Eid Mubarak! II


Jadi cucu sulung, ada bestnya ada yang kurangnya.

1) Bestnya adalah, kalau balik kampung, makcik-makcik n nenek-nenek di kampung akan ingat nama kita berbanding adik2 yang lain. “Balqis mana, balqis? dah balik dari australia? da kawen da dia?” Ini adalah soalan biasa, walaupun kadang-kadang soalan tu dilemparkan pada saya sendiri, tanpa mereka mengetahui, orang yang ditanya tu lah orang yang dicari.

2) Bila malam raya, baju-baju raya dah queue mintak di iron. tapi tahun ni berjaya escape sbb orang lain macam dah agak berdikari. dah besar agaknya diorg.

3) Adik-adik n sepupu sepapat dah dok tunggu Yong bagi duit raya. stress2. Tapi tahun ni, bila dah start bagi duit raya, bestla jugak rasa.Berkongsi apa adanya, walaupun xlah banyak mana duit gaji yg dapat, compared tu kawan-kawan yang bekerja canggih manggih, kan.. tapi ada la jugak rezeki yang boleh nk dikongsikan. Duit upah dari grant prof tu! Doakan saya teguh menulis n publish papers, siapkan Master ni cepat2 dengan jayanya. amin2. bak kata opah, kalau dah kaya nanti xsemestinya duit lagi banyak bagi, sama je, entah2 lagi kurang. sbb dah makin banyak hutang. so, bagi je walaupun kita ada sikit..

4) Tahun ni, pakcik2 dah mula mengusik, tahun depan raya kat sini ke, raya belah sana? Abah pulak dah sibuk nak dapatkan pangkat “Dato'” yang tak membawa pangkat “datin” pada ummi, tapi pangkat “Opah”. Biasala.. dah mencecah 20an ni, gurauan-gurauan macam ni la yang menceriakan suasana. Sabar ye.. Allah dah caturkan perihal jodoh. Moga yang terbaik

5) adik-adik pulak, apa-apahal akan mintak pendapat kita. n pendapat kte tu selalu diorg akan telan bulat-bulat macam itu lah yang paling betul. start dari perkara-perkara besar, sampaila perkara-perkara kecik macam nak pakai tudung mana satu, nak potong bawang macamana, dah cukupke halia. aiyya.. kadang pening juga kepala. xpelah. mana tau, kongsikan, mana tak tau, tanya pada yang lebih tau. moga Allah selalu menunjukkan jalannya.

Cucu sulung ke, kedua ke ketiga.. carilah ruang-ruang significant untuk masuk dengan family kecil, family besar. Apa kelebihan yang ada kongsi-kongsikanlah bersama. rugi kalau dalam jalan dakwah dan tarbiyah, hebatnya menggila, kalau di ofis dan uni, significantnya tak perlu di canang-canang lagi, tapi dalam family, takde apa yang kita mampu sumbangkan. Sumbangkanlah apa pun.. dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. walaupun secangkir senyuman yang mampu menghidupkan suasana.

Selamat bersama family🙂 Selamat Hari raya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s