Memasak itu satu seni


Alhamdulillah, sehingga kini saya amat suka memasak. Pada saya, memasak adalah satu seni yang hanya boleh didapati dengan latihan dan pengalaman. Jujurnya, saya hanya betul-betul dilatih untuk memasak sebelum saya diterbangkan ke Australia pada tahun 2007.

Apabila kita baru mula belajar memasak, kita akan merasakan memasak memerlukan formula yang tepat, sama seperti mengadun bahan kimia di dalam makmal. Kalau ummi mengatakan bawang perlu dimasukkan 3 biji, 3 biji tak lebih dan tak kurang akan dimasukkan. Semuanya akan dipastikan tepat mengikut apa yang dinyatakan pada kita.

Setibanya di Adelaide, saya amat merasa takjub dengan senior-senior yang begitu hebat memasak. Setelah saya punya rumah sewa dan dapur sendiri, baru saya sedar betapa mudahnya memasak tanpa pantauan seseorang yang hebat (ummi saya.hehe). Dengan pantauan terperinci daripada seseorang yang hebat, kadangkala kita merasa cukup inferior. Dengan perasaan ini tindakan dan kreativiti kita terhad, takut-takut untuk mencuba, risau melakukan kesalahan. Memasak di rumah bujang, bahan-bahan yang dibeli sendiri tak lokek untuk digunakan dengan risiko-risiko ‘tak menjadi’ berbanding memasak di rumah yang penuh dengan takanan ‘wajib menjadi’. Tambahan pula, kita hanya ada kawan-kawan yang boleh menerima rasa masakan kita seadanya (dah cukup baik ada orang nak masakkan). Kesimpulannya, saya ditakdirkan mendapat waktu dan tempat terbaik untuk saya menambah keyakinan saya dalam menghidang masakan saya sendiri.

Mempunyai seorang ibu yang hebat memasak menjadi satu faktor terkuat yang mendorong saya untuk menjadi seseorang yang pandai memasak. Tambah-tambah pula, saya sudah merasa cukup selesa dengan keyakinan pada banyaknya resepi-resepi sedap dan seni-seni hebat yang boleh saya perturunkan daripada ummi.

Pada awalnya memang dirasakan bahawa, resepilah yang menjadi faktor utama kesedapan sesebuah hidangan. Tetapi, setelah lama memasak, resepi rupa-rupanya hanyalah satu panduan. Memasak adalah sesuatu yang lebih dari itu.

Masakan merupakan satu campuran bahan yang diadun dengan penuh kasih sayang untuk ahli keluarga dan teman-teman yang kita kasihi. Dengan niat menghilangkan lapar orang lain dan ingin menggembirakan orang lain dengan makanan yang sedap.. kepuasan sememangnya dapat dirasakan apabila melihat makanan yang dimasak habis dimakan. Dengan niat sebeginilah, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Memasak bukanlah hanya tertumpu pada seni mengadun dan menghias. Ianya juga memerlukan seni ‘merasa’ masakan. Untuk menghasilkan sesuatu yang sedap, kita perlu tahu bagaimanakah yang dikataka sedap pada sesuatu masakan tersebut.

Makanan menjadi pembakar tenaga seseorang untuk menjalankan kehidupannya sebagai seorang khalifah. Justeru, amat penting sekali seseorang yang menyiapkan makanan jelas akan keperluan dan tuntutan ini. Makanan yang disediakan perlulah berdasarkan sumber yang bersih dan halal. Semasa memasak, banyak yang boleh kita doakan. Bacaan-bacaan selawat, ayat-ayat pelembut hati, pengikat kasih dalam kalam al-Quran turut perlu dimasukkan dalam senarai resepi masakan. Berdoalah apa sahaja, seperti semoga makanan ini dipenuhi keberkatan, menambah dan mengikat kasih sayang sesama ahli keluarga, melembutkan hati supaya mudah tunduk kepada Allah.. dan sebagainya.

Justeru, pengalaman dan ilmulah yang menentukan sejauh mana kita mampu pergi dalam dunia masakan. Sikap berani mencuba dan samangat ingin tahu yang tinggi perlu dipupuk supaya pengetahuan dan seni memasak mampu berkembang, supaya hasil masakan dapat diperlbagaikan, walaupun menggunakan satu resepi yang sama. Pengalaman dan ilmu ini boleh juga didapatkan dengan bertanya dan melihat orang lain memasak. Tidak kiralah seseorang itu pakar memasak atau tidak, pasti ada ilmu baru yang boleh kita dapatkan darinya.

Akhirnya, saya doakan semoga para muslimah khususnya menemui keseronokan dan kebahagiaan ketika memasak untuk dijadikan santapan ahli keluarga. Hebat di dapur pastinya menjadi satu kelebihan buat para muslimah zaman moden yang sibuk dengan kerjaya dan pelbagai aktiviti luar yang turut menuntut perhatian. Para muslimin yang pandai memasak juga pastinya menjadi satu kelegaan buat para muslimat yang tak tentu turun naik kesibukannya dalam membantu menambah pendapatan keluarga. Selamat membahagiakan ahli keluarga diucapkan untuk semua. Semoga Allah berkati setiap apa yang kita semua usahakan, insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s