Novel. Noveler. Novelist


Hidup bukan macam novel. Boleh di alter-alter penceritaan kalau tak suka. Boleh di edit-buang kalau rasa tak best.

Hidup kadang-kadang macam novel yang best. Banyak perkara yang kita tak expect jadi, tiba-tiba jadi. Surprise! from Allah.

Hidup kadang macam novel yang ada Jilid 1 n Jilid 2. Habis baca Jilid 1, xsabar nak tunggu Jilid 2 kluar. Tak tau nak expect camne ceritanya.

Hidup adalah kehidupan. Yang tak tau nak describe macamana. hanya orang yang pernah hidup je tau merasainya.

Suka baca novel. Perlu suka pada kehidupan.

Debar-debar Jiwa


Harinya makin merapat. Berdebar? Bukan. Lebih dari itu. Tapi tak ingin lari bagai si pengecut yang tak tahu ke mana arah nak dituju. Lebih bermaruah menjadi si pemberani yang melepaskan kudrat usaha dengan doa kekuatan yang tak lepas dipohon dari Tuhan. Tiap degup kencang jiwa, yang perlu disadur dengan ketenangan milik Dia.

Perlu mencari ruang rehat penjana iman.

Entah apa ruang tarbiyah yang Allah sediakan buat hambaNya yang amat dhaif ini. Nyatanya, Dia benar-benar mentaqdirkan aku berada di sini, saat ini, ketika ini untuk melihat, merasai, melalui semuanya. Mungkin juga ruang rahmat? Ah. Tiap yang terjadi itu ada ruang rahmat dariNya. Ya, hanya jika kita mengerti dan memperhalusi neracaNya. Kerana Allah itu Maha Penyayang, tiada tolok bandingnya.

Harapnya bukanlah aku di sini sebagai golongan yang tercicir. Tetapi sebagai yang terpilih.

Register dari Lohmahfuz


Semalam, mata benar-benar pedih. Kepala berpusing, pening-pening lalat. Sepanjang hari duduk di depan laptop menatap database dalam-dalam, ‘taaruf’ rumah sekitar Adelaide sungguh-sungguh, sampai terlupa untuk makan atau minum. Bukan terlupa, tak berselera. Sebelum kerja yang menimbun itu dikerjakan sungguh-sungguh, ada terlintas di hati untuk melayan diri sendiri. Dalam kata imannya, melayan sang nafsu yang gemar menggoda emosi.

Alhamdulillah, hari ku tidak ditakdirkan untuk baziran waktu. Baziran waktu yang gemar digunakan untuk emosi diri sendiri, yang pada hakikatnya telah lama punya solusi.

Solusi yang telah tercatat dalam register dari lohmahfuz.

Pada hari ini lagi benar-benar iman daif ini diketuk dengan kerehatan solat. Solat yang menjadi ruang rehat. Solat yang membawa akal, tubuh, hati, mata dan jiwa ke alam yang penuh ketenangan dan kerehatan. Solat yang mengingatkan tujuan kehidupan dan matlamat pengakhiran. Solat yang membawa rehat keserabutan akal, rehat ketegangan otot mahupun saraf kompleks milik Allah, rehat sang mata yang dibawa lembut menerobosi alam yang hanya dapat dirasai hamba-hamba yang mengakui kewujudan dan keEsaan Maha Pencipta.

Hari ini juga, terasa ingin menjadi Fatimah yang diam-diam mencintai Ali (betul ke baru hari ni? ~haih~ ) Jangan mengharapkan Ali kalau bukan sehebat Fatimah. Belum lagi sehebat Fatimah, Tapi telah diam-diam mencintai Ali.

Ingat janji Allah? Orang yang sehebat Fatimah, tentu ditakdirkan dengan yang sehebat Ali, walau tanpa perlu diam-diam mencintai. (complicated? I really mean it this way). so, xperlu diam-diam. hebat perlu dulu. kalau xhebat-hebat? Macam Balqis ngan Sulaiman pun orite.. (tu pun kena hebat jugak..aaa~)

Could you please stop thinking about LoVe. and to be loved?