Passionate: Spice-up your life


Saya sering terngiang-ngiangkan kata-kata yang saya utarakan sendiri dari bibir saya kepada orang lain. Buat masa ini, ketika saya sangat mendambakannya, perkataan “passionate” menjadi ulang tayang telinga sejak beberapa minggu yang lalu.

“Tak kisah, asalkan passionate nak mencari rezeki yang halal dah ok”

Passionate. Saya membayangkan perkataan tersebut membawa maksud suatu sifat yang penuh dengan motivasi, sungguh-sungguh dan istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan dek kerana rasa teruja melakukan pekerjaan disebabkan rasa cintakan pekerjaan itu, rasa suka dengan taklifan tersebut.. kombinasi-kombinasi kata yang tak pandai saya nak terjemahkan dengan penulisan. Tapi bila diselak-selak deskripsi kata dalam ruang fikir, saya melihat terselit ‘ikhlas’ di dalamnya.

Saya mencari-cari hubungan ikhlas dengan passionate, akhirnya saya yakin, semua tindakan yang lahir dalam deskripsi tindakan passionate ini berakar umbi daripada niat yang ikhlas di awalnya. Dengan niat, kita tahu apa matlamat akhir pekerjaan tersebut. Dengan niat dan matlamat yang benar, kita akan bertindak melakukannya dengan hati yang ikhlas, penuh penyerahan pada Allah.

Bila apa yang kita suka tu, tiba-tiba menjadi satu ‘kewajiban’, saya yakin syaitan datang berbondong-bondong cuba menggagalkan kita daripada melakukan kewajiban itu sebaiknya. Contohnya, saya sangat suka membaca dan menulis, tapi bila saya meletakkan membaca dan menulis itu sebagai satu kewajipan (sebab tengah buat Master), tiba-tiba hilang rasa suka dan cinta tu? Sah. Ini kerja syaitan. Saya dah mula fikir pada benda lain. Bukan menulis je. Seperti biasa, marriage. Sama lah kesnya macam ni, kalau sebelum kahwin, betapa passionatenya nak menyambungkan sesebuah ikatan. Bila ikatan tu dah menjadi wajib, syaitan akan sedaya upaya menghilangkan pelbagai indah rasa sebelum kita dapat dulu.Kalau difikirkan logiknya pun, yang bercerai berai tu, sebelum bernikah, bagai nak rak bercinta sakan. Punyalah berbunga-bunga hati tiap-tiap hari. Tapi bila dah nikah, yang halal lagi dituntut tu lah mula nak dicucuk-cucuk dek syaitan. Sampai bercerai-berai jadinya. Nauzubillah.

Moral of the story, pertarungan kita adalah bukan pada “apa yang kita suka?” tapi pada “macamana nak maintain suka?”

Soalannya saya pantulkan semula pada diri saya sendiri. “Apa yang saya nk buat supaya saya maintain suka?” Dan saya nak jawab sendiri jugak:

Dengan niat yang benar, matlamat yang benar, hati yang ikhlas, akan lahir tindakan yang penuh semangat dan sikap yang kuat termotivasi. Yang paling penting, kita benar-benar gembira melakukan pekerjaan tersebut. Perjuangan harus diselesaikan hingga ke titisan darah terakhir. Bak kata seorang sahabat, setelkan sampai kita boleh ‘tutup kes’. Kalau menulis tuk Master, sampai kita boleh graduate dan boleh menyumbang sesuatu pada masayarakat lah. Kalau perkahwinan, sampai kita boleh ke Syurga bersama-sama lah.

Kepada yang cepat boring macam saya, kena kreatif meng’spice-up’kan suasana, supaya semangat dan cinta sentiasa diperbaharui. segar bugar. terpulanglah, pada suasananya ke.. pada cara kita melakukannya.. tak perlu yang besar-besar.. kadang-kadang, sesuatu yang kecil tu lah yang sangat-sangat memberi makna. Nampakkan matlamat tu selalu jelas-jelas depan mata. Doa pada Allah, solat, baca Quran. sebab Allah selalu jawab dengan jawapan yang tak tersangka-sangka. Thanks, Allah!🙂

Calling and praying for the juicy passion for a juicy thesis write-up!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s