Kenapa post baitul muslim?


Semenjak akhir-akhir ni, laju benar saya berkongsi artikel berkenaan bait muslim. Ramai yang bertanya ‘kenapa bait muslim?’

Antara jawapannya:

1) Saya dikelilingi oleh rakan-rakan yang akan mendirikan rumah tangga. Rakan-rakan yang amat saya sayangi. Jujurnya, kalau untuk diri saya sendiri, saya tidak hanya sekadar mahu mendirikan sebuah ‘rumahtangga’ yang hanya terbina untuk melenyapkan tembok penghalang antara seorang perempuan dan seorang lelaki bukan muhrim, tetapi hakikatnya saya ingin mendirikan satu ruang yang penuh barakah dan rahmah untuk memperindah lagi nukilan cinta saya pada Allah, iaitu Bait Muslim. Kalau dulu, saya ternanti-nantikan saat saya merasakan cukup ‘layak'(saat telah mendirikan rumahtangga) untuk memperkatakan tentang soal ini, namun kini saya nekad untuk berkongsi apa yang saya pelajari, lihat dan baca untuk sama-sama kita teladani. Kalau kelayakan diletakkan hanya ketikamana saya telah bergelar seorang isteri, entah bila saatnya.. hanya Allah yang Maha Tahu.

2) Antara sebab besar lain adalah, bila memikirkan bahawa kita dan para remaja semua terlalu terdedah untuk terlebih dahulu mengenal perihal ‘kemanisan’ hubungan cinta sesama bukan mahram, berbeza kalau dibandingkan dengan gadis zaman dahulu kala yang terjaga hubungan sosialnya, sehinggalah disunting awal untuk menjadi seorang isteri sebelum benar-benar mengenali cintanya.Nilai ‘cinta’ kian kabur. Jadi, harapnya, biarlah informasi-informasi ini mampu menyedarkan kita tentang betapa tingginya mampu kita letakkan nilai sebuah cinta antara lelaki dan perempuan. Nilai yang diharapkan untuk turut sama kuat diperteguh untuk menongkah arus pemodenan masa kini! Diharapkan pembaca jelas bahawa, selain hubungan berlainan jenis yang digemburkan sebelum perkahwinan itu, wujud di sana satu hubungan halal yang lebih manis di sisi Allah dan para hambaNya yang bertakwa.

Usikan-usikan menyatakan saya diambang perkahwinan, benar atau tidaknya, biarlah Allah saja yang menjawab setepat-tepatnya. Kita semua hakikatnya senantiasa di ambang perkahwinan dan di ambang maut. Hanya Allah yang layak meredhai sebuah ikatan suci dan hanya Dia-lah yang layak menentukan saat sakarat hambaNya. Bila tiba saat, detik waktu dan ketika.. ia pasti datang.. saya doakan yang terbaik buat sahabat-sahabat yang saya sayangi yang sedang giat mempersiap urusan walimah, dan pulangan yang lebih-lebih baik buat sahabat yang mendoakan kebaikan buat saya. Hanya Allah yang layak membalas dengan setinggi-tinggi ganjaran🙂

p/s: Kita semua akan bersanding berduaan tatkala menjadi pengantin dunia, namun ingatlah, persandingan kita di akhirnya nanti akan bersendiri, tatkala pelamin tanah dihias menjemput sang pengantin berbaju nikah putih suci..

2 thoughts on “Kenapa post baitul muslim?

  1. well said balqis

  2. 🙂 moga sama2 dapat manfaatnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s