Ulasan Buku: Tahaluf Siyasi


Tajuk Buku: Tahaluf Siyasi: Hukum dan Syarat
Penulis : Muhammad Ahmad Rasyid
Penyunting & Penterjemah: Norsaleha Mohd. Saleh
Penerbit: Pustaka Salam

Sesetengah mungkin berpendapat bahawa politik merupakan satu isu yang dirasakan amat berat untuk difikirkan atau dihadam, lebih-lebih lagi oleh para wanita yang letak duduknya sebagai penyeri rumah tangga seorang suami dan pentarbiyah anak-anak. Walaubagaimanpun, adab-adab Islam dalam berpolitik amat penting untuk difahami sedalam-dalamnya kerana era modenisasi telah mengkaburkan sempadan kebenaran dan kejahilan dalam segala hal, termasuklah isu politik. Justeru, pandangan Islam perlu dipilih sebagai neraca tertinggi dalam membentuk ijtihad muslim. Hal ini penting dalam kita membentuk generasi Islami yang berkualiti yang menjadi asset-aset ummat Islam.

Lebih-lebih lagi buat para daie yang bekerja untuk Islam di atas landasan sesebuah gerakan Islam. Perlu diingat bahawa politik merupakan salah satu titik fokus sebuah gerakan Islam yang syumul, di mana para ahlinya (lelaki dan wanita) perlu menjadi ahli yang beragenda supaya mampu bergerak seiring dengan saf murabbi dan tokoh-tokohnya dalam mendepani masyarakat, sesuai dengan perkembangan agenda sesebuah jemaah tersebut.  Hal ini demikian kerana akhirnya, para ahli inilah yang perlu menjadi penggerak masyarakat di mana pemahaman yang benar mengenai perjuangan Islam perlu diserap terus ke dalam jiwa umat.

Oleh yang demikian, saya secara peribadi amat menyarankan para wanita (mahupun kaum adam) yang masih teragak-agak untuk mendalami isu politik umumnya, atau khususnya isu Tahaluf Siyasi (perjanjian kerjasama politik) untuk mula beranjak paradigma, demi kepentingan ummah!

Mendepani isu-isu fiqh siyasi semasayang hakikatnya sedang menjadi buah mulut masyarakat, samada kita (umat Islam) dibenarkan atau tidak untuk bekerjasama  dengan bukan Islam khususnya dalam bidang siyasi(politik), membuatkan perbincangan tahaluf siyasi (perjanjian kerjasama politik) ini menjadi satu keperluan untuk dihadam dan diteladani oleh umat Islam.

Jilid ke 4 yang merupakan buku ke-8 dari siri-siri tulisan Mohamad Ahmad Rasyid dalam Ihya’ Fiqh Dakwahyang bertajuk: Usul al Ifta’ wa al-Ijtihad al Tatbiqi telah diterjemah oleh penulis, ustazah Norsaleha Mohd. Salleh (ketua wanita ISMA) menjadikan suntingan ringkas berbentuk buku, bertajuk Tahaluf Siyasi: Hukum dan Syarat.

Muhamad Ahmad Al-Rasyid mengupas huraiannya dalam bentuk tujuh perbahasan yang dinamakan TUJUH RUKUN bagi menjawab persoalan mengenai ‘seorang muslim meminta bantuan orang kafir atau membantu orang kafir’. Huraiannya terperinci, disokong dengan dalil-dalil aqli dan naqli. Cukup untuk membuka ruang buat para pembaca untuk lebih mendalami hujung pangkalnya tindakan kerjasama dan bantuan bukan-Islam yang diharuskan atau tidak diharuskan berserta syarat-syaratnya.

Selain huraian 7 rukun tersebut, buku ini juga membincangkan pandangan umum tentang tahaluf siyasi, feqh tahaluf semasa, beberapa pandangan ulama tentang tahaluf dan Ijtihad Jemaah Ikhwan Muslimin tentang tahaluf.

Bersetuju dengan pendapat ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam komentarnya mengenai buku ini, tulisan ini dapat membantu para pendakwah dalam memahami peraturan dan disiplin dalam melakukan kerjasama siyasi dengan pihak bukan Islam.

Hal ini bersesuaian dengan keadaan rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana bermasyarakat majmuk, dengan pelbagai latar belakang agama dan kepercayaan, di mana ruang kebarangkalian usahasama antara muslim dan bukan muslim dilihat agak luas, malah sedang hangat diperkatakan. Justeru, kewujudan Tahaluf Siyasi: Hukum dan Syarat Menurut Al-Rasyid ini amat bertepatan dengan keadaan masa kini bagi menghilangkan kekeliruan generasi baru dakwah mengenai perkara ini.

2 thoughts on “Ulasan Buku: Tahaluf Siyasi

  1. ISMA BERTANDING PRU LEPAS. BERAPA KURSI MENANG..? KALU KERJASAMA DGN DAP , PR , PAS BARU BOLEH MENANG.. DAH MENANG BARU ADA SUARA DI DUN / PARLIMEN.. BILA ADA SUARA DAN KUASA BARU MUDAH DAN BERGERAK MENERANGKAN KPD BUKAN ISLAM KHUSUSNYA DAP, APA ITU ISLAM DAN SYARIAH ISLAM.. KALU MUNG DUK SORANG- ATAU BERSAMA UMNO… TIPU RAKYAT AJA LAA KERJANYA DAN JAUH SEKALI UTK MENERANGKAN SYARIAT ISLAM YG SEBENARNYA.

  2. SALAM.. moga terus tersebar syariat Islam yang sebenar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s