Aku suka yang ni, tapi Allah suka yang mana ye?


Siapa yang berani menjawab? Allah suka yang mana, exactly? Pls note, “exactly”… Saya pernah berfikir begini.. kerana saya juga menjadi mangsa perang jemaah. Saya juga lahir dalam dunia dakwah dan tarbiyah dalam suasana ‘jemaah-jemaah yang berperang’.

Saya seorang yang selalu berfikir.. mungkin tu sebab saya jadi researcher skarang ni. Selalu berfikir dan banyak bertanya. Bertanya tanpa segan silu, tanpa rasa ‘nanti kalau aku tanya nampak macam aku ni tak pandai pulak’. Hmm.. memang tu jadi allergance lah, walaupun tak dinafikan, kadang-kadang ada datang jugak perasaan tu, kan. Saya juga seseroang yang senang menceritakan perihal hati. Macam sekarang. Harap pembaca tak fikir bahawa saya didalangi oleh jemaah yang saya sedang bekerja di atasnya sekarang, kerana saya cuba menulis dari hati.

InsyaAllah saya tak bersesak dada dengan apa sahaja title jemaah para pembaca.. cuma saya akan bersesak dada kalau saya tahu title para pembaca, “ahli syurga’ atau “ahli neraka”. Selagi mana Allah belum tentukan duduk letak kita di mana.. izinkanlah saya memandang dunia dengan penuh kasih sayang.

Jadi, buat keputusan sekarang, ke mana nak di hala ‘kanta pembesar’ masing-masing? Saya yakin ada yang sekadar nak membetulkan tatabahasa, mungkin juga nak membetulkan struktur ayat, mungkin juga sekadar mencari mana silapnya.. Terpulanglah, biar Allah menilai faedah masa dan kuatnya jiwa kita dalam menilai nafsu, bisikan syaitan atau bertindak dengan kebaikan, penuh dengan limpahan rahmahNya..

Allah suka yang mana?

Saya pernah menghadapi fasa memilih jemaah. Walaupun pada awalnya saya telah mengikut satu jemaah ni, bila berlaku pertembungan, saya tak duduk diam dan mengikut-ikut sebelum saya membuat keputusan. Saya bertanya ramai orang. Bukan setakat orang-orang yang menggerakkan, orang-orang atasan yang memegang tampuk pimpinan pun saya cuba reach. Tapi biasalah, Allah dah tentukan bagaimana orang memandang masalah ‘besar’ kita ni. Bila tanya pada orang atasan sesebuah jemaah yang fokusnya bukan lagi pada penkaderan, nilaiannya pada seorang ‘kita’ yang tak tentu lagi nak menyumbang pada jemaahnya, mungkin kecil. Jadi, saya bagaikan menyalak-nyalak bertanya, tanpa ramai yang menjawab. Tapi bila ditanya pada orang-orang yang tugasnya ‘mentajmik’, memang berbondong-bondong datang menggoda dan mengorat. Tiba-tiba nampak semuanya baik belaka.

Dalam saya berfikir-fikir tu, saya juga berdepan dengan sahabat-sahabat yang nekad membuat keputusan. Bagi seorang pemikir kritis, pada masa itu saya agak memandang pesimis pada sahabat yang membuat keputusan awal, tanpa membuat ‘research’ besar-besaran seperti yang saya idam-idamkan. Ada yang membuat keputusan berdasarkan keputusan ibu bapa, keputusan istikharah dan sebagainya. Saya terkesan dengan sahabat-sahabat yang mencari jawapan dengan istikharah, lalu membuatkan saya berfikir berat: “Aah yek.. Allah sebenarnya Suka Jemaah yang mana?”

Tiba-tiba Allah depankan saya dengan situasi di mana, seorang sahabat yang mengatakan Allah telah menjawab pertanyaannya selepas istikharah, masuk ke jemaah A, dan seorang lagi yang juga mengatakan Allah menggerakkan keputusannya untuk masuk ke jemaah B. Jadi.. Saya bertanya lagi, “Allah suka jemaah mana sebenarnya ni?”

Fikir-fikir yang mengendala amal

Saya asyik berfikir-fikir. Alhamdulillah, saya ada keluarga yang kuat menyokong amal Islam. Tak berpihak pada mana-mana jemaah. Alhamdulillah dengan panduan ummi abah, saya diajar keras untuk tidak bertindak mengutuk orang sana-sini, melatah dengan cacian dan tohmahan, memburuk-burukkan orang lain di khalayak dan cuba menjaga diri sebaiknya.

Persoalan demi persoalan lahir, research, fikir, melihat tindak tanduk orang sekeliling, yang mana akhirnya membuatkan saya hanya penat memilih. Banyak projek tergendala! Lantas sy bertanya diri sendiri: adakah aku ingin menjadi seorang yang sibuk dengan membesar-besarkan isu jemaah mana yang nak diikut, sampai tergendala projek-projek besar diri dan sahabat-sahabat sekeliling untuk ke syurga? Justeru, saya nekad untuk memilih apa yang sedang ada di tangan. Berusaha keras untuk menjadikan diri lebih baik dari semalam, mengajak orang sekeliling untuk kembali pada Allah. Jadi, saya beristikharah, dan ternyata Allah menenangkan hati saya dengan mendudukan saya dalam bahtera jemaah yang sedang saya duduki.

Dengan kejadian-kejadian yang pernah saya lalui.. saya amat yakin dengan istilah “substance over form”. Teringat juga bicara Abu Bakar ketika menyejukkan Omar yang terkejut mendengar tentang kewafatan Rasulullah “sekiranya kita mengikut Rsulullah, Rasulullah kan wafat, tapi sekiranya kita menyembah Allah dan beriman denganNya, Allah kekal hidup”

Kalau sekarang ni pun, sekiranya kita terlalu taksub dengan kenderaan yang sedang membawa kita, yakinlah bahawa, ianya mampu tersilap dan akan mati, kerana yang memandunya masih manusia yang bukan maksum. tapi kalau yang kita taksubkan itu adalah Allah dan agamaNya, urusan Allah dan urusan agamanya.. selama-lamanya kita takkan kecewa.. Kerana Allah Maha Benar dan Maha Hidup. Berkenderaan lah dengan kenderaan yang mampu membawa kita fokus pada Allah,selagi mana ianya tak tersasar membawa kita terjun ke gaung-gaung neraka.

Betapa pentingnya niat awal di awalnya.. kalau kita tahu apa yang kita kejarkan, nescaya itulah yang kita kejarkan.. tapi kalau kita masih tak jelas dengan apa yang kita sasarkan, percayalah.. Kita akan ke sana-sini bagai bulu tangkis yang dipukul racket, bagai sabut kelapa yang dipukul ombak, bagai lalang yang ditiup-tiup angin.. jangan sampai akhirnya syaitan dan nafsu mendominasi, tatkala kita leka dengan pukulan racket, ombak dan tiupan angin.

Bagi yang dah ada kenderaan yang sedang memandu, jangan biarkan kata-kata orang sekeliling mengaburi amal. Yang belum ada kenderaan, pohonlah apa yang terbaik dari Allah. Pilihlah berdasarkan hidayah Allah, dan yakinlah bahawa Allah amat menyayangi kita. Kata-kata manusia itu kadang datangnya dari nafsu sendiri. Berbicaralah dengan Allah yang Maha Tahu segalanya. Tenang-tenangkanlah jiwa… Jangan tengadah di sana-sini, memalukan diri sendiri… Allah menghidangkan Syurga Yang Amat luas, cukup luas untuk beramai-ramai menghuninya.. insyaAllah… Hanya kita sekarang perlu berfikir.. untuk beramal dengan amal Islam mahupun tidak. Allah kan menilai takwa hambaNya? kejarlah Allah.. usah dikejar-kejar ciptaan manusia…

Kalau yang dah memilih pun, usah bercakap-cakap besar sambil mengutuk-ngutuk orang lain. Entah kita ke Syurga atau ke neraka pun kita tak tahu. Kaliankah Tuhan yang layak menuding jari menunjuk-nunjuk silap orang lain? Semoga Allah melindungi kita daripada dosa-dosa yang ‘bertudungkan’ laungan Islam. Buat kerja masing-masing, selamatkan sahabat-sahabat dan sekeliling kita yang sedang leka dengan bisikan-bisikan syaitan dan godaan nafsu dnegan kasih sayang..Masih melaut umat yang memanggil untuk diselamatkan. Di mana kita?? Masih sibuk mengagungkan baju kurung dan tudung sendiri, sambil mencela baju kurung orang lain yang hanya berlainan warna? Yang bersinglet dan berbikini pelbagai warna tak disibukkan pula? Mereka hanya ketawa terbahak-bahak melihat..

Takutlah pada Allah! Malulah pada Rasulullah!

Umat Islam yang mengejar Islam takkan bersesak dada dengan amal orang lain yang memberi untung pada Islam jua. Hanya yang mengejar nama yang sering sibuk menyalahkan orang lain yang sibuk beramal untuk Islam. maka, jadilah orang yang mengejar Islam, bukan sekadar mengejar nama.

Umat Islam yang mengejar Islam takkan cemburu dengan orang-orang Islam lain yang berkobar-kobar mengejar Syurga. Hanya yang mengejar keuntungan sendiri akan mula cemburu dan bersesak dada pada yang mengejar Syurga. Usah terlopong-lopong dengan hiruk pikuk dunia.. takut sibuk melopong.. Islam ke mana, Syurga entah ke mana.. Nauzubillah..

Saya yakin bahawa.. ini adalah satu ujian daripada Allah.. untuk Allah menilai tiap amal hambaNya. semoga kita semua berjaya, insyaAllah..

Bertahanlah sebelum Allah mentakdirkan kita bersama-sama pulang ke akhirat. Semoga kita semua merindui untuk hidup bersama di dalam Syurga… sayang semua:)

Fighting for Jannah? Lets go!!

Wallahualam.. semoga Allah terus memandu kita ke SyurgaNya.. Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s