Nikah kit: Pertunangan dan Perkahwinan yang diredhai


Seseorang pernah bermimpi melihat Bisy Al-Hafi dan Al-Imam Ahmad bin Hanbal. Ketika melihat Bisy al-Hafi, dikatakan padanya: “Bagaimana keadaanmu?” Beliau menjawab, “Allah meletakkanku di kalangan orang yang tinggi martabatnya.Allah memberikan syurga untukku”

Beliau ditanya lagi: “Di manakah Al-Imam Ahmad?”

Beliau mengangkat kepalanya, mengangkatnya lagi dan seterusnya (mendongak ke atas) sehinggalah serbannya terjatuh dari belakangnya. Beliau menunjuk ke atas.

Beliau ditanya: “ Kenapakah Al-Imam Ahmad mengatasimu?” Beliau menjawab: “Al-Imam berkahwin dan melakukan sunnah Rasulullah Sedangkan aku tidak berkahwin. Beliau dikurniakan anak, lalu mendidik mereka dengan ilmu dan zikrullah serta mereka mendapat kebaikan. Maka beliaupun mendapatkan kebaikan mereka di dalam ilmu serta zikrullah sedangkan aku tidak melakukannya.Dia telah diuji pada jalan Allah lalu dia bersabar sedangkan aku tidak melakukannya. Beliau melebihi aku pada 3 perkara ini”

Kita menentang orang-orang yang tidak berkahwin dengan menyangkakan dia tidak mampu melakukannya sedangkan dia terpelihara pada hal agamanya. Pada masa yang sama, kita tidak menyangkanya sebagai perkara khusus baginya. Tidak ada ciri-ciri kependetaan di dalam Islam.

Adakah kamu perlu berkahwin..?

Pada asasnya, PERLU selagimana kamu memerlukannya.

Siapa yang kamu kahwini..?

“Pilihlah pada agamanya. Beruntunglah kamu.” Kamu berhak memilih seseorang yang layak denganmu pada rupanya serta kedudukannya. Akan tetapi, asalnya adalah, “pilihlah pada agamanya. Beruntunglah kamu”

Kenapa kamu berkahwin..?

Kita telah perbincangkannya semalam dan hari ini mengenani niat yang baik.

Bagaimana kamu berkahwin..?

Memilih dan brtunang

Selepas diadakan pemilihan mencari pasangan yang sesuai, setelah kamu melihatnya dan sebaliknya tanpa berduaan..Begitu juga persetujuannya. Maka disunatkan bertunang. Iaitu orang yang hendak berkahwin atau wakilnya pergi ke rumah wali perempuan tersebut. Mereka mengadakan majlis yang dihadiri oleh sesiapa sahaja dikehendaki dari orang-orang Islam. Maka pengerusi majlis itu samada orang yang hendak berkahwin atau wakilnya memuji-muji Allah taala.

Inilah perkara sunnah yang telah dilupakan ketika majlis pertunangan.Dia memuji-muji Allah Taala serta berselawat ke atas Nabi S.A.W. Dia juga berwasiat kepada hadirin untuk bertakwa kepada Allah S.W.T. Serta menyebut hajatnya untuk berkahwin.Adab sebegini telah pupus di dalam asas pembinaan rumahtangga.

Kita telah sebutkan tentang memperbaiki niat. Iaitu memeprbetulkan tujuan serta niatnya. Supaya menjadikan tatacaranya mengikut Nabi S.A.W. Disunatkan memuji-muji Allah ketika majlis pertunangan. Berselawat ke atas Nabi Muhammad. Berpesan kepada hadirin supaya bertakwa kepada Allah. Seterusnya meminta dari bapanya atau walinya untuk bertunang.

Disunatkan juga kepada walinya untuk memuji Allah Taala. Serta berselawat ke atas Nabi Muhammad. Berpesan kepada hadirin supaya bertakwa kepada Allah S.W.T, serta menerima lamaran mereka jika dia mendapati pada pelamar itu sifat yang diredhai oleh Allah Taala.

Jika dianya anak dara, maka perlulah kita mendapat izinnya. Tetapi jika dia adalah janda, maka ianya wajib. Ini adalah dari pihak yang melamarnya. Jika diterima, diberitahu kepada mereka bahawa ia diterima. Serta berdoa kepada Allah Taala.

Allah telah memuliakan kamu semua kerana menjalankan sunnah-sunnah yang baik yang diajarkan oleh orang-orang terdahulu dan para ulama’. Iaitu menutup majlis pertunangan dengan bacaan Al-Fatihah. Ini adalah perkara yang baik. Padanya terdapat perkara yang disyariatkan. Iaitu bertawassul kepada Allah Taala dengan amalan yang baik. Yang mana ijmak ‘ulama memperakui kebenarannya. Iaitu bertwassul dnegan amalan yang baik.Bacaan al-Fatihah juga dari amalan-amalan yang baik.

Kemudiannya, kedua-dua yang bertunang itu harus memahami bahawasanya masa pertunanngan itu tidak menghalalkan apa-apa perhubungan seperti keluar bersama (dating). Begitu juga berdua-duaan. Pertunangan itu tidak menghalalkan apa-apa perhubungan. Tidak membenarkan mereka berdua saling bersama. Jadi mereka berdua tidak boleh berdua-duaan, melainkan selepas akad nikah. Semalam kita telah membicarakan tentang hikmahnya dari segi pendidikan dan psikologinya yang terhasil selepas perkahwinan nanti.

Akad nikah dan majlis perkahwinan

Kemudiannya, apabila ditetapkan tarikh perkahwinan, dan di akad nikah. Perlulah majlis akad nikah itu
dihiasi dengan suasana yang membawa keberkatan pada perkahwinan itu. Oleh itu, para hadirin mestilah daripada orang-orang baik serta soleh. Kebanyakan manusia lebih mementingkan mereka yang hadir adalah individu tertentu daripada mereka yang terkenal dan diagung-agungkan. Akan tetapi, kehadiran mereka itu adalah habuan nafsu. Ini disebabkan kamu dapat berbangga dengan mereka. Ini bukanlah objektif dari perkahwinanmu. Objektifmu bukanlah untuk bermegah-megah. Objektif sebenarnya adalah supaya kamu bermegah-megah di hari kiamat.

Terdapat perbezaan yang nyata, di antara mereka yang berbangga-bangga dalam perkahwinannya dengan mereka yang hendakkan supaya Nabi berbangga dengan perkahwinannya pada hari kiamat kelak.Mereka perlu mencari seseorang yang soleh untuk mendoakan perkahwinan mereka. Dia tidak menjadikan perkahwinannya sebagai permulaan bagi terputusnya hubungan silaturrahim.

Sifat memutuskan hubungan silaturrahim adalah satu punca kemurkaan Allah Taala. “Orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dilaknati walaupun dia meninggal dunia di dalam Kaabah.” Ini adalah hadis Nabi S.A.W.Maknanya, dia menjemput sanak-saudara serta jiran-jirannya dengan tidak memandang dari aspek kedudukan dunia yang akan binasa. Iaitu, dia mencari kedudukan yang tidak akan binasa.

Dia juga menjaga dari berlakunya perkara-perkara mungkar di dalam perkahwinannya.Perkara sebegini banyak berlaku pada zaman ini pada majlis-majlis perkahwinan.Percampuran antara lelaki dan perempuan.Mereka berhias-hias dengan perkara yang tidak diredhai Allah.Begitu juga dengan pembaziran. Pebaziran ini jika idniatkan dengannya bermegah-megah. Berlaku banyak kelalaian ketika perkahwinan.Perkara-perkara sebeginilah yang perlu dihindari oleh orang mukmin. Kebanyakan manusia, apabila disebutkan padanya perkara ini, dia akan berkata: “Biarkanlah mereka berseronok”, “Ini sekali sahaja dalam seumur hidup”

Siapakah yang berkata padamu, bahawasanya hubunganmu dengan Tuhanmu tidak terjejas dengan kegembiraan sebegini? Akan tetapi wahai saudaraku.. Kami mendoakan untukmu supaya mendapat kegembiraan yang tidak berakhir sekadar satu malam atau sebulan atau setahun sahaja. Kami mendoakan untuk kamu berdua kegembiraan yang berkekalan bersamamu. Kekal bersama selepas kamu beralih ke dunia akhirat.

Bergembira di majlis perkahwinan

Kedatangan agama ini bukanlah untuk menghalang atau mengingkari kita dari bergembira.Sabda Nabi S.A.W: “sebarkan berita pernikahan, langsungkannya di masjid-masjid serta mainkanlah kompang padanya”. Nabi Muhammad menjadikan paluan kompang serta penggunaan alat muzik yang diharuskan sebagai perkara sunnah dalam perkahwinan.Perkara ini menggembirakan serta menghibur para hadirin dengan kata-kata yang baik. Tiada padanya sifat yang menyebabkan kemurkaan Allah atau keadaan siat uang menyebabkan kemurkaan Allah. Perkara dibenarkan dalam agama.Para wanita juga diharuskan untuk menari sesame mereka tarian yang tidak menghilangkan adab-adab mereka. Begitu juga para lelaki dibolehkan untuk menarikan tarian yang sesuai dengan kelelakian mereka.

Sepertimana Rasulullah mengizinkan orang-orang Habsyah untuk menari sempena hari raya di Masjid Nabawi. Kita tidak pernah mendengar mana-mana agam yang meraikan fitrah manusia sebeginai rupa. Apabila adanya persempenaan untuk bergembira, Rasulullah mengizinkan orang-orang Habsyah untuk menari. Bukannya di dewan, atau hotel atau mana-mana tempat bergembira . akan tetapi ianya di masjid Nabi s.a.w.Ketika itu Sayyidatina Aisyah ingin untuk melihat tarian mereka itu, Nabi bertanya: “adakah kamu ingin untuk melihat mereka..?” seprtimana yang disebutkan didalam Sahih Muslim dan selainnya.

Beliau menjawab” “..Benar..”

Maka Nabi S,A.W pun berdiri di hadapan pintu biliknya untuk melindungi Sayyidatina Aisyah dari pandangan orang-orang lelaki. Baginda membenarkannya melihat tarian orang-orang Habsyah tersebut.

Sayyidatina Aisyah berkata: “Setelah aku merasa jemu aku meletakkan kepalaku di atas bahu Rasulullah.” Bertuahnya kepala yang diletakkan di atas sebaik-baik bahu ini. Bertuahnya kamu wahai Ummul Mukminin. Sehinggakan kerehatanmu menjadi pengajaran bagi umat ini untuk dipelajarinya.

Beliau berkata: “Ketika aku meletakkan kepalaku di atas bahunya Baginda mengembalikanku ke dalam bilik”
Mereka pun meneruskannya sambil memuji Rasulullah dalam Bahasa Habsyah. Mereka menyebut kata-kata yang bermaksud: “ Muhammad adalah lelaki yang soleh. Muhammad adalah lelaki yang soleh” .Maka disunatkan kepada kita di dalam keraian sperti perayaan dan selain-lainnya untuk memuji Rasulillah S.A.W. dengan mana-mana rentak menarik yang boleh menghibur hati. Ini adalah sebahagian dari hiburan yang diharuskan.
Kita pernah mendengar dari kebanyakan pemuda mempamerkan kegembiraan mereka dengan bermain kompang serta memuji Nabi S.A.W.

Kegembiraan ketika itu amat menghiburkan mereka mengatasi segala yang pernah mereka lalui di dalam keramaian yang bertentangan dengan syariat Allah. Selain itu adalah keharmonian dan keberkatan yang terhasil pada perkahwinan tersebut.

Wahai saudara dan saudariku,

Adakah kita sanggup memulakan rumahtangga kita dengan menyalahi syariat Allah s.w.t?. Adakah layak bagi perempuan muslimah lagi mukminah yang menutupi auratnya sejak kecil lagi untuk menanggalkan hijabnya sempena perkahwinan..? Adakah layak bagi seorang lelaki dengan meredhai dirinya untuk mempamerkan isterinya di hadapan kaum lelaki yang melihat kecantikannya?

Menjaga kebenaran niat

Adakah kamu ketahui dari manakah perkara ini datang kepada kita?

Ianya bukan sahaja dari sikap kita yang mencontohi (meniru-niru) orang lain. Bahkan dari bertukarnya niat.
Kita membiasakan untuk mengangkat diri kita kerana berbangga-bangga dengannya.Seseorang yang membeli kereta baru sukakan untuk menunjuk-nunjuk di hadapan orang lain supaya mereka melihatnya. Seolah-olah dia membelinya bukan kerana keperluannya.

Kalau dia membeli pakaian baru, dia inginkan supaya orang lain melihat pakaiannya. Kalau dia memebeli barang emas baru, dia inginkan supaya orang lain melihatnya. Sifat menunjuk-nunjuk ini adalah salah satu penyakit manusia yang tidak boleh meningkatkan dirinya.

Sumber: Video Habib Ali- Nikah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s