Kuasa kata-kata


Ayat 1: I’m blind, please help
Ayat 2: It’s a beautiful day, but I can’t see it

Ayat 1 sekadar cuba memberi pernyataan, manakala ayat 2 bukan sekadar memberi pernyataan, tapi berjaya menyentuh hati dan perasaan, berjaya memberi perubahan pada tindakan manusia.

Kalau dilihat, kedua-duanya membawa maksud yang sama. Menggunakan kedua-dua ayat, semua akan maklum pemilik tanda itu buta, tidak dapat melihat. Tetapi, ayat kedua berjaya membawa pembaca bertindak walau tanpa ‘disuruh’ (tiada ayat ‘please help’).

Seni berkata-kata

Seni inilah yang jarang-jarang lagi ditemui dan sangat susah nak dibuat. Teringat kisah Rasulullah S.A.W yang ketika saat wafatnya, seluruh umat mengetahui betapa cintanya Rasulullah S.A.W kepada umatnya, tatkala baginda menyebut, ‘ummati.. ummati.. ummati…” tak perlu disuruh lagi untuk kita mencintai baginda, tanpa dipaksa hati yang beriman akan meruntun pilu melihat kecintaan baginda pada ummatnya. Tanpa disuruh, umat Islam benar-benar merasa kehilangan Rasulullah, mencintai baginda sepenuh hati.

Kalau anda sebagai ibu merasa pelik mengapa anak-anak susah nak diajar, cuba perhatikan ayat macamana yang digunakan. Kalau anda sebagai guru merasa pelik mengapa anak murid anda selalu melawan, cuba perhatikan semula pernahkah anda menyentuh hati mereka.Kalau anda sebagi suami/isteri pening kepala mencari jalan berkomunikasi dengan pasangan secara damai, cuba beri kelainan pada cara penyampaian anda. Kalau anda sebagai naqib/naqibah telah lama mencari apa puncanya mad’u selalu lari, mungkin dah tiba masanya kita memeriksa ayat-ayat yang kita gunakan.

Seni dalam berkata-kata bukan anugerah. Ya, anugerah apabila seseorang individu itu terdidik dari awalnya dalam lingkungan keluarga yang penuh hikmah dalam berkata-kata. Tetapi hakikatnya, kelebihan yang dilihat sebagai anugerah itu terdidik daripada pengalaman, pemerhatian, percubaan dan didikan bertahun-tahun. Kata-kata menyentuh hati bukanlah ayat-ayat ‘jiwang’, tetapi ‘a twist of words‘ yang mampu membuatkan hati berdetak, akal berfikir, anggota badan bertindak tanpa merasa terpaksa. Justeru, masih belum terlambat untuk mencuba berkata-kata dengan penuh hikmah.

Walaubagaimanaun, menambah ‘kuasa’ pada kata-kata hanyalah sebahagian usaha.. yang mengikat hati hanyalah Allah. Berdoalah pada Allah semoga Allah melimpahkan mawaddah wa rahmah.

Merasa bagus

Kadang-kadang, kita selalu berfikir, apa yang dah jadi dengan dunia ni. Sampai cukup zalim membuat kita macam ni?. Tapi sebenarnya masalah bukan datang dari mereka, masalah rupanya ada pada kita, yang perlu kita perbaiki. Kita yang membuat dunia bertindak sedemikian terhadap kita.  Contoh yang kita lihat dalam video di atas, tindakan  memilih ayat 2 membuatkan manusia sekeliling lebih peduli tentang apa yang kita ingin sampaikan.

Saya ingin berpindah kepada satu perkara besar yang boleh juga boleh merubah manusia untuk bertindak. Iaitu, kehendak untuk belajar dan berubah ke arah yang lebih baik. Hanya dengan ini kita mampu menerima hakikat bahawa, ada sesuatu yang perlu kita perbaiki dan ubah dalam diri kita.

Berada di suatu tempat yang terbaik tak memberi lesen untuk kita merasakan apa yang kita buat adalah yang terbaik. Kalau berada di sebuah sekolah atau institusi terbaik pun, kita masih insan yang penuh dengan kelemahan.  Sepanjang hayat adalah peluang untuk kita menjadi orang yang lebih baik dari masa ke masa. Saya pernah berada di sebuah sekolah yang sememangnya dikenali ramai. Sebuah sekolah yang dibina atas dasar menghasilkan alim ulama’ yang tersebar ke serata dunia. Kalau kita dikenali dengan sekolah kita pun, lihatlah kriteria sekolah tersebut yang menjadi sebab ia dikagumi. Cukup ‘alim ulama’ kah kita untuk berbangga berada di dalamnya dan menjadi sebahagian darinya?

Samalah dengan agama Islam. Ketika Allah menyatakan kita adalah sebaik-baik ummat, kalau sekadar kita berbangga dengan title Islam yang kita bawa, cukup layakkah kita untuk digelar sebaik-baik ummat, kalau satu kriteria pun kita tak penuhi? Malulah pada Allah bila bab menyentuh anjing dan khinzir dijaga teramat, tetapi bab solat dia yang paling liat? Malulah pada Allah bila orang kafir menghina agama Islam dia yang paling hebat mempertahan, tapi bab cintan cintun, rokok dan hiburan dia yang paling terkedepan?

Betul, kita semua hidup dengan misi untuk berbangga dengan cerita-cerita dunia ketika kita di Syurga nanti. Kita semua hidup dengan misi untuk menjadi manusia sehebat dan selengkap akhlak Rasulullah S.A.W. Tapi, hakikatnya, kita hanyalah seorang ‘manusia’ yang ada nafsu dan syaitan yang menggoda. Hebatnya kita pada satu bahagian, selalu membawa kurang pada bahagian yang lain.

Teringat dalam satu bacaan saya, kalau hendakkan isteri yang manja seperti Aisyah, jangan lupa untuk berlapang dada menerima satu pakej lain yang didatangkan sekali, iaitu cemburu. Hebat dalam kerjaya, dakwah, ibadah malam, pandai memasak, study, menghafaz quran semua ada pakej yang didatangkan sekali. Dan pakej-pakej kedua ini selalunya tak ternyata tatkala merisik dan melamar, selalunya hadir setelah duduk sebumbung selepas terikat aqad. Tatkala dah tak boleh nak lari ke mana, melainkan menerima dengan dengan hati terbuka.. dan senyuman terlebar..

Hanya peringatan untuk diri sendiri untuk dikongsikan bersama yang disayangi, sekiranya mampu memberi manfaat. Wallahualam

2 thoughts on “Kuasa kata-kata

  1. sangat bagus artikel ni. baru tau balqis ada blog… tapi kan macam mana nak latih skill tu?

  2. Baru belajar juga… Tips2 yang pernah didengar n dicuba,

    1) perhati cara orang lain berkomunikasi,
    2) then ambil yang jernih, buang yang keruh.
    3) Cuba kita aplikasikan pada orang yang berbeza-beza, dalam pelbagai tempat dan masa. Semakin bermacam-macam jenis masyarakat kita hadapi (ie. student, student sekolah agama, org bujang, orang berumahtangga, org yg bekerja dalam jemaah, orang yang tak, makcik2, pakcik2, nenek2 dan datuk2, n budak2 kecik) semakin cepat kematangan kata-kata boleh terbentuk, insyaAllah.
    4)doa pada Allah supaya dikurniakan hikmah pada tiap kata-kata kita.
    5) teruskan mencuba
    6) tunggu hasilnya. kalau bukan hasilnya di dunia, kte nantikan hasil mujahadah di akhirat nnt. amin..

    willing to learn, dare to fail and keep on trying

    All the best for all of us!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s