kedah plak akhir2 ni. heih. confius2.

Kesimpulannya, banyak lagi lah kisah2 hidup di luar sana yang kita boleh explore secara hands-on. lagi girang daripada kegirangan membaca status di facebook, video di youtube.. stop skejap beronline. jom create kisah kehidupan anda.

gambar masak-memasak nnt baru upload. Selamat hari raya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s