Pra-perkahwinan (it is) – III


iii. Kesan Perhubungan

Di peringkat pra perkahwinan ini juga, kita harus beringat terhadap kesan tindak tanduk untuk jangka masa yang panjang. Ketika mahu ber’couple’, keluar tengok wayang bersama, merosakkan anak dara dan teruna orang lain… fikirkan dengan sense of begin with the end in mind.

Hidup sementara wahai sahabat…

Namun kesan amalan kekal selamanya.

Sama ada ia menjadi kebaikan yang memberikan kesejahteraan yang berkekalan pada kehidupan di alam Sana, atau dosa yang menempa bencana dan seksa di neraka Allah yang Murka. Fikirkan dosa dan pahala. Fikirkan Syurga dan Neraka. Bahawa setiap sentuhan tanganmu ke atas kulit pasangan yang kamu ghairahkan itu… ada api yang akan merentungkannya. Rentung yang tidak mati, tetapi rentung yang mengekalkan derita dan seksa.

Sebelum kamu sentuh seorang perempuan yang kamu angkat sebagai bidadari hidupmu itu tanpa ikatan sah yang menghalalkannya, fikirkan kembali sakitnya ibu perempuan itu mengeluarkannya dari perut bersabung nyawa. Sanggup merisikokan mati, demi melahirkan seorang anak perempuan yang suci bagai kain putih, dan hari ini kamu yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya itu, mahu mencemarkan perempuan itu?!

Tergamak kamu?

Teruskan… jika kalian cukup macho untuk membuktikan diri kalian memang tidak pernah peduli pada perasaan ibu bapa yang membawa kalian datang ke kehidupan ini. Pada kesakitan dan derita mereka, pada usaha mereka memilih pakaian, makan, ubat, rumah dan pelajaran yang terbaik selama ini… kerana nafsu kalian adalah satu-satunya yang terpenting di tika dan saat ini.

Ya, jika buayafriend dan gelifriend itu sudah berjaya membuktikan bahawa mereka saling tidak takut kepada Allah, terimalah neraka dunia sebelum Neraka Akhirat.

Allah akan menghukum mereka yang tidak endah kepada dosa di era pra perkahwinan, dengan hukuman perasaan. Perasaan syak wasangka dan sulit membina rasa percaya selepas berumahtangga.

“Jika dengan aku dulu dia tergamak berzina dan berbuat dosa, apa yang menghalangnya untuk berzina dengan orang lain”, syak seorang isteri, bekas pelaku dosa, ketika suaminya so-called out station.

“Jika dengan aku dulu dia selamba badak pegang sana pegang sini, apa yang boleh menjamin dia menjaga rumahku dan maruah dirinya dari lelaki lain?”, syak seorang suami, bekas pelaku dosa, ketika jauh di tempat kerja meninggalkan isteri di rumah sana.

Tanpa rasa percaya dan hidup dalam prasangka, ‘nikmatilah’ sebuah derita yang tidak berkesudahan… kesan masing-masing sudah berjaya membuktikan bahawa mereka berdua memang tidak gentar dan tidak pernah peduli dengan Allah dan amaran-Nya suatu ketika dahulu.

Fikirkan… don’t begin if that is the end in your mind!

Belajarlah bersusah payah mengekang nafsu… kerana susah payah itulah bekal bahagia. Bukti yang terpisahnya suami dari seorang isteri lantaran kerja, tidak menimbulkan prasangka apa-apa kerana kedua-duanya saling mengikat diri kepada Allah, Tuhan yang disembah di tempat kerja, dan yang disembah di kediaman sana. Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah…!

Belajarlah semasa ini, untuk saling membuktikan yang kita memang peduli kepada Allah yang Maha Kuasa, kerana hanya dengan Allah sahaja kita mampu untuk terus saling percaya mempercayai. Dia rujukan kita. Kita tidak membelakangkan Dia.

praperkahwinan.gif

Saifulislam.com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s