Pra-Perkahwinan (it is) -IV


iv. Jangan Berkahwin Sekadar Untuk Mendapatkan Sijil Halal

Seterusnya saya mengingatkan setiap peserta, agar tidak memberikan alasan “saya kena kahwin segera ustaz, takut terjebak ke benda-benda yang haram”.

Seorang di Southampton, seorang lagi di Dublin… tiba-tiba memberi alasan takut ‘terzina’???

ticket.jpg

Untuk pasangan ini berzina, si lelaki itu perlu menempah tiket dari halaman web Ryanair.Com, kemudian mengemas beg dan mengambil bas dari Grafton Street ke Dublin Airport, check in, menaiki pesawat, terbang satu jam menyeberangi Irish Sea, mendarat di Bournemouth Airport, melalui imigresen, mengambil beg, menaiki bas ke bandar Southampton dan akhirnya berzina!!!

Ini bukan kes takut terzina, tetapi kes memang ‘berjihad untuk berzina’ malah ketagih zina dan lupa diri. Sewajarnya saya melayangkan barang sebutir dua pelempang kepada orang seperti ini agar bangkit dan sedar dari alasannya “saya kena kahwin segera sebab takut terzina”.

Lainlah jika masing-masing belajar di universiti yang sama, di kelas yang sama, hari-hari bertemu dan yang tinggal hanya ‘to be or not to be‘!

halal_large.gif

Itu pun, saya masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang ada di mindanya tentang makna perkahwinan. Tidakkah dia sedar bahawa cabaran tanggungjawab selepas berkahwin adalah jauh lebih besar dan sulit dari sekadar cabaran menolak zina?

Jangan buktikan yang jati dirimu selemah itu. Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak?

Saifulislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s