Pra-Perkahwinan (it is) II


ii. Memilih Masa Yang Sesuai

“Jangan mengambil langkah untuk berpasangan, jika sudah pasti dalam setahun dua jangka masa terdekat ini tiada kemungkinan untuk anda berkahwin!”, itu amaran saya kepada peserta.

Wajah peserta mula kelat.

Saya telah jelaskan secara panjang lebar tentang soal kesan fitrah daripada perhubungan jangka panjang di dalam dan di luar perkahwinan di dalam artikel MENGURUSKAN FIKIRAN TENTANG PERKAHWINAN. Hubungan seorang lelaki dan perempuan lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kita kepada hubungan itu. Perasaan jemu itu mungkin muncul di tahun ketiga perhubungan, mungkin juga di tahun keempat, malah kelima pun bisa.

Jika perasaan ini muncul di dalam sebuah perhubungan yang telah diikat atas nama sebuah perkahwinan, maka suami dan isteri akan belajar melayarkan bahtera rumahtangganya buat seketika, dengan kesedaran terhadap tanggungjawab… tatkala perasaan cinta itu pudar seketika. Ia adalah kesan biasa daripada sebuah perhubungan… dan selepas ujian ini berjaya dilepasi oleh seorang suami dan isteri, maka Insya Allah cinta yang mekar kembali itu akan menjadi cinta yang kekal kukuh hingga ke akhir usia.

Tetapi jika proses itu berlaku lantaran cinta panjang lebar dari zaman cinta monyet hingga monyet menjadi gorila, maka tidak mustahil untuk kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini! Banyak alasan yang boleh diguna pakai…

“Saya mahu mendekatkan diri kepada Allah”

“Saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini”

“Saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi”

Hakikatnya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab sebenarnya ialah “saya sudah jemu dengan awak!”. Itu sahaja!

Maka jika ibu bapa sudah memberi amaran bahawa perkahwinan adalah persoalan yang tiada ruang perbincangan hingga tergenggam ijazah di dalam tangan, maka hindarkanlah dari perbuatan menyeksa diri dengan mencari cinta di alam matrikulasi, atau tahun pra klinikal bagi pelajar perubatan kerana anda mencari risiko yang amat membebankan.

“Ustaz… habislah saya macam ini… saya sudah bertunang. Kami merancang untuk berkahwin mungkin dalam empat atau lima tahun lagi!”, seorang peserta berjumpa dengan saya dengan wajah panik selepas ceramah berakhir.

“Sabar… apa yang ustaz sebutkan tadi, bukannya ketetapan nas. Tetapi ia adalah pengamatan kepada pengalaman dan pembacaan. Pengalaman pelbagai pihak yang memberitahu semua itu. Jika anta sudah ada idea mengenai cabaran ini, maka buatlah persediaan sebaik-baiknya. Bersederhana dalam berhubung, jangan bergayut telefon sampai lepas kahwin dah tak tahu nak sembang apa… dan bijakkan diri dalam mengekalkan kesungguhan masing-masing menuju perkahwinan. Dan jangan pandang belakang!”, saya tersenyum.

482529930_744d1fadbb.jpg

“Ada hantu ke ustaz?”, tanya beliau.

“Kalau hantu Alhamdulillah. Tapi masalahnya anta mungkin akan nampak bidadari… bidadari lain untuk menambah options!”, saya bergurau.

“Faham, faham!”, katanya sambil mengurut dada. Lega barangkali.

SaifulIslam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s