Kisah Atiqah dan Saidina Umar Al-Khattab: Didikan penuh hikmah


Sesungguhnya setiap perubahan fasa itu penuh dengan debaran kerana kita sama sekali tidak tahu apa yang bakal menanti kita di masa hadapan. Fasa perkahwinan banyak membawa fokus seorang manusia untuk bertumpu kepada sebuah bait yang dibina bersama pasangan yang telah ditakdirkan Allah yang terbaik untuknya. Ilmu psikologi yang sekian lama dahulu dibina dan dicuba kepada adik-adik dan mad’u-mad’u kini disuai rasa untuk pasangan yang akan selama-lamanya bersama kita. Indahnya kehidupan apabila segalanya dilalui dengan penuh hikmah.

Image

Suka saya mengambil ibrah kisah saidina Umar Al-khattab dan isterinya Atiqah dalam satu insiden ketika mana saidina Umar tidak mengizinkan isterinya untuk pergi ke masjid. Pada zaman tersebut, wanita yang ke masjid terdedah kepada fitnah. Walaubagaimanapun, Atiqah yang cerdik dan cantik itu tetap berdegil meminta izin suaminya untuk pergi juga ke masjid dengan hujah bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah menghalang wanita untuk melakukan sedemikian rupa.

Menyayangi isterinya, Saidina Umar al-Khattab membenarkan isterinya untuk pergi ke masjid. Atiqah lantas berjalan ke masjid dengan senang hatinya. Sedang Atiqah berjalan, tiba-tiba datang seseorang dari belakang menerkam punggung Atiqah! Atiqah sangat terkejut dengan insiden itu lantas terus berlari pulang ke rumah. Tanpa tahu siapa yang melakukannya, Atiqah benar-benar berasa malu.

Apabila pulang ke rumah Saidina Umar Al-Khattab bertanyakan isterinya tentang keberadaannya di rumah. Atiqah sangat malu dengan apa yang telah terjadi kepadanya lalu langsung dia tidak menceritakan kepada suaminya tentang kejadian tersebut. Semenjak itu, Atiqah tidak lagi ke masjid, mematuhi permintaan suaminya. 

Kisah ini sebenarnya bukanlah kisah yang membawa ibrah tentang keperluan para isteri untuk taat kepada perintah suami tanpa hak berbincang dan berhujah. Sebenarnya kisah ini melebihi dari itu. Ianya adalah tentang betapa berhikmahnya Saidina Umar Al-Khattab dalam mendidik isteri tersayang.

Percaya atau tidak, sebenarnya orang yang menerkam punggung Atiqah semasa berjalan ke masjid adalah suaminya sendiri, Saidina Umar Al-Khattab!🙂

Tidak melanjutkan ketegangan berbahas mulut, Siadina Umar Al-khattab terlebih bijak berbanding Atiqah dalam melaksanakan strategi penuh hikmah dalam melindungi isteri tersayang. 

Berbahagialah kita yang mempunyai suami sebijak dan sehikmah Umar Al-Khattab😉 Mabruk. Alhamdulillah.

 

2 thoughts on “Kisah Atiqah dan Saidina Umar Al-Khattab: Didikan penuh hikmah

  1. Salam,

    Rasanya kena semak semula siapa suami Atiqah ketika ini. rasa2nya bukan Saidina Umar yg menjadi suaminya. Suami pertama Atiqah adalah Abdullah bin Abu Bakar, dan Saidina Umar adalah suaminya yg ketiga. orang mengenalinya sebagai isteri kepada syuhada kerana kesemua suaminya gugur syahid.

  2. tq. info ni dapat dari al-kuliah tv3 dari ustaz zahazan. insyaAllah nnt dicari sumber2 lain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s