Menjaga vs mendidik


Saya sering terngiang-ngiangkan kata-kata sahabat ibu saya yang datang menziarahi saya dalam pantang.

“itulah dia hal menjaga anak.. tak tidur malam menjaga. itu belum ada adik beradiknya yang lain. ada yang nak tertindih la, ada yang nak korek mata la.. macam-macam. subhanallah… itulah pengorbanan ibu. Itu baru menjaga, belum lagi nak cerita hal mendidik

Dalam santai wanita beranak tujuh ini menyebut kata-kata penuh hikmah tersebut. Entah kenapa, sudah hampir melepasi 3 bulan ianya dituturkan.. kata-katanya masih segar dalam jiwa, setia menemani proses pembentukan seorang Nuha Amani.

Sebetulnya, persediaan untuk mendidik seorang anak harus dilakukan sebelum anak dilahirkan lagi. Gunakan ilmu mendidik itu untuk menghalusi didikan diri sendiri dan orang di sekeliling.

p/s: dah banyak input tentang pendidikan anak yang dikongsikan oleh ramai ibubapa, pendidik dan penyelidik. Bercita-cita nak berkongsi.. belum ada masa lagi. InsyaAllah satu masa nanti. Selamat enjoy mendidik, semua!

Advertisements

Estetika keibuan


Soalan biasa bila sudah bergelar ibu: “Macamana perasaan bila dah jadi ibu?”

Ada yang kata, macam dah tambah kawan baik sorang lagi. Betul ke?.. hmm. Entah. Yang penting, sekarang ni dah bertambah seorang lagi yang mendambakan perhatian, kasih sayang, dan peneman jalan ke Syurga.

Habis tu, nak jadi ibu yang macamana nanti? Ada ibu yang begitu tegas membuat satu garisan pemisah, supaya jelas kedudukan ibu-anak. Ada ibu yang berperanan seperti kawan. Biarlah macamana pun, mencontohi yang diajar Rasulullah itu yang terbaik. Selebihnya terletak pada seni kehidupan yang rata-ratanya diwarisi daripada pengalaman hidup dan pendedahan ilmu keibubapaan. Hebat seninya.. tinggilah nilai estetika kehidupannya. Tak rugi terus belajar berseni.. mencapai yang indah memang tak mudah.

Paling penting, beruntunglah bila si anak menjadi saham akhirat ibu bapanya.

Photo1570

Bukan salah ibu mengandung?


PREGNANT MUSLIMAH

Orang selalu kata, mengandung akan buatkan kita mengalami macam-macam perkara pelik. Apa yang kita rasa, apa yang kita inginkan dan macam-macam lagi. Bak kata orang, “Bukan salah ibu mengandung.. tapi penangan hormon“. Ada yang kata, kalau tak ikutkan apa yang orang mengandung nak, akan bagi kesan pada bayi yang dikandungkan. Bagi saya, itu semuanya kuasa Allah. Keadaan kita hanyalah sebagai penyebabnya.

Sebenarnya, hatta kita berada di dalam belenggu perubahan hormon samada ketika mengandung, datang bulan ataupun monopose, kita masih ada kekuatan untuk memilih dan mengawal tindakan kita. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah yang hebat, manusia yang menyanggupi untuk menanggung penyampaian risalah Allah pastinya bukan calang-calang makhluk. Justeru, perubahan-perubahan alami yang tak dinafikan memberikan kesan kepada kita sememangnya mampu dikawal sekiranya kita masih manusia hebat yang ditaklifkan menjadikan khalifah oleh Allah.

Dengan hakikat kehebatan ini, peliklah sekiranya dengan mudah kita menyalahkan hormon pada siri-siri tindakan luar kawalan emosi kita. Pasti kita selalu melaui pengalaman yang mirip kisah di bawah:

“Jannah, kenapa ‘moody’ semacam je ni? Apa semua orang buat semuanya tak kena?”
“Biasalah.. Aku tengah datang bulan ni”

“Apasal bos tu mengamuk? Aku hantar awal kerja salah, kalau lambat pun salah, tak faham aku”
“Pembawak budak lah tu.. Orang mengandung memang macam tu”

Allah menjadikan wanita istimewa dengan kehadiran rahim sebagai organ pembiakan penting untuk manusia meramaikan generasinya. Perubahan perasaan yang berlaku tatkala mainan rembesan hormon berlaku adalah normal dan merupakan ujian kecil jika dibandingkan dengan hikmah Allah menjadikannya.

Sebagai wanita bijaksana, kita seharusnya bijak menguruskan emosi dan tindakan kita supaya kita tidak dikawal oleh faktor persekitaran dan faktor perubahan hormon tubuh. Wanita yang hebat mampu mengawal, bukan mudah dikawal emosi. Jangan sampai emosi yang menjadi raja sehingga akhirnya kita memalukan diri sendiri dengan akhlak yang buruk dek penangan kita tak mampu mengawali tindakan kita lagi. Ingatlah, wanita punya maruah diri yang tinggi. Emosi yang tak dikawal mampu diprgunakan oleh syaitan dan nafsu sebagai ruang untuk merosakkan manusia.

Apa yang boleh kita lakukan?

1) Kenali hakikat dan fitrah diri
2) Menerima bahawa Allah sememangnya menjadikan wanita penuh dengan emosi sesuai dengan tanggungjawabnya mengandung, membesarkan dan mendidik anak-anak yang memerlukan ‘perasaan’ dan ‘kasih sayang’.
3) Memahami reaksi badan terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di dalam tubuh lalu berusaha belajar untuk mendominasinya atau mengawalinya dengan baik.
4) Jangan jadikan perubahan hormon sebagai tiket untuk kita bertindak sewenang-wenangnya berlandaskan emosi.
5) Berdoa pada Allah semoga kita sentiasa berada di bawah naungan dan lindungan-Nya

Yakinlah bahawa kita adalah wanita bijaksana yang hebat. Kita mampu melakukannya, insyaAllah!

Tarbiyatul Aulad I and II


Kisah-kisah insan bersih dari dosa.

Scene 1

Ada 10 malaikat. jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir, Raqib, Atid…..

“Aaa… banyak sangat. Adam tak ingat” dengan muka senyum-senyum (or sengih-sengih) sambil tutup telinga frust tak tau nak dengar mana satu. (sangat… comel!)

“haha, ok.. ustazah cerita dua je malam ni. Raqib dan atid”

scene 2

“Malaikat atid, catit semua amal-amal buruk manusia. Ok, contohnya, kalau ustazah kata.. semua kena duduk.. dengar ustazah cerita.. tapi Aiman dengan Aqil tak nak dengar cakap ustazah.. terus main-main.. lari-lari… tak dengar cakap ustazah.. siapa yang catit?”

“Malaikat Atid”

Aiman dan Aqil kelam kabut duduk dengan muka sangat bersalah. (Yes, ustazah menang!)

“Bila semua orang duduk, dengar cakap ustazah… malaikat apa yang catit amal?”

Raqib..

“Ustazah, baba kata, malaikat-malaikat pun akan duduk sekali dengan kita kalau kita duduk berbincang pasal agama” Nureen yang memang banyak info mengupdate.

“Betul tu. tu sebabnya, kalau berbincang tentang agama.. semua orang kena dengar betul-betul, tak boleh main-main. Malaikat pun join sekali”

scene 3

syaitan tu dulu, ketua semua malaikat dalam syurga. Nama dia, Azazil.

“Iye? Apa? Apa nama dia?” anak murid ustazah yang tak berapa nak kecik malam tu. Ustazah mar.

“Azazil…….”

scene 4

“Ustazah, Adam yang ustazah cerita tadi tu… Adam yang ni ke? (sambil tunjuk diri sniri) Ke Adam yang dalam tv tu?” Adam bertanya sebelum keluar dari rumah dengan dijemput Dr. Zaki.

Ok… Adam sangat comel.. tanya dengan muka yang sangat innocent.

“Bukan.. ni Nabi Adam” tak tau nak kata camne dah. serius nak tergelak.

Scene 5

“Adam, Adam dah salam ustazah?” Dr Zaki tanya Adam sebelum ambil Adam pulang.

“emmm.. emm… dah. Kot” Adam jawab sambil cari selipar. tak sabar nak balik

“Kot?”

scene 6

Ok, siapa nak baca doa? (lepas habis solat). Semua diam. Ok.. siapa tau baca doa?

Aqil jawab senyap-senyap je ” Aqil tau satu je”

“Ok, cuba Aqil baca, ustazah dengar”

“Allahumma bariklana fima razaqtana waqina ‘azabannar, amin”

Ok.. muka innocent Aqil sgt buat ustazah nak tahan gelak. “Pandai Aqil.. Tapi, tu doa makan. Bila nak makan ustazah suruh Aqil bacakan ye?” ustazah cover macho.

Ok, siapa tau doa lain?

“Adam tau!” Adam jawab dengan muka excited, pipi merah-merah sengih-sengih lebar.

sungguh-sungguh Adam tadah tangan, sambil pejam mata, kerut-kerut kening. Nureen, Aiman Aqil.. Ustazh Ili n Ustazah Balqis pun tadah tangan.

Adam mula baca doa.. ” Bismillahirrahmanirrahim”

” Ya Allah.. Bagilah Adam rajin solat, Bagilah Adam pandai mengaji, Bagilah Adam rajin baca buku, Bagilah Adam rajin belajar”

“Amin… pandai Adam.. tapi, Adam kena doa untuk orang lain sekali ni..”

subhanallah…. sangat… comel

last-last. ustzah yang baca doa. sambil dengar suara-suara diorang mengekor sikit-sikit, tenggelam timbul, antara konfiden tak konfiden tau ke tak.

Scene 7

Ok, Aqil.. cepat-cepat. tgk, Aqil ingat lagi tak. Aqil ingat. Aqil ingat!

“A, ba “.. “pandai…”

ok.. hari ni ustazah ajar yang baru. “Ta”. Aqil ikut. bila aqil lupa.. ustazah kata, dia ada dua ma’ta’…

“Ta!” Ta! excited Aqil. terus dia pusing, cakap kat orang lain dengan sangat gembira

” dengar ni! dengar ni! Hihi. Hihi. “A, ba, ta” ” A, ba, ta”…

“Ok.. Aqil pandai… cuba ustazah test satu muka surat, tengok Aqil ingat tak”

Rasa tercabar.. Aqil yang susah duduk diam, duduk diam menghabiskan satu muka. Dengan ustazah yang suka tutup bukak part mana nak baca ikut suka hati ustazah.

p/s: bukan ustazah tak ingat anak-anak murid ustazah yang lain.. nanti ada cerita, ustazah post lagi. Nak jumpa kamu-kamu lagi.